Benor, BASKL ke Ipoh!

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Bersempena dengan cuti perayaan Deepavali, pasti banyak plan telah dibuat bagi memenuhi hari anda bersama keluarga. Buat kumpulan editorial BASKL, kami telah memilih untuk mengikuti siri jelajah RIUH, dan kali ini mereka membawa kami ke RIUH Benor! di Ipoh Perak. Bagi anda yang belum ada rancangan hari ini dan yang alang-alang di Perak, anda boleh ikuti artikel ini untuk memenuhi aktiviti hujung minggu. Kami kongsikan aktiviti kami di sekitar Perak Darul Ridzuan kerana terlalu banyak acara dan aktiviti yang menarik sepanjang hujung minggu ini. Kata orang sambil menyelam minum air!

Lokasi pertama kami semestinya RIUH benor! yang diadakan di Bulatan Ipoh. Masih belum terlambat kerana hari ini merupakan hari terakhir karnival ini berlangsung. Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut antara aktiviti yang menarik, anda boleh klik di sini.

Bagi penulis pula, pelbagai booth jualan dari perniaga tempatan sangat menarik perharian. Antara aktiviti yang boleh anda kunjungi seperti bengkel tie dye, silent disco dan Wayang Kulit Animatronik. Masih belum terlambat kerana mereka hanya akan melabuhkan tirai seusai tamat konsert dengan penampilan artis-artis tanah air yang cukup istimewa sekitar 10 mlm.

Sambil menanti beberapa lineup persembahan dan aktiviti dari RIUH, kumpulan editorial BASKL berkesempatan untuk singgah ke beberapa tempat bersejarah yang menarik, seperti Kellie’s Castle, Yasmin at Kong Heng Museum, Time Tunnel, Tin Alley, Kek Look Tong dan beberapa lokasi lagi. Perkongsian tentang tempat-tempat menarik ini anda boleh baca dengan lebih terperinci di sini. Tetapi sebelum anda baca dengan lebih lanjut, penulis ingin kongsikan beberapa gambar yang menarik sekitar lawatan kami di Bandaraya Ipoh.

Kellie’s Castle

Bagi anda yang gemarkan barang-barang antik dan sukakan bazaar seperti Collector Market pula, Ipoh sangat terkenal dengan pasar karat dan ramai pengumpul dari serata negara datang ke sini. Ambil masa untuk bangun awal dan singgah ke Pasar Karat Ipoh, Loken. Selepas itu anda boleh jugak ke Concubine Lane yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan jualan. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya di sini.

Ipoh memang happening sepanjang lawatan kami ke sini! Sempat juga BASKL singgah ke event-event lain sekitar sini, seperti program anjuran PORT, Ipoh Music Symposium Pop 60an. Terdapat Simposium, forum, konsert, bengkel muzik, pameran promosi buku dan pesta mini 60an . Baca info penuh di sini. Juga masih belum terlambat untuk anda lawati kerana simfosium ini juga berakhir hari ini.

Selain acara oleh PORT Ipoh, terdapat juga Tapu fest yang berlangsung hujung minggu ini, bermula semalam dan berakhir hari ini. Tapau fest dianjurkan di Lenggong bagi menyaji halwa telinga buat peminat muzik lokal kita. Anda boleh baca kisah penuh Tapau fest bersama penulis Danial Fuad di sini (Pautan aktif minggu hadapan). Tetapi bagi anda yang berada di Ipoh sekarang, anda boleh ikuti perkembangan terkini di Instagram mereka.

Itu sahaja perkongsian kami buat kali ini, bagi anda yang mempunyai cadangan dan perkongsian, anda boleh emelkan kepada kami di noraliaali@cendana.com.my.

Anda juga boleh mengikuti kisah-kisah lain di sini:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites