Warga muzik tanah air, ayuh mohon Dana Kandungan Digital sekarang!

Warga yang terpilih akan menerima geran sehingga RM300,000 bagi setiap permohonan yang berjaya, tertakluk pada terma dan syarat dalam Garis Panduan DKD Industri Muzik.

Oleh SHAFIQUE DANIAL JOHARI

Sebagai seorang penggiat industri kreatif di Malaysia, sudah pasti kekangan dana merupakan antara cabaran yang terbesar bagi anda semua. Tidak kira sama ada anda seorang warga muzik, pemain pentas, pembuat kraf atau apa sahaja, dana mampu menjadi kekangan. Namun begitu, kerajaan Malaysia terus memberi komitmen yang cukup besar dalam meningkatkan taraf penggiat-penggiat seni tanah air kita ini. Antara lainnya adalah inisiatif Dana Kandungan Digital yang memberikan geran sehingga RM300,000 kepada setiap pemohon yang berjaya. Buat kali ini, Dana Kandungan Digital ini dibuka kepada para penggiat muzik tanah air. 

Dana yang mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada bulan April tahun 2015 ini merupakan kesinambungan daripada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang diperkenalkan pada tahun 2012 dengan tujuan memperkemaskan dan mempermudahkan pemberian dana berkaitan industri kandungan kreatif daripada Kerajaan. Dana bagi penggiat-penggiat kreatif ini telah diperuntukkan di dalam Belanjawan Negara di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan oleh MyCreative Ventures (MyCV) yang merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah kementerian berkenaan. 

Muhammad Nadzmi Musa yang merupakan Pengurus Geran dan Dana di MyCreative Ventures telah memaklumkan bahawa pada tahun ini, terdapat empat kategori yang terdapat di bawah Dana Kandungan Digital ini. Antara kategori dana yang ada adalah Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Keboleh Pasaran Domestik, Dana Konsert dan yang paling terbaharu serta merupakan sebuah permintaan khusus daripada Kementerian Komunikasi dan Digital sendiri adalah Dana Irama Perpaduan. “Secara singkatnya, melalui Dana Irama Perpaduan ini, kita perlu hasilkan lagu-lagu patriotik. Kita ingin bawakan semula lagu-lagu ini seperti waktu dahulu,” kongsi Nadzmi.

Pengurus Geran dan Dana MyCreative Ventures, Muhammad Nadzmi Musa memberikan taklimat kepada para penggiat seni muzik

Tentunya penerimaan sejumlah dana akan dapat mempertingkatkan mutu keberhasilan sesebuah karya seni dan selain itu, para penggiat juga dapat mempermudahkan pelbagai proses penghasilan karya seni itu sendiri. Apabila kita mempunyai dana yangmencukupi, kita akan berasa lebih tenang; karya kita juga akan lebih baik. 

Naib Presiden Bahagian Pembangunan Industri MyCreative Ventures, Zainol Haqim Zainol Rashid telah berkongsi, “Sebenarnya ramai penggiat industri kita yang mendapat jemputan di luar negara tetapi salah satu kekangan yang mereka hadapi adalah untuk pergi ke sana. Jadi untuk inisiatif ini, tujuannya memang untuk memberi sokongan mobiliti agar mereka dapat pergi ke luar negara.”

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada sesi Town Hall bersama penggiat-penggiat muzik tanah air di klpac

Tarikh pembukaan permohonan bagi Dana Kandungan Digital ini berbeza mengikut kategori masing-masing dan telah bermula seawal 23 Mac yang lepas; tarikh tutup terakhir adalah pada 14 Julai nanti. Pihak BASKL dan MyCreative Ventures ingin menjemput mana-mana penggiat muzik yang layak (sila semak kelayakan anda di sini) untuk memohon dan menyerahkan borang permohonan anda untuk melayakkan anda menjadi salah seorang daripada penerima geran Dana Kandungan Digital pada kali ini. Bacaan maklumat lanjut dan juga permohonan bagi dana ini bolehlah dibuat melalui laman sesawang DKD.

Selain itu, bagi penggiat-penggiat seni persembahan, MyCreative Ventures juga telah membuka sebuah lagi permohonan bagi Program Perantisan Pengurus Seni 2023 atau Arts Managers Apprenticeship (AMA). Bagi anda yang berminat bagi program ini, anda bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di lawan sesawang AMA.

Ikuti kisah menarik yang lain di laman BASKL:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites