Rasai makanan paling ‘viral’ di Sunway Putra Mall hujung minggu ini

Setelah selesai acara Nasi Kandaq Fest yang ternyata berjaya (lebih kurang 20,000 peminat tegar nasi kandar telah mengunjung), sekarang kaki-kaki makan semua boleh menikmati satu lagi acara FriedChillies dan Sunway Putra Mall bertema ‘makanan viral’ yang akan berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 29 September 2023. Acara kali ini akan menggabungkan pelbagai makanan yang sohor kini atau ‘viral’ di media sosial dari brisket yang lembut ke donut-pizza yang menggiurkan.

“Sejak kebelakangan ini, memang tak boleh dinafikan yang pelbagai makanan yang inovatif telah dihasilkan dan dijual melalui media sosial. Pandemik lalu telah memberi orang masa untuk berkarya dan juga mencari rezeki alternatif untuk menampung hidup,” kata Adly Rizal, CEO FriedChillies. “Kami jangka pengunjung acara ini adalah dari golongan muda dan juga yang berkeluarga kerana selain dari makanan yang hebat-hebat kami juga ada merancang aktiviti-aktiviti yang pasti akan menghiburkan semua.”

Pada hari-hari acara, akan ada buskers dan juga pertandingan makan Man Vs. Food. Satu Pertandingan Cosplay Pose akan berlangsung dan lebih kurang 500-1000 peminat cosplay dijangka akan datang untuk bertanding dan menonton. Panel juri pertandingan ini terdiri daripada cosplayer-cosplayer ‘lejen’ seperti Mr. Azamcos (The Ultimate Cosplayer), Mr. Din (LoL Cosplay) dan Mr. Adam John.

Vendor-vendor yang akan berada di Top Viral Food Festival ini terdiri daripada pengusaha F&B yang sedang hangat di media sosial dan diminati penggemar makanan dan mereka yang selalu memantau trend terkini. Bayangkan kesemua vendor ini di bawah satu bumbung, pengunjung hanya perlu datang ke satu tempat sahaja dan menikmati semua juadah yang tersedia dengan cara santai. Antara nama-nama yang pasti orang akan kenali adalah Beard Brothers BBQ, TanjakCrew, Suka Dessert dan Donut Viral Opah yang seringkali jadi sebutan ramai sejak tahun 2021. Senarai kesemua 20 vendor viral ada di bawah.

“Kami sungguh teruja atas sambutan Nasi Kandaq Fest minggu lepas. Memang acara makanan seperti ini sesuatu yang menyatukan semua penduduk Malaysia tak kira bangsa atau agama, tua atau muda,” ujar Tan Ai Vee, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall. “Kami harap acara-acara seperti ini akan terus bertempat di Sunway Putra Mall di mana tak kira panas atau hujan, semua orang boleh menikmatinya dengan selesa di mall kami. Ini memang selari dengan visi kami yang mall bukan sahaja untuk membeli-belah tapi juga tempat di mana komuniti boleh berkumpul untuk bersosial dan mengeratkan silaturahim,” dia tersenyum.

“Sunway Putra Mall memang sesuai dengan kami kerana mereka betul-betul sayangkan ruang mereka dan lokasi ini cukup dengan berbagai stesen perkhidmatan awam yang berhampiran dan juga mudah untuk servis e-hailing. Suasana sewaktu acara nasi kandaq sangat meriah kerana kita boleh rasa ‘vibe’ ibukota sambil menikmati juadah yang sedap-sedap. Kami harapkan suasana yang sama untuk Top Viral Food Fest,” tambah Adly.

Terdapat banyak jenis makanan yang boleh dicuba. Di sini kami senaraikan beberapa.

     Untuk Pencinta Daging

1. Bakso Beranak- Asalnya dari Sebrerang, Indonesia dan dibawa ke tanahair Malaysia oleh pelawak dan pelakon popular Vicha. Rasanya masih asli Indonesia dan pedasnya sampai berpeluh. Kenapa ia dipanggil bakso beranak? Kerana setiap bakso gergasi terkandung anak-anak bakso dalam perutnya.

 2. Beard Brothers BBQ- Pitmaster tersohor Nazri Jameson adalah graduan kulinari yang memang meminati brisket. Jadi dia mengambil masa lima bulan menkaji teknik-teknik membuat brisket halal yang dibakar dengan sempurna, lembut dan berjus.  Rakan Pitmaster dan Bearded Bro, Afif Ter, mengongsi visinya untuk mempelbagaikan jenis makanan dalam budaya makanan halal. Mereka ingin menghasilkan alternatif halal kepada makanan-makanan popular dari serata dunia and mengembangkan komuniti pencita makanan. Falsafah mereka untuk memartabatkan cara-cara masakan yang mengambil masa untuk menghasilkan rasa yang lebih mantap.

3. The GoatFather– Gril kegemaran ramai ini menjanjikan kesedapan daging kambing bakar yang diperap dengan penuh kasih sayang dan dimasak bersama bawang dan lada bengala. Ini dihidang bersama kentang goreng dan meatball.

4. Mooowich– Tag mereka- ‘loaded with every bite,’ Mooowich menyediakan sanwic diperbuat dari roti gebu dengan pelbagai inti seperti daging bbq dan ayam bakar.

5. Wagyu Skewer– Bayangkan daging wagyu empuk yang berlemak disalai sempurna dengan harga yang berpatutan.

Terbaik Dari Asia

1. Racha Tomyam– Tomyam mereka dimasak dengan menggunakan paset dari Thailand dan mempunyai rasa yang sangat kuat dan sedap! Boleh pilih samada bihun/mee putih untuk di makan dengan seafood/ayam/daging.

2. Bolok Troops– Menyajikan makanan-makanan dari Thailand seperti kerabu maggie , sotong stim ala Thailand dan banyak lagi.

3. Sushika– Bagi pencinta sushi, cubalah roll-roll halal mereka yang diolah mengikut citarasa orang kita.

4. Jeruk Liur Leleh- Dikenali sebagai salah satu jenama yang menjual jeruk mangga dengan pelbagai pilihan kuah serta buah. Selain mangga mereka juga menjual jambu batu, kedondong, epal asam boi, serta banyak lagi dengan pilihan kuah yang sesuai dengan kehendak orang ramai.

Penuh dengan keju!

1. Jagung Cheese Tarik– Selain jagung yang direbus kemudian disapukan sedikit garam, jagung kini juga ditambah dengan cheese supaya menjadi lebih sedap dan menarik.

2. TanjakCrew– Dari tahun 2012, ramai sudah kenali crew ini- terkenal dengan spageti meatball mereka yang membuatkan orang ramai teringat-ingat.

3. Mac Mafia– Maccaroni yang di bakar dalam Gouda Cheese dan ditambah ayam goreng/daging bakar. Memang brader-brader underworld semua akan datang bertandang.

4. Golden Dough– Vendor ini ada pelbagai pizza donut yang mengabungkan pizza dan donut dengan berbagai topping, mesti akan menjilat jari.

Aneka minuman dan manisan !

1. Air Dalam Tin– Menjadi salah satu daya tarikan dengan campuran air yang padu dengan kelainan dari segi packaging. Air dibungkus dalam bekas air seperti air tin yang membolehkan kita menikmati warna air tersebut. Kawaii!

2. Hauslah– Redakan dahaga  dengan minuman di sini yang terdiri daripada soda-soda hingga kopi dan coklat.

3. Kopi Kamper– “Kopi | Sahabat | Alam,” van kopi ini sentiasa bergerak ke seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan ramai penggemar kopi serta menyediakan variasi air bersusu yang dipelbagaikan dengan menggunakan gula apong sebagai product wajib!

4. Donut Opah Viral- Viral di Tiktok kerana kesedapan dan kegebuan donut original dengan harga yang berpatutan. Tak payah ke Gombak untuk menikmati donut yang lembut ni, datang aje ke Sunway Putra Mall. Donut akan digoreng panas-panas.

5. Rotiwap– Roti yang dikukus kemudian diisi dengan sos seperti coklat, kaya dan banyak lagi. Tagline mereka adalah “inti kasih sayang”.

6. SB Fruyo– Aiskrim yogurt dengan pelbagai topping seperti buah-buahan dan kacang-kacang, dilelehkan sos-sos manis.

7. Suka Dessert– Memanglah kitorang suka dessert! Vendor popular ini menyediakan pelbagai pencuci mulut seperti baby pancake dan menggunakan coklat yang premium. Oleh itu, SD mempunyai ramai pengikut di alam maya serta peminat sentiasa sanggup untuk beratur panjang bagi mendapatkan makanan mereka walau di mana pun mereka buka kedai.

Untuk artikel berkaitan rujuk pautan di bawah.



 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites