Tips untuk DIY bath bomb di rumah

Jom ikuti cara pembuatan bath bom, semudah A B C!

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Hi semua! Things To Do minggu ini nak mengajak anda semua untuk belajar cara membuat bath bomb. Sememangnya harga di pasaran agak tinggi untuk penjualan aksesori mandian ini, tetapi kenapa beli, kalau anda semua boleh membuatnya sendiri di rumah?

Sebenarnya terdapat beberapa manfaat dalam menggunakan mandian bom, terpulang pada bancuhan bahan yang digunakan sewaktu proses penghasilannya.

Antaranya ialah bertindak untuk membersihkan dan melembabkan kulit, kandungan bahan yang boleh memperbaiki kulit kita seperti mencerahkan kulit, bauan yang menenangkan berfungsi sebagai aromaterapi, ada sesetengah bahan yang dapat membantu untuk kita mendapatkan tidur yang lena dan bermacam-macam lagi.

Jadi tidak hairan mengapa terdapat banyak pilihan di pasaran yang diperbuat daripada variasi bahan dan warna.

Bukan sahaja mandiannya memberi ketenangan, proses membuat mandian bom juga sama, mudah dan boleh dibuat di mana-mana. Jom kita tengok video di bawah untuk cara pembuatannya!

Bahan untuk membuat bath bom:

  1. Asid sitrik
  2. Serbuk penaik
  3. Acuan sabun
  4. Cawan sukatan
  5. Botol semburan
  6. Refined grapeseed oil
  7. Pewangi eco ceri
  8. Isopropyl alcohol
  9. Pigmen sabun (pewarna)
  10. Sarung tangan dan kayu

Cara membuatnya:

  1. Masukkan 230g serbuk penaik dan 250g asid sitrik ke dalam mangkuk dan campurkan sehingga sebati. Pastikan tiada ketulan pada bancuhan.
  2. Campurkan 10ml refined grapeseed oil dan 10 titik pewangi eco ceri ke dalam bekas sukatan.
  3. Masukkan campuran pewangi tadi ke dalam campuran bahan (1), kemudian asingkan ke dalam tiga bekas berasingan.
  4. Untuk menghasilkan warna yang berbeza, masukkan 10-20 titik pigmen sabun ke dalam bekas itu tadi dan kacau sehingga sebati. Anda juga boleh mencampurkan warna utama agar dapat menghasilkan kepelbagaian warna.
  5. Langkah seterusnya, masukkan isopropyl alcohol ke dalam botol samburan, dan semburkan ketiga-tiga bancuhan itu tadi.
  6. Akhir sekali, masukkan bancuhan bath bomb ke dalam acuan untuk menghasilkan bentuk yang menarik. Jika bancuhan itu kering, semburkan isopropyl alcohol supaya mudah dibentuk.

Mudah sahajakan? Semoga perkongsian ini dapat memberi idea untuk aktiviti di waktu lapang. Selamat mencuba!

Untuk ikuti DIY lain dalam Things To Do, anda boleh klik di sini.

Anda juga boleh dapatkan set DIY kit ini di sini.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites