22 Nov – 28 Nov

Dikarang oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Seperti biasa pada minggu kedua setiap bulan, Panggung Rakyat 2021 dibawakan secara bersama oleh CENDANA, Inisiatif PRISMA dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan persembahan-persembahan tradisi yang menarik bagi memeriahkan lagi  Art In The City (AITC) 2021. Dalam episod ketujuh ini, Panggung Rakyat mempersembahkan Lagenda Moyang Lanjut yang menceritakan tentang seorang gadis bernama Mayang yang ingin berkahwin dengan seorang pemuda berketurunan Melayu. Menariknya ini merupakan kali pertama kaum Mah Meri membuat pementasan teater. Jangan lupa saksikan pada hari Sabtu, 27 November, Jam 8.30 malam di Facebook CENDANA Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman CENDANA Malaysia.

Selain itu, sejak sektor seni diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti, ramai yang mengambil peluang ini untuk kembali memulihkan ekosistem dalam industri kreatif bagi membantu dan menjana pendapatan serta produktiviti dalam bidang seni tanah air. Terdapat banyak program menarik yang kami ingin kongsikan kepada semua, antaranya;

KLWKND Antara sebahagian daripada program AITC, KLWKND buat julung kalinya diadakan bagi mempromosi kesenian dan kebudayaan. Program yang bakal diadakan selama empat hari berturut-turut ini akan membuka tirai bermula dari 25 Nov hingga 28 Nov dengan pelbagai pengisian yang cukup padat dan menarik buat anda semua. Sama ada tarian, muzik, opera, seni visual, reka bentuk, produk kreatif, kraf tradisional, sastera, sejarah dan macam- macam lagi semuanya terbuka buat semua lapisan masyarakat. Untuk pengetahuan anda juga, KLWKND akan diadakan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jadi bagi anda yang belum pernah jalan-jalan di sekitar KL, ambil peluang ini untuk bawa keluarga beriadah sambil menghayati seni. Antara pengisian yang dapat kami kongsikan adalah;

Opera Serikandi Nusantara 25 November 2021, 8:30pm – 10:00pm | Panggung Bandaraya DBKL

Art of Dance 26 November 2021, 8:30pm – 9.30pm | Panggung Bandaraya DBKL

Memperkenalkan Sasterawan Negara 28 November 2021, 2:00pm – 5:00pm | Panggung Bandaraya DBKL

Intriguing Instruments  27 – 28 November 2021 | 3pm – 6pm | ‘Bamboo House’, The Godown KL

MINDBENDING BAMBOO Nov 25 – 28, all day | ‘Bamboo House’, The Godown KL

ART OF BAMBOO Nov 25-28, All Day | ‘Bamboo House’, The Godown KL

Forest In The City Programmes 25 – 28 November 2021 | 10.00am – 6.00pm | High Street Studio (Jalan Tun H.S. Lee), KL

BUKU2BOOKS 25 – 28 November 2021 | 10.00am – 6.00pm | RexKL, KL

Bamboo – Textile of the Future 26 November 2021 | 4.00pm – 5.00pm | The RuMa Hotel & Residences

LoveMYBatik 25 – 28 November 2021 | 10.00am – 8.00pm | GMBB, KL

Traverse: Motions Through Time 25 – 28 November 2021 | Muzium Telekom

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang BASKL/AITC

Tak cukup dengan program tadi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL turut mengadakan Urban Youth Festival 2021. Program yang bakal berlangsung selama 2 hari ini menyajikan anda pelbagai aktiviti yang menarik. Walaupun terbuka kepada umum, namun pendaftaran anda perlu daftar sebelum menghadiri program ini. Hal ini adalah amat penting bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan menjamin keselesaan semua pengunjung kerana tempat adalah terhad. Jadi apa tunggu lagi, daftar segera untuk program yang akan berlangsung hujung minggu ini, 27 dan 28 November di Panggung Anniversari Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang terdapat disana ialah;

Battle at The Botanic | Buat penggemar aktiviti ekstrem papan luncur | Hadiah utama berjumlah RM1000 | Hubungi WAN IZAT untuk pendaftaran.

FIFA22 Youth Championship | Terbuka kepada 64 orang pemain untuk berentap dan menjuarai RM1000 | Daftar sekarang di SINI atau untuk maklumat lanjut sila hubungi ENCIK ARIF.

Cabaran Aerobik Bersama Coach Nanie, Coach Aidil dan Coach Linda | Dengan hanya bersukan pun anda berpeluang untuk memenangi RM300 | Untuk pendaftaran sila hubungi AIDIL atau LINDA.

Pastinya banyak lagi aktiviti lain yang menanti anda di sana, untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman Facebook DBKL dan jangan lupa untuk daftarkan slot anda di SINI bagi mengelakkan kesulitan berlaku di pintu masuk.

George Town Festival kembali lagi! Pada tahun ini dengan pelbagai program yang menarik buat anak-anak seni tempatan serta orang ramai bertepatan dengan tema mereka untuk menggalakkan seni untuk semua! Festival ini terbahagi kepada dua 9 DAYS 8 EXHIBITIONS yang berlangsung bermula 20 hingga 28 November dan 9 DAYS 8 SHOW pada 4 Disember hingga 12 Disember. Mari kami kongsikan aktiviti sepanjang 9 Days 8 Exhibitions;

AR/ UTISTIC: Diaries on the Spectrum 19 – 28 Nov | 10:00am – 10:00pm | Ming Fine Art Gallery @ St. Jo’s Gurney Paragon Mall

Sama-Sama: George Town, A Multicultural Art Journey 20 – 28 Nov | Isnin – Khamis 11:00am – 6:00pm | Jumaat – Ahas 11:00am – 8:00pm | Mini Cube @ Mano Plus, George Town

Between 01 20 – 28 Nov | 10:00am – 8:00pm | Jetty 35, George Town

“Penang at a Glance” Photography Exhibition 20 – 29 Nov | 10:00am – 10:00pm | Extension Wing, Ground Floor, Gurney Plaza

France eMotion 22 – 30 Nov | 10:00am – 10:00pm | Ground Floor, 1st Avenue Mall

Thank God It’s Monday Pameran 26 – 28 Nov| 11:00am – 7:00pm |First Floor, The Whiteaways Arcase George Town | Sesi Perkongsian 27 Nov | 3:00pm – 4:00pm |First Floor, The Whiteaways Arcase George Town

Creatice Collection 26 – 28 Nov | 10:00am – 6:00pm | Bangunan U.A.B George Town

“3 x 3” Group Exhibition 26 – 28 Nov | 10:00am – 6:00pm | Bangunan U.A.B George Tow

Untuk sebarang maklumat anda boleh layari laman sesawang mereka GEORGE TOWN FESTIVAL atau di SINI.

Antara program lain yang bakal berlangsung hujung minggu ini ialah majlis pelancaran pembukaan Gallery GERIMIS bertempat di GMBB, Jalan Robertson Kuala Lumpur. GERIMIS merupakan projek seni yang terhasil daripada Kerjasama banyak pihak sebagai inisiatif untuk menerokai dan kongsikan kepada orang ramai kekayaan hasil seni daripada kaum Orang Asli. Turut hadir memeriahkan majlis ialah artisan dari suku kaum Orang Asal seperti Lenny Maknoh, Hanim Apeng, Marini Apeng dan Awet. Jom singgah ke pelancaran mereka pada 27 dan 28 November dan sokong produk tempatan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari FACEBOOK dan INSTAGRAM atau anda juga boleh terus email mereka di gerimis.my@gmail.com.

Symbol & Gesture pula merupakan pameran daripada duo Aqim Adil dan Amri Ibrahim yang ingin menggambarkan karya mereka melalui medium anggota badan sebagai subjek dalam lukisan untuk ekspresikan karya mereka. Sama ada kita sedar mahupun tidak, kaedah ini digunakan sebagai bentuk komunikasi adaptasi daripada kehidupan seharian. Artisan memilih untuk berkarya, menyampaikan sentimen, idea, emosi atau sikap yang secara tidak langsung lahir daripada ekspresikan diri. Simbol juga boleh datang dalam bentuk tanda, watak dan imej. Bermula 17 hingga 27 November ini dari jam 11:00 pagi hingga 6:00 petang, untuk maklumat lanjut anda boleh klik di SINI atau untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi EMIELIA, ELIZABETH atau terus email ke homarttrans@gmail.com

Bagi anda yang ingin kongsikan aktiviti dan program anda bersama BASKL, email kami di noraliaali@cendana.com.my. Sampai berjumpa lagi di minggu hadapan, pastinya akan kami kongsikan lebih banyak program yang menarik di hujung tahun ini. Jaga penjarakan, ikut SOP dan jaga diri semua.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites