Pameran seni ‘Konkrit Waktu’ bedah hubungan masa dengan gubahan karya

Konkrit Waktu adalah himpunan karya seni yang dihasilkan oleh kumpulan artis pelbagai generasi yang juga alumni Fakulti Seni Halus dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan Malaysia (ASWARA). Barisan artis ini telah melihat masa sebagai unjuran, serta suatu sebab untuk menolak had medium masing-masing. Pameran ini akan meneroka cara-cara kita mempersoalkan kesudahan masa lampau sehingga hari ini; bagaimana masa depan mampu mengolah, bertindak balas dan mengganggu naratif Konseptualisme, Presentisme dan Keabadian dalam penciptaan karya rumit cerminan persekitaran kita.

Pameran ini menampilkan karya kontemporari Simon Chow, Muhammad Ibrahim, dan Raja Muhammad Imran, tidak dilupakan pengamal konseptual, termasuk Hazul Bakar dan Wan Muhammad Eiman aka Abu Fikrah. Karya visual yang dipamerkan adalah dikoyak, ditampal dan diskru ketat terlebih dahulu, sedia untuk membangkitkan persoalan asas tentang hubungan silang antara arca dan lukisan. Potongan arca mempamerkan unsur-unsur fleksibiliti, keakraban diri dan keintiman yang tidak konvensional; pada masa yang sama mencabar sifat materialitinya.

Sebuah bentuk penerokaan emosi serta keadaan dan kenangan yang tidak diketahui, karya Simon Chow dan Muhammad Ibrahim wujud dalam keadaan yang melibatkan unsur visual dan sensual. Pemasangan visual Ibrahim Bunga Tanjung i & Bunga Tanjung ii melibatkan sebuah biji ceri Sepanyol yang mungkin terpakai sebagai di dalam kain songket sebagai sejenis motif. Memfokuskan perhatian pada pertumbuhan, dari sebiji benih digital, bentuknya berpecah kepada sembilan daun; ia menyoal sama ada amalan tradisional adalah dilindungi, juga dapatkah ia mengekalkan keaslian budayanya, selamat dari kekecewaan? Ibrahim menyuluh perhatian kepada persepsi yang berat ini. Bercakap mengenai tindakannya dalam menggunakan objek visual, artis ini bertanya, “Apakah erti sebenar kehidupan, apabila kita semua tidak sepakat?”

Terpesona dengan keperibadian dari tempoh masa yang berbeza, siri Hati i & ii bermula selepas Raja Muhammad Imran cuba meneroka aspek atau keistimewaan pilihan kendiri. Meskipun kesedaran seseorang melibatkan pemikiran dan sudut pandangan masing-masing, ia boleh menjadi penting dalam penentuan nasib. Hasil karya Imran yang tersendiri menawarkan tindak balas yang kuat terhadap kehidupan seharian.

Menggabungkan seni dengan tradisi kehidupan dan masa, konsep visual momento mori Simon Chow ditafsirkan secara sinis melalui kepercayaannya terhadap kehidupan, kepada khalayak umum. Lukisan Chow dihamparkan dalam Life is a Game 2.0, menggubah unsur logik dari fauvisme sebagai konsep dalam amalan kreatifnya. Dengan berbuat demikian, dia mendorong pemikiran radikal terhadap penghasilan karya artistik serta mengubah mod lukisan ke dalam karyanya, Artist’s Ambition.

Pemilihan nama pameran kumpulan Konkrit Waktu ini merupakan evolusi kemungkinan baharu yang tidak berkesudahan dalam visualisasi seni kontemporari. Dalam membezakan antara gabungan seni siap dan penyampaian idea-idea baharu yang sedang diterokai oleh artis muda, ia telah membuka dialog kontemporari sebagai salah satu usaha dalam pertumbuhan seni visual.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites