2 – 8 OGOS

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Siapa di sini suka kan lagu patriotik? Kalau nak tahu, Ogos merupakan antara bulan yang penulis gemari. Muzik patriotik sememangnya membakar semangat kita dan memupuk semangat cinta akan negara. Minggu ini Editor’s Picks kembali berkongsikan beberapa lagi aktiviti yang menarik antaranya:

Mempelajari tarian budaya bersama Ganesha Kumara melalui seni visual. Bengkel selama dua jam oleh Shri Shankar Kandasamy ini membawa penonton untuk menjelajah ke  Alarippu dan menggabungkan gambar Ganesha menari dengan motif Alarippu tradisional, di mana ia juga turut menari dengan kitaran Tisra Gathi yang disatukan dengan menggunakan latar belakang Ganesha Pancharatnam. Bengkel ini meliputi sesi pendek secara virtual setiap hari, video bagi sesi pengajaran dan banyak lagi. Menarik bukan? Bermula hari ini sehingga 6 Ogos anda boleh mendalami  Ganesha Kumara dengan mendapatkan tiket anda di sini dengan harga RM500 anda boleh mendapat akses untuk mendalami seni virtual persembahan ini.

Berminat untuk Let’s Explore the Woodlands? Jika anda ingin mencari aktiviti untuk anak anda, ini merupakan aktiviti yang tepat! Bersama Vicky Ang and akan dibawa untuk menyelami imaginasi dan metaphor dalam hutan woodlands. Pelajar akan diajar tentang pelbagai drama, konsep pelajaran dalam Bahasa Inggeris sama ada dalam pantomime, puisi, seni lakonan, cara membaca dengan menggunakan ekspresi, dan banyak lagi. Bengkel selama lime hari ini pasti dapat mencungkil atau menggilap bakat terpendam anak anda. Semak program di sini dan daftarkan anak anda sekarang dengan RM280 sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk menonton pesta muzikal, anda boleh cuba ke laman ini. Untuk penghayatan yang lebih mendalam serta mempelajari apa itu Ragas Karnatik dalam lagu- lagu filem. Program atas talian yang diselia oleh pemain seruling yang terkenal iaitu G. Sridhar ini pasti dapat memukau semua peminat muzik dengan kemahiran yang mendalam dalam permainan alat muzik. Bermula 6 sehingga 7 Ogos, muzikal atas talian ini terbuka buat semua peminat muzik sama ada dalam mahupun luar negara. Dengan RM 60 anda boleh dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis dijual.

Gerimis mempersembahkan Studio Seni Orang Asal, projek video digital yang mempersembahkan barisan artis yang hebat seperti Hanim Apeng, Leny Maknoh serta Herry dan Alang. Anda boleh menonton tayangan perdana video ini pada 8 Ogos serta dapat bertemu dan berinteraksi bersama mereka secara maya untuk menjawab soalan-soalan anda. Ia juga sebagai inisiatif untuk meraikan Hari Orang Asli Sedunia bersama semua. Jangan lupa untuk pergi ke laman Instagram Gerimis dan daftar untuk mendapatkan slot di zoom. Bagi mendapat inspirasi anda juga boleh membaca artikel mengenai Leny Maknoh dan Hanim Apeng di baskl.com.my.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites