Adiguru CENDANA membuka tirai di BASKL

Adiguru CENDANA bakal membuka tirai di BASKL bermula pada hari Sabtu ini (15 Oktober 2022). Program ini dimulakan bagi mengangkat kesenian tradisional Malaysia dalam menyediakan masyarakat, kumpulan dan individu dengan jati diri, identiti serta ekpresi dalam sesebuah budaya.

Program ini juga seiring dengan menyampaikan pengetahuan tentang legasi kita kepada generasi akan datang, di samping memelihara bentuk kesenian tradisional yang kaya dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Dalam memperkasakan program ini, Adiguru CENDANA telah membuat panggilan terbuka untuk permohonan dan pencalonan dalam negara untuk mengiktiraf individu yang memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bentuk kesenian dalam persembahan tradisional dalam Malaysia.

Dalam tempoh yang telah diberikan, lebih 35 individu atau kumpulan untuk 2 kategori program Adiguru CENDANA telah terpilih bagi menyalurkan ilmu mereka agar khalayak umum dapat menonton dokumentasi seni mereka sama ada dalam bentuk video mahupun penulisan.

Perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memudahkan komuniti yang masih mempertahankan seni budaya dalam bentuk promosi dan penghebahan pengetahuan yang mereka ada.

Dengan adanya program sebegini, setidaknya generasi akan datang dapat melihat tradisi nenek moyang mereka. Ini jugak bertujuan bagi mengelakkan kepupusan budaya dari berlaku.

Individu yang masih mengalamkan tradisi kita perlu diangkat dan disokong, agar lebih ramai yang mengetahui tentang budaya yang masih mereka pertahankan. Jika kita tidak memulakan langkah atau menyediakan ruang serta platform sebegini, seni persembahan yang jarang dimainkan, akan mula dilupakan secara perlahan dan mengakibatkan tradisi ini lenyap.

Bagi anda yang tertanya-tanya siapakah antara mereka yang bergelar Adiguru CENDANA, anda boleh klik di SINI. siri yang baharu akan dikeluarkan pada setiap minggu kedua dan ketiga setiap bulan sehingga Adiguru ke 35.

Anda juga boleh membaca kisah lain di sini:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites