Dikarang oleh WAN NOR ALIA
Dah ready untuk aktiviti menarik sepranjang minggu ini? CIMB Artober Kembali lagi buat tahun kedua untuk memberi semangat kepada anda yang berada dalam sektor seni tempatan, menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Open Art Show dengan membawakan kumpulan artis yang cukup hebat. Bertempat di Elemen Kuala Lumpur, selain Open Art Show anda juga dapat melihat Hotel Art Fair di sana. Dengan penglibatan lebih 100 artis dan 350 karya seni, CIMB Artober dapat mengisi hari anda dengan aktiviti yang menarik dan bermanfaat sejak awal Oktober lagi. Open Art Show bermula dari 4 hingga 7 November. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawari laman BASKL dan CIMB.
Unlock Bersama Malaysian Watercolor Society! Sambil scroll skrin di laman sosial mereka di sini, anda dapat lihat pelbagai hasil seni catan, warna dan lukisan yang cukup cantik dan halus kelihatan. Namun apa sebenarnya yang cuba di unlock mereka dalam pameran seni visual tahunan kali ini? Bermula hari ini, 1 November sehingga 30 November, mereka bakal membawakan lebih 51 artis terkemuka tanah air dengan lebih 160 hasil seni. Haaa pastikan anda nantikan barisan artis yang bakal membuat pameran mereka nanti. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti karya yang menarik dan hebat. Tak perlu pergi jauh, kerena artis tempatan kita tidak kurang hebatnya. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di SINI.
Kalau tadi kami sajikan Open Art Show bersempena CIMB Artober, antara aktiviti lain yang menarik dalam program di bawah CIMB ini adalah, Gallery Hopping di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Haa dah alang-alang berada di ibu kota tu, antara galeri yang anda boleh lawati adalah Cult Gallery yang terletak di Persiaran Bukit Tunku. Menampilkan Ilse Noor, seorang artis, penulis dan penyajak terkenal tanah air. Noor yang terkenal dengan membawakan teknik seni etching dalam dunia pencetakan telah mempamerkan serta meraikan karya seninya dalam Creation. Bermula 30 Oktober hingga 30 November, ambil peluang untuk kenali Ilse Noor dalam pamerannya. Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web INI.
Mana Aiman? Anda pasti akan mendapat jawapannya bermula 3 November hingga 7 November. Menjadi antara genre yang mendapat perhatian ramai. Misteri yang bakal dirungkai di khalayak penonton ini mengajak anda untuk sama-sama menyaksikan apa yang bakal terjadi. Sebuah hasil environmental yang diadaptasi daripada kisah benar yang penuh misteri di mana menceritakan peperangan antara akal dengan alam semesta. Pelik bukan? Menampilkan barisan pelakon underdog, pementasan ini bakal dijalankan di WK Bungalow. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus ke media sosial INI atau jika anda perlukan respon dengan kadar yang segera, anda boleh terus whatsapp ke Mana Aiman untuk sebarang pertanyaan.
Selain itu, terdapat juga beberapa bengkel menarik yang anda boleh sertai minggu ini;
The Art of Storytelling bagi anda yang berminat untuk mempelajari bagaimana penceritaan dapat dihidupkan dalam penyampaian melalui medium muzik, tarian dan tulisan. Sertai bengkel yang akan dikendalikan oleh Regina Yoong (seorang tenaga pengajar, penulis dan pengarang) sebagai moderator. Bersama tiga lagi penal lain, Irena Taib (penerbit dan composer muzik), Kimberly Yap (penari klasik dan kontemporari) dan Shari Jafri (penulis kreatif dan pakar kandungan digital). Bermula 6 dan 7 haribulan, pendaftaran adalah percuma buat semua.
CENDANA Ace Live @Rumah Jelajah Bengkel dan Program Mentor Muzik 2021 Johor. Sebuah bengkel bagi membantu anak seni untuk mulakan langkah dan bagaimana untuk mahir dalam membuat live walaupun dengan bermula dari rumah. Bengkel yang bermula dari 6 November ini semestinya dapat menggalakkan barisan artis dan mereka yang sedang berjinak menggunakan platform secara dalam talian untuk kekal relevan tatkala pendamik ini. Tidak apa untuk duduk di rumah, tetapi ada acara untuk terus kekal dalam industri dan menjaga peminat anda. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan mendalami ilmu dan teknik yang betul bersama yang pakar. Untuk mendaftar anda boleh ke SINI.
Bengkel Seni: Kolaj Fesyen Batik @NAG Langkawi Bertempat di Balai Seni Negara Langkawi, jom sertai bengkel ini secara percuma! Terhad buat 40 orang perserta sahaja, aktiviti ini pasti mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak di mana pelbagai bahan digabungkan dan ditampal bagi menghasilkan karta yang menarik. Bengkel yang diadakan pada 5 dan 6 haribulan November ini boleh didaftar di SINI.