Ode to Odissi rancakkan Deepavali!

BASKL dijemput meraikan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang akan menjelang tiba di Intermark Mall!

Oleh AZUWAN AHMAD

Pada 10 Okt yang lalu, BASKL telah dijemput untuk menyaksikan pelancaran Ode to Odissi bertempat di IntermarkMall, Jalan Tun Razak yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, bersempena dengan perayaan Deepavali yang bakal disambut oleh pengabut agama Hindu pada 24 Oktober.

Ode to Odissi adalah kolaborasi di antara pihak pengurusan Intermark Mall dan Temple Of Fine Arts untuk memberi penghormatan kepada tarian Odissi. Sedikit mengenai tarian ini, ia juga dikenali sebagai Orissi dalam manuskrip sastra lama India dan merupakan antara tarian klasik utama yang berasal dari kuil–kuil di Odisha, sebuah negeri pantai timur India. Ia merupakan sebuah tarian yang sering dipersembahkan oleh kaum wanita dan membawa ekspresi cerita-cerita daripada agama Hindu secara khususnya Vaishnavism melalui penulisan lagu dan digubah menurut ragas dan talas muzik Odissi oleh penyair purba di negeri itu.

Penari daripada Temple Of Fine Arts mempersembahkan tarian Odissi.

Ketika melangkah sahaja di ruang lobi pusat membeli belah yang terkenal di tengah pusat bandar ini, pengunjung-pengunjung yang masuk ke situ akan dapat melihat kostum Odissi yang lengkap dengan aksesori dan pemakaian di kepala termasuk peragaan sari-sari Odisha.

Odisha memang terkenal dengan kekayaan warisan seni kraf fabrik dan tekstilnya serta gaya tradisonal dalam warna fabrik yang berasal dari negeri tersebut adalah inspirasi oleh tradisi dan teks agama yang tua.

Intermark juga menjalinkan kerjasama dan kolaborasi bersama pereka fesyen antarabangsa terkenal, Carven ong. Kerjasama ini mempersembahkan koleksi rekaan eksklusif busana tradisi India yang pasti akan menarik minda flamboyan dan bergaya buat sesiapa yang menatapnya. Bak kata pepatah, hanya jauhari jua yang mengenal manikam. Pastikan anda tidak terlepas menikmati koleksi ini yang berada di tingkat 1 pusat beli-belah tersebut.

Koleksi busana tradisonal India

Bagi anda yang terlepas untuk menikmati persembahan tarian tradisional ini, anda masih dapat menontonnya pada hari Sabtu, 15 Okt ini jam 1 tengahari di tempat yang sama. Persembahan akan dilakukan oleh penggiat-penggiat seni tradisional India tempatan, Temple of Fine Arts. Anda akan dapat belajar mengenai tarian kebudayaan tersebut di samping belajar mengenai busana dan aksesorinya.

Bagi anda yang memang berniat untuk mencari hadiah atau cenderamata bagi menyambut perayaan tersebut, sebuah bazar sempena Deepavali di ruang lobi pusat beli belah ini, menyediakan anda reruai yang antaranya adalah HIAS. HIAS memberikan pilihan akseseori buatan tangan manakala Cashmere Creation menjamu anda dengan busana perayaan dari kain Cashmere yang asli. Anda juga boleh membeli biskut yang lazat dari Yusa dan untuk kaum hawa, Heuysybags memperagakan koleksi beg tangan yang pasti menggiurkan. Anda memang tidak akan rugi kalau singgah di reruai ini kerana ia seakan-akan one-stop centre untuk anda melengkapi persedian menyambut Deepavali.

Tidak salah rasanya kalau menyebut Deepavali terasa tidak lengkap tanpa seni Henna. Anda boleh mendapat gayaan Henna yang menarik di situ pada tarikh 15, 16, 20,21, 25 dan 26 Okt bermula dari jam 1 tenghari sehingga 3 petang.

Khidmat Henna Art di Intermark Mall

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Ode To Odissi ini, anda boleh melayari laman web http://www.intermark-mall.com/ atau mendapat maklumat terkini di akaun Instagram Intermark.

anda juga boleh membaca kisah lain di sini:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites