Membangun kemahiran insaniah bersama Artist Profile Building Workshop

Pembinaan portfolio merupakan satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap seniman

Oleh DANIAL FUAD

Hidup di dunia serba canggih dan tanpa sempadan, seniman kini mempunyai peluang yang lebih besar untuk mempamerkan karya mereka. Namun di seberang spektrum pula, senang juga untuk para seniman tenggelam dalam lautan seni visual yang sangat luas ini. Salah satu cara untuk meningkatkan peluang, seniman haruslah mempunyai portfolio yang jitu dan mapan agar lebih menonjol. Sehubungan dengan itu, kemahiran membina portfolio merupakan satu yang sangat penting dalam menentukan hala tuju seniman dan apa peluang yang boleh digapai.

Sedar dengan kepentingan portfolio seniman, Cultural Economic Development Agency (CENDANA) telah menganjurkan bengkel membina portfolio yang terdiri daripada dua fasa. ACE Artist Profile Building Workshop (Phase 1) dan juga Artist Portfolio Review with IOTA (Phase 2) telah diadakan pada bulan ini. Bengkel ini juga merupakan program tambahan daripada Program Pembiayaan Produksi Seni yang telah dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

Objektif program ini merupakan untuk memperhalusi kenyataan seniman, praktis seni, keupayaan dan idea melalui portfolio mereka dan bagaimana untuk meletakkan diri mereka dalam industri seni. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meneroka strategi dan naratif yang wujud dalam mempersembahkan karya secara profesional serta menggalakkan eksperimentasi, kreativiti dan kajian dalam mempamerkan portfolio mereka supaya boleh meningkatkan peluang mereka mendapat tempat dalam geran, seniman tamu, menyertai pameran tempatan dan juga luar negara. Para seniman yang menyertai program ini juga mendapat maklum balas yang mendalam berkenaan portfolio mereka oleh orang penting dalam industri seni visual.

51 orang seniman yang merupakan penerima manfaat bagi Program Pembiayaan Produksi Seni telah menyertai fasa pertama ACE Artist Profile Building Workshop yang telah berlaku secara atas talian. Bengkel tiga hari ini menceritakan berkenaan penjenamaan diri, cara mengarkib karya dan juga bagaimana untuk meningkatkan kewujudan seniman atas talian. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mendalami bagaimana untuk mempersembahkan portfolio mereka untuk pelbagai tujuan seperti menyertai pameran.

Setelah selesai dengan fasa pertama, 20 lagi seniman telah disenarai pendek untuk menyertai fasa kedua bengkel iaitu Artist Portfolio Review with IOTA. Bengkel ini telah dijalankan pada 15 Oktober lalu di mana para seniman yang terpilih telah mempersembahkan portfolio mereka di hadapan seniman, tenaga pengajar dan juga salah seorang Industry Advisory Panel, Bibi Chew dan juga pengasas bersama India Ocean Craft Triennale, Jude Van Der Merwe. Setiap seniman telah diberi masa lima minit untuk mempersembahkan portfolio mereka dan setelah selesai, para panel pula memberi maklum balas mereka.

Telah berlangsung sesi bertukar pendapat antara seniman dan panel-panel selama tiga jam yang boleh dikatakan membuahkan hasil. Seniman yang terlibat merangkumi pelbagai generasi dan ini juga menunjukkan bahawa bukan seniman muda sahaja yang memerlukan bantuan dalam menyiapkan portfolio mereka.

Anda juga boleh ikuti kisah lain di sini:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites