Oleh SHAH SHAMSHIRI
Terletak di Tropicana Gardens Mall, Niyom 26 merupakan sebuah restoran Thai asli yang menawarkan pelbagai sajian menarik. Mempunyai aneka tarikan tersendiri, kami senaraikan lima sebab utama kenapa anda patut kunjungi restoran ini.
- Makanan yang disajikan memang enak. Ia menawarkan menu asli Thailand dengan rasa yang menakjubkan. Dari Tomyam Udang Galah yang menjadi tarikan utama mereka, sehinggalah ajnas hidangan lain seperti Udang Choo Chee, salad Pomelo dan aneka ikan kukus serta masakan lain yang pastinya akan membuat anda kembali lagi.
2. Harganya yang sangat berpatutan juga menjadi sebab kedua kenapa anda harus ke sini. Biarpun menawarkan makanan yang berkualiti tinggi dengan ramuan terbaik, namun harganya sangat mesra kocek pengguna secara umum. Sila rujuk harga menu di sini.
3. Senireka dalamannya yang sangat ceria juga salah satu sebab lain. Setiap sudut memang sesuai diabadikan di laman media sosial anda. Dengan warna-warna terang dan ceria kami yakin ramai akan mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sini.
4. Kedudukannya di dalam sebuah pusat membeli belah juga menjadikannya sebuah restoran dengan lokasi yang menarik. Para pengunjung boleh terus pergi membeli belah sebaik sahaja selesai makan, atau singgah makan selepas selesai berbelanja.
5. Semestinya, restoran ini mesra-Muslim. Kesemua daging dan ikan yang digunakan dalam sajian mereka dibeli dari pembekal pembekal daging halal. Jadi, para pengunjung yang beragama Islam tidak perlu risau saat menikmati hidangan lazat mereka. Selamat mencuba dan menjamu selera!
Untuk lebih banyak perkembangan tentang segala bentuk seni klik pautan di bawah: