• Bahasa Malaysia
  • English

DISITU

Dataran urban yang meraikan makanan, gerai-gerai dan komuniti, RexKL merupakan sebuah lokasi hip bagi anak-anak muda meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam persekitaran penuh warisan kesenian dan kebudayaan. Dahulunya dikenali sebagai Panggung Rex, RexKL kini ialah salah satu lokasi KLWKND yang menampilkan pelbagai program tarikan umum:

ART OF FILM - FEATURE
Nov 27 & 28, akan dimaklumkan

Tayangan filem cereka prolifik bertajuk Tomorrow, Tomorrow, Tomorrow… and Tomorrow oleh Pengarah Amir Muhammad. Filem ini diadaptasi oleh pengarahnya sebagai sebuah filem sambungan berinspirasikan filem-filem dari tahun 1970-an hingga awal 1980-an oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin yang tajuk-tajuknya mempunyai perkataan “Esok” iaitu: Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1980), Esok Masih Ada (1980) And Esok Untuk Siapa (1982). Filem-filem ini berkonsepkan tema melodrama dengan elemen-elemen seram dan romantic. Filem arahan Amir Muhammad ini akan meneroka tema perkauman, peranan jantina, perkampungan dan bandar serta bandaraya Kuala Lumpur.

Tayangan akan disusuli dengan perbincangan ringkas serta sesi soal jawab bersama pengarah.

ART OF FILM – SHORTS
Nov 27 & 28, akan dimaklumkan

Filem pendek juga tidak dilupakan! KLWKND akan menayangkan tayangan filem pendek animasi Batik Girl dan The Dalang’s Tale hasil karya Irwan Junaidy (The R&D Studio). Batik Girl telah ditayangkan di lebih 20 festival filem antarabangsa sejak pelancarannya mengisahkan tentang tema zaman kanak-kanak, tragedy dan Batik manakala The Dalang’s Tale mengisahkan tentang keganasan rumah tangga. Tayangan akan disusuli dengan perbincangan ringkas serta sesi soal jawab bersama Irwan Junaidy.

THE LONG TABLE: FOOD FOR THOUGHT
Nov 27 & 28, sepanjang hari

Menawarkan sajian dari komuniti asing di Kuala Lumpur. Dikurasi sebagai platform untuk menghargai usaha warga asing yang tidak asing lagi di negara kita, The Long Table dengan kerjasama RexKL bakal menyajikan sajian-sajian dari Burma, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain.

BUKU2BOOKS
Nov 25 – 28, sepanjang hari

Buku2Books ialah perpustakaan pop-up yang memberi akses kepada khalayak umum akan bahan-bahan bacaan dan futej terpelihara berkaitan Kuala Lumpur dan Malaysia. Bahan-bahan ini bersumberkan arkib-arkib serta simpanan dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.

Pelbagai program menarik yang akan datang! Nantikan pengumuman terkini dari Di Situ @ RexKL!

 

DISITU

An urban food hall, marketplace and community spaces rolled into, RexKL is poised to become of KL’s best hangout spots for the young, hip and trendy. Formerly home to the iconic Rex Cinema, RexKL will be a key location for some of KLWKND’s highlight programmes:

ART OF FILM - FEATURE
Nov 27 & 28, to be confirmed

As part of KLWKND, we are commissioning and screening a feature film in the form of video essay by prolific Amir Muhammad titled Tomorrow, Tomorrow, Tomorrow… and Tomorrow. This new video essay will take a long at four movies made from the late 1970s to early 1980s by the late Jins Shamsuddin, all of which had “esok” in their titles: Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1980), Esok Masih Ada (1980) And Esok Untuk Siapa (1982). All were in the melodrama genre, with elements of thriller and romance. The essay will explore the themes of racial relations, gender roles, urban/rural divide, and KL itself. The screenings will be followed by a short talk and Q&A session by Amir Muhammad.

ART OF FILM – SHORTS
Nov 27 & 28, to be confirmed

Short films are not left out! KLWKND will also be screening award-winning animated shorts Batik Girl and The Dalang’s Tale by the very talented Malaysian filmmaker Irwan Junaidy (The R&D Studio). Batik Girl, which has toured over 20 film festivals worldwide since its launch, explores the theme of childhood, tragedy and Batik while The Dalang’s Tale takes a dive into the subject of domestic violence. The screenings will be followed by a short talk and Q&A session by Irwan Junaidy.

THE LONG TABLE: FOOD FOR THOUGHT
Nov 27 & 28, all day

The Long Table: Food for Thought serves up mouth-watering food and drinks by the immigrant communities in KL, whose contributions to the development of KL should not be overlooked. Over the decades of service in KL in various labor sectors, the different communities such as Burmese, Bangladeshi, Pakistani and other groups have developed their own distinctive culinary identity. The Long Table is organized in partnership with RexKL.

BUKU2BOOKS
Nov 25 – 28, all day

Buku2Books is a pop-up digital library that allows the public to access rarely seen archive materials about Kuala Lumpur and Malaysia in various media including archival footage, sounds, digitized copies of rare books and more! These materials are sourced from archives across the country and with international partners.

More to come! Stay tuned for programme updates on Di Situ @ RexKL!

Tarikh/Date25.11.21-28.11.21
Lokasi/VenueDI SITU @ REXKL
Harga/PricingPercuma/Free (Pendaftaran/Temujanji diperlukan; Registration / Appointment required)
Pendaftaran/RegistrationAkan datang/Coming soon
Related Programmes
CENDANA Logo- Coloured

About BASKL

BASKL is Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur, a space created by the Cultural Economy Development Agency, or CENDANA, to help nurture the city's arts and culture ecosystem, and encourage locals and visitors alike to learn more about and savour the melting pot of art, music, craft and performing arts that pervades this beautiful city and beyond.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites