Program Adiguru CENDANA telah dimulakan bagi menunjang perkembangan dan memastikan kesinambungan kesenian persembahan tradisional Malaysia, di samping melahirkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan melalui kerja-kerja pendokumentasian. Melalui program ini juga, dapat mewujudkan kerjasama dengan Adiguru yang terpilih. Ikuti kisah Adiguru ini bersama kami.
Toh Ai Hwa
TEKAN SINI
Adiguru CENDANA Toh Ai Hwa, 72, merupakan antara legasi yang masih mengekalkan tradisi seni persembahan wayang kulit Teochew, di mana beliau mula berkecimpung sejak berusia 12 tahun lagi.
Beliau kini telah menurutkan pengetahuannya kepada anak-anaknya, Ling Goh dan Elvis Goh. Di samping membantu kumpulan boneka Teochew di Pulau Pinang milik anaknya.
Previous
Next
Kamarul Baisah
TEKAN SINI
Kamarul Baisah merupakan Adiguru CENDANA dalam seni Wayang Kulit. Di awal penglibatannya, beliau pernah digelar Tok Dalang Bisu, namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menguasai seni ini.
"Di Malaysia terdapat 4 jenis wayang kulit, Melayu, Kelantan, Gedek dan Purwo. Kalau saya tak mewarisi Wayang Kulit Kelantan ni, pasti ia akan pupus seperti Wayang Kulit Melayu."
Previous
Next
Roslan Madun
TEKAN SINI
lebih 3 dekad Adiguru CENDANA Roslan giat memperkasakan dan berkongsi ilmu tentang puisi tradisional, syair.
"Seni budaya ini bukan dapat dinilai pada wang, tetapi pada bagaimana kita nak membina jati diri bangsa kita, tak ternilai disitu. Sasteranya, itu tak dapat dinilai dari segi wang ringgit" - Roslan Madun
Previous
Next
Chin Kok Chee, Adiguru CENDANA dalam membuat barang kemas peranakan yang merupakan seni pertukangan yang dulunya merupakan perhiasan yang sering dipakai oleh keturunan Baba Nyonya.
“Saya tidak perlukan kekayaan, saya berpuas hati, saya gembira dapat menghasilkan barang kemas dan ia dapat menyara kehidupan saya, itu sudah cukup” - Chin Kok Chee.
Previous
Next
Mohd Karim Abdul Rahman merupakan seorang pemuzik ghazal yang merupakan anggota terawal menyertai Ghazal Seri Melati. Diterajui bersama isterinya, kini kumpulan tersebut masih aktif sejak 1969.
“Orang dulu semuanya by heart (ikut hati). Mula-mula susah juga nak tangkap tapi lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan apabila kita tahu mana tempatnya yang perlu ditekan” - Pak Karim
Previous
Next
Pak Mat Jedok
TEKAN SINI
Berkat dua dekad pengalaman, Beliau telah berkelana segenap Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selatan Thailand bagi mengubat pesakit.
“Zaman tu belum ada lagi kamera dan gaji orang bermain Main Puteri ini hanya dua ringgit semalaman. Jika sembuh, ahli keluarganya akan sangat baik dengan kita.” - Pak Mat Jedok
Previous
Next
Julitah Kulinting, Amirul Jibar, Salomon Gau
AKAN DATANG
Menelusuri sejarah yang sangat panjang, terdapat pelbagai jenis kesenian yang telah diturunkan semenjak zaman nenek moyang lagi seperti seni anyaman, muzik dan juga kesusasteraan.
Diharapkan dengan usaha-usaha yang telah ada ini, sedikit sebanyak dapat membantu dalam memperkenalkan seni dan tradisi ini dengan lebih meluas.
Previous
Next
Sebagai Adiguru CENDANA yang membesar dengan tarian Portugis, Sara Frederica Santa Maria mengimpikan pengekalan seni budaya ini merentasi generasi.
“Penting untuk saya memberikan nafas baru kepada tarian Portugis kerana gusar kanak-kanak mudah bosan. Penting untuk saya bergerak seiring masa.” - Sara Frederica Santa Maria
Previous
Next
“Orang dulu-dulu kata lagu Melayu asli ini lagu untuk orang tidur dan sebagainya tetapi saya percaya semua ini sebab mereka tak kenal jadi mereka tidaklah mencintainya." - Pak Zin
Previous
Next
Muhaimin Hasbollah
TEKAN SINI
Previous
Next
Abdul Rahman Dollah
TEKAN SINI
Abdul Rahman Dollah seorang pemuzik wayang kulit yang telah memulakan perjalanan seni beliau seawal 10 tahun lagi. Kini beliau menerajui kumpulan wayang kulit Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka bersama Tok Dalang Nawi yang diasaskan oleh Dollah Baju Merah.
Previous
Next
Md. Gel Mat Dali
TEKAN SINI
Mula dekati gendang sejak puluhan tahun yang lalu, kini beliau berbakti kepada masyarakat dalam mendidik dan melatih pelapis seni gendang.
“Setiap guru itu, dia akan ada rahsia dia. Sebuah sahaja kunci yang ada pada teknik permainan seseorang itu dan saya boleh kenal yang orang itu adalah anak buah saya.” - Md Gel Bin Mat Dali
Previous
Next
Hamzah Yusoff
TEKAN SINI
Pak Jah Gelang Mas nama yang tidak asing lagi untuk penduduk di Kampung Bonggol kerana kepakarannya bermain alatan muzik tradisional Negeri Kelantan. Adiguru CENDANA ini pernah membuat persembahan muzik tradisional di sekitar Eropah.
Previous
Next
Hairuddin Zakaria
AKAN DATANG
Previous
Next
"kita. Mahu mengeluh pun tak ada gunanya. Jadi dengan sedikit bakat yang ada, kita bermula lah. Semakin lama waktu berjalan, kita makin diterima.” - Noor Azman Norawi
Previous
Next
Mohd Zukri Mohd Yusoff
TEKAN SINI
Tari Inai merupakan tarian rakyat yang terkenal di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan Kelantan.
"Saya buka pengetahuan ini kepada orang luar supaya satu dunia boleh tahu tentang kewujudan Tari Inai." - Mohd Zukri Mohd Yusoff
Previous
Next
Che Siti Dollah
TEKAN SINI
Mek Ti merupakan ketua bagi Kumpulan Mak Yong Cahaya Matahari yang dipelopori oleh Che Ning, tokoh Mak Yong yang cukup sohor pada tahun 1970-an dan 1980-an.
“Bagi saya bermain Mak Yong tiada masalah jika kita tidak berlebihan sehingga memuja-muja.” - Che Siti Binti Dollah
Previous
Next
Wan Midin Bin Majid
TEKAN SINI
Mengikuti seni Mak Yong sejak berusia 10 tahun, Adiguru ini telah menerapkan ilmu persembahan hasil ajaran tujuh orang gurunya.
Previous
Next
CENDANA Logo- Coloured

About BASKL

BASKL is Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur, a space created by the Cultural Economy Development Agency, or CENDANA, to help nurture the city's arts and culture ecosystem, and encourage locals and visitors alike to learn more about and savour the melting pot of art, music, craft and performing arts that pervades this beautiful city and beyond.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites