Panggung Rakyat

Panggung Rakyat berfungsi sebagai platform seni umum yang menggabungkan elemen-elemen moden dan tradisional dan akan diadakan dua kali setiap bulan, kini secara digital!

Episod 9: Manora

Bersempena dengan Art In The City 2021 dan kerjasama DBKL, episod Panggung Rakyat ini akan mempersembahkan kepada anda Manora, juga dikenali sebagai Nora Chatri, merupakan tradisi drama tarian rakyat yang bakal membuat anda terpukau, dengan kolaborasi bersama PUSAKA. Terpesona dengan gerakan tarian yang dikatakan mencerminkan burung mitos. Tarian pembukaan diikuti dengan lakon (urutan dramatik), di mana pelbagai cerita dipersembahkan oleh penari utama, sepasang badut dan pelakon pembantu. Episod ini disiarkan secara eksklusif di Facebook pada 24 Dis, 2021.
Play Video

Episod 8: Sound of Borneo (Sabah)

Bersempena Art In The City 2021 dan dan kerjasama DBKL, Panggung Rakyat episod kelapan akan menampilkan Sound of Borneo (Sabah), dengan kerjasama Tuyang Initiative dan kolaborator di Sabah. Kumpulan Tarian Flying Dusun yang bermula pada 2003 dianggotai oleh pemuzik profesional dan pengamal tarian tradisional daripada masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM). Mereka merupakan kumpulan yang terkenal dan sering ditugaskan untuk membuat persembahan sewaktu perayaan besar di sekitar Sabah. Disiarkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 11 Disember, 2021.
Play Video

Episod 7: Teater Mah Meri

Bersempena dengan Art In The City 2021 dan kerjasama dengan DBKL, episod ketujuh Panggung Rakyat mempamerkan Seni Tradisional dan Budaya Mah Meri dengan kerjasama Perkampungan Budaya Mah Meri. Mah Meri merupakan sebuah kumpulan etnik yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Seni pengukiran kayu dan kraf tangan mereka dikenali di peringkat antarabangsa. Disiarkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 27 November, 2021.
Play Video

Episod 6: Kuchipudi

Dalam episod ke-enam Panggung Rakyat, kami persembahkan tarian tradisional Kuchipudi dengan kerjasama Temple of Fine Arts. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 13 November, 2021. Episod ini juga mempersembahkan Artis Budaya & Kombo Budaya DBKL dan penampilan istimewa oleh Rojer Kajol.

Episod 5: Zapin Johor

Dalam episod ke-lima Panggung Rakyat, kami persembahkan Zapin Johor dengan kerjasama Nusantara Performing Art Centre (NusPARC) dan Yayasan Warisan Johor. Secara asasnya Zapin adalah seakan-akan suatu permainan atau bersenda tetapi ia diiringi dengan lagu atau melodi yang berunsurkan Melayu-Arab. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 23 Oktober, 2021.

Episod 4: Kompang Jidor

Dalam episod ke-empat ini, kami persembahkan seni tradisional Kompang Jidor, oleh Persatuan Kompang Kg Parit Madirono dari Johor dengan kerjasama PUSAKA. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 9 Oktober, 2021.

Episod 3: Sound of Borneo (Sarawak)

Dalam episod ke-tiga ini, kami persembahkan Sound of Borneo (Edisi Sarawak) yang memaparkan cerita, alunan muzik dan tradisi masyarakat Kenyah dan Iban dari Sarawak. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 25 September, 2021.

Episod 2: Teochew Opera

Lagenda "Butterfly Lovers: Maiden Meeting" mengisahkan satu pasangan kekasih yang menempuh pelbagai dugaan yang akhirnya menemui kebahagian sejurus menjelma menjadi rama-rama. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 11 September, 2021.

Dokumentari Khas Memaparkan Tokoh Teochew Opera

Ketahui denga lebih mendalam berkenaan dengan kesenian persembahan Teochew Opera melalui documentari khas in.

Episod 1: Mek Mulung

Diamalkan sejak abad ke-18, Mek Mulung adalah gabungan antara unsur ritual dan kesenian yang unik dan memukau. Persembahan ini telah menghiburkan warga Kedah sejak dahulukala dan moga ia terus kekal menjadi suatu sumber tradisi kesenian negara kita. Persembahan ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di Facebook CENDANA Malaysia pada 28 Ogos, 2021.

Dokumentari: Disebalik Mek Mulung

Ketahui lebih lanjut lagi dari beberapa Tokoh Mek Mulung dari Wang Tepus, Kedah.

CENDANA Logo- Coloured

About BASKL

BASKL is Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur, a space created by the Cultural Economy Development Agency, or CENDANA, to help nurture the city's arts and culture ecosystem, and encourage locals and visitors alike to learn more about and savour the melting pot of art, music, craft and performing arts that pervades this beautiful city and beyond.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites