10 aktiviti menarik di Pesta Sungai Klang

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

KongsiKL membawakan kepada anda Pesta Sungai Klang (Klang River Festival, KRF), sebuah usaha dari mereka untuk mengadakan pesta tahunan bagi memudahkan perkongsian awam tentang salah silah, budaya dan identiti kita. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh baca di sini.

Pelbagai perkongsian dan juga aktiviti yang bakal diadakan sepanjang festival ini berlangsung. Untuk penulisan kali ini, BASKL ingin kongsikan 10 aktiviti menarik yang boleh ada ikuti berkonsepkan living by the river berasaskan warisan, komuniti, alam sekitar dan kreatif, bermula hujung minggu ini!

My Island sebuah instalasi seni oleh LIEW CHEE HEAI

Lokasi: KongsiKL | 25 Nov hingga 4 Dis 2022 | Jam 11:00pg – 11:00mlm

Sebuah instalasi yang berskala besar yang berasaskan kenangan lalu Liew terhadap kehidupannya yang pernah menetap di sebuah Pulau. Kombinasi antara ruang KongsiKL dan sifat pulau yang lembut dan penuh misteri memberi impak yang berbeza buat para pengunjung. 

+ – × ÷ (Campur Tolak Kali Bahagi) Kita dan Sungai

sebuah dialog oleh JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) dan Selangor Maritime Gateway (SMG), Moderator oleh Kennedy Michael

Lokasi: Oriental Art & Cultural Centre (OACC) | 27 Nov 2022 – 2:00ptg
Bahasa: Melayu / English

Dialog ini bertujuan untuk penyentuh tentang sejarah dan latar belakang pelbagai syarikat utiliti awam untuk mengetahui focus penglibatan mereka serta peranan yang mereka mainkan di Sungai Klang. Hal ini kerana ramai yang tidak tahu matlamat utama badan-badan sebegini. Aliran Sungai Klang sebenarnya meliputi beberapa buah sungai lagi, antaranya Sungai Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan sebagainya. Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang sejarah Sungai Klang kita, isu semasa serta visi Sungai Klang, anda boleh ikuti dialog ini.

Persembahan khakkhakkhak

Pengarah Kreatif LIEW CHEE HEAI
Pembantu Artis LOW PEY SIEN
pencahayaan/ teknikal SYAMSUL AZHAR, BRYAN CHANG
Artis LIEW CHEE HEAI, TUNG JIT YANG, SANDEE CHEW

Lokasi: KongsiKL | 26 Nov & 3 Dis 2022 -08:30mlm

Beberapa persoalan dalam persembahan ini yang perlu anda hayati – Pengulangan pergerakan badan ke tahap ekstrem – Apabila seseorang sudah hilang matlamat mereka? Apakah yang akan terjadi apabila segalanya tiada penghujung? Persoalan ini menjadi tanda tanya penulis, apakah persembahan yang bakal disajikan yang membuatkan persoalan ini timbul dalam deskripsi mereka.

Datuk Gi Mana? (Self-guided walk)

26 Nov – 4 Dis 2022 | 11:00pg – 6:00mlm

Antara adat, sejarah dan budaya, ramai komuniti di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia percaya akan wujudnya roh penjaga di sesebuah kawasan. Setiap kuil (shrine) memberi gambaran tentang bagaimana mereka yang percaya akan Datuk Kong ini melihat kepercayaan ini secara menyeluruh. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti panduan berjalan kaki melalui laluan Jalan Klang Lama untuk menerokai kepercayaan dan aktiviti masyarakat seharian yang dekat dengan kepercayaan rohani mereka. Kepelbagaian agama dan kepercayaan mewarnai kehidupan serta dapat mengubah persepsi kita dalam melihat masyarakat. Ikuti laluan pejalan kaki ini dan kenali hubungan anda dalam kejiranan yang pelbagai.

Flow (Pemetaan Cahaya)

Lokasi: Plaza Prima Facade | 28 Nov – 4 Dis – 8:00mlm 2022 – 10:30mlm

Sebuah manifesto untuk menarik lebih banyak tumpuan terhadap:
Aliran sungai berhampiran kita, Sungai Klang yang terabai.
Yang perlahan-lahan dilupakan, tertimbus dalam pembangunan yang cukup pesat.
Pandangan sungai yang semakin lupus dari pandangan mata dan minda,
kerana aksesnya yang menjadi semakin terhad.
Bagaimana untuk kita menaikkan nilai dan kegemilangan sungai kita?

Pameran – Parallels: Old Klang Road Revisited

Pasukan penyelidik: ZHEN YHUE DENNIS ONG, HERN-EE CALEB GOH, KEN LIM DESIGN TEAM FAIRUZ SULAIMAN, NAWFAL MOHD ZAMRI

Lokasi: KongsiKL | 25 Nov – 4 Dis – 11:00mlm – 9:00mlm

Parallels (Keselarian): Pameran ini membawa kita untuk melawat semula dan meneroka hubungan antara Sungai Klang dan Jalan Klang Lama melalui kawasan dan masyarakat yang kehidupannya berkisarkan Kawasan ini. Pameran ini juga mengajak orang ramai untuk besama-sama membina tanda ingatan terhadap Kawasan ini.

Bengkel River+Dance oleh RITHAUDIN ABDUL KADIR

Lokasi: KongsiKL | 26 Nov 2022 | 3:00mlm – 6:00mlm

What’s Inside the River?

Sebuah bengkel oleh CIKGU HUDA & KIDDOZ PLACE

Lokasi: Oriental Art & Cultural Centre (OACC) | 3 & 4 Dis 2022 | 10:00pg – 12:00mlm

Gotong Royong Education by Action

Lokasi: Taman Melawati River Three Park | Setiap Sabtu | 9:00pg – 11:00pg

Sejak 2018, rakan-rakan Sungai Klang di aliran Taman Melawati Tiga telah mengadakan acara terbuka untuk program Gotong Royong Education by Action (GREduAction!) setiap hari Sabtu untuk mengajak sukarela untuk turut sama membantu menceriakan kawasan persekitaran sungai. Jom singgah dan sertai aktiviti ini.

River Taxi Boat Rides + Kabut in the Park

Lokasi: Taman Awam Pangkalan Batu | 4 Dis 2022 | 9:00pg – 2:00ptg

Selangor Maritime Gateway (SMG) dengan Kerjasama Kabut in the Park akan membawa kepada anda suasana membeli belah yang berbeza di tepi sungai. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan kelestarian, elakkan pembuangan dan kitaran ekonomi untuk kita sebagai pemilik rumah untuk menggalakkan mereka menjual barangan yang tidak mereka perlukan lagi dari boot kereta mereka. Bersempena dengan KRF, SMG juga akan menawarkan bot teksi di sana secara percuma, yang mana mereka dapat menikmati 10-15 minit perjalanan sepanjang Sungai Klang dan dapat lihat dengan lebih dekat The Ocean Clean-up’s Interceptor 002.

________________________________________

Itu dia antara perkongsian yang dapat kami sajikan kepada anda sepanjang KRF 2022. Ini antara aktiviti yang menarik minat penulis, tetapi terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda kunjungi sepanjang acara berlangsung dengan melihat jadual acara di bawah:

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman sesawang mereka di Klang River Festival atau ikuti Instagram mereka. Anda juga boleh menjadi sukarelawan dan membantu dalam acara ini dengan mengisi borang ini.

Ikuti kisah lain yang menarik di sini:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites