4 penginapan menarik di Jakarta dan Bandung, Indonesia!

Oleh SHAH SHAMSHIRI

Sejak sempadan antarabangsa dibuka semula, ramai sudah mula berwisata ke negara jiran berdekatan, iaitu Indonesia. Malah, Jakarta dan Bandung sememangnya menjadi antara kota-kota pilihan ramai pelancong Malaysia yang berkunjung ke sana.

Pihak BASKL baru-baru ini berkesempatan mengunjungi dua kota ini atas undangan pihak Ascott Indonesia. Kami diberi peluang mengalami sendiri beberapa penginapan menarik yang mempunyai tarikan serta seni estetika tersendiri.

Di sini kami kongsikan empat penginapan tersebut.

Harris Suites Hotel Puri Mansion, Jakarta

Harris Suites Puri Mansion terletak sekitar 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta. Ia kompleks yang menggabungkan pangsapuri berprestij dan berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah yang besar. Dengan 192 buah bilik yang memaparkan seni reka dalaman tersendiri, hotel ini memaparkan suasana yang selesa dan kemudahan lain yang menyenangkan. Di samping kolam renang yang besar, senireka yang bermain dengan warna jingga dan rona-rona bumi lain, menjadikan hotel ini satu penginapan yang wajar buat mereka yang sukakan keceriaan di samping lokasi yang dekat dengan lapangan terbang.

Citadines Gatot Subroto, Jakarta

Ini merupakan salah satu hartanah terbaharu jenama ini. Dengan 121 buah unit pangsapuri, ia sesuai buat kumpulan pengembara dengan jumlah yang ramai. Dari sekumpulan teman-teman atau sebuah keluarga, pasti ada yang akan menyukai konsep penginapan di sini. 45 minit dari lapangan terbang Soekarno Hatta, ia terletak di lokasi perdana dengan laluan mudah ke daerah terkenal seperti Mega Kuningan, serta pusat perbelanjaan iaitu Kota Kasablanka dan Lotte Shopping Avenue. Dari ruang berupa studio hingga pangsapuri dengan tiga bilik tidur, semuanya dilengkapi kemudahan terkini termausk mesin cuci dan juga pengering. Malah senireka lanskap luarannya juga tidak kalah menarik. Nikmati tempat duduk yang terbenam separuh paras di dalam air, di kawasan kolam renang mereka sambil menikmati udara luar. Ideal buat yang sukakan penginapan moden dan selesa.

Oakwood Hotel & Apartments Taman Mini Jakarta

Terletak berdekatan Taman Mini Indonesia Indah, menjadikannya satu tempat penginapan yang unik. Ini kerana ia tidak jauh dari taman tema, muzium, serta pawagam di Jakarta Timur. Oakwood Hotel & Apartments Taman Mini Jakarta juga berdekatan Lapangan terbang Halim Perdanakusuma. Dengan 124 buah bilik yang menarik dari pelbagai tahap, ia juga menawarkan suasana luar yang sangat menyenangkan dan menyejukkan mata. Pasti disukai oleh mereka yang berkeluarga, hotel ini juga menjadi pintu masuk ke banyak jalan utama kota Jakarta.

Yello Hotel Paskal Bandung

YELLO Hotel Paskal Bandung mempunyai personaliti yang paling ranggi di antara penginapan-penginapan yang disebutkan tadi. Mempunyai penekanan pada seni urban dan teknologi, ia pasti digemari mereka yang berjiwa lebih muda dan mencintai seni. Dengan senireka dalaman yang mempamerkan hasil seni penduduk tempatan dan luar negara, bangunannya juga bercantum dengan pusat membeli-belah Paskal Hyper Square. Selain bilik-bilik ceria yang menggunakan warna kuning sebagai warna utama, hotel ini juga meriah dengan penggunaan teknologi serta kemudahan yang lebih dekat di kalangan pemuda masa kini. Wajib singgah dan bermalam jika anda berkunjung ke kota Bandung!

Untuk penerbangan ke Indonesia dari Kuala Lumpur dengan harga serta perkhidmatan yang berpatutan, pihak Ascott Indonesia telah bekerjasama dengan Citilink Indonesia. Selain menawarkan penerbangan langsung dari KL ke Jakarta, mereka juga mempunyai penerbangan langsung dari KL ke Medan, serta dari Pulau Pinang ke Medan. Dengan aneka pakej menarik, syarikat penerbangan ini wajar menjadi pilihan jika ingin berkunjung ke negara jiran ini.

Untuk lebih banyak kisah menarik klik pautan di bawah :

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites