PUSAKA dengan sukacitanya mengumumkan Panggung PUSAKA: Senandung Kota, festival yang meraikan budaya warisan tidak ketara Malaysia pada 6 sehingga 8 Oktober 2023 di The Godown Kuala Lumpur.
Festival PUSAKA ini memaparkan pelbagai persembahan, bengkel, serta bual bicara yang menarik bersama pakar seni tradisional daripada pelbagai komuniti di seluruh Malaysia— Main Puteri dari Kelantan, Kuda Kepang dari Johor, Dondang Sayang dari Melaka, penggiat seni orang asli Mah Meri, penari Sumazau Sabah, pemain gendang Urumee Melum, dan pengamal Silat Jawi.
Panggung PUSAKA: Senandung Kota juga akan menampilkan sesi bual bicara dengan pengasas PUSAKA Eddin Khoo, sebuah pameran khas yang memaparkan gambar fotografi dari arkib PUSAKA, bilik tayangan filem pendek, serta bazar artisan, buku dan pop-up F&B.
Panggung PUSAKA mewujudkan platform komuniti baharu untuk penonton bandar bertemu, melibatkan diri dan berinteraksi dengan adiguru budaya warisan dari akar umbi. Meraikan budaya warisan tanah air bersempena musim Hari Malaysia ke-60, Hari Kemerdekaan ke-66, dan ulang tahun ke-21 PUSAKA, Panggung PUSAKA: Senandung Kota disokong oleh geran MOTAC GSSK 2023.
Sorotan Utama Panggung PUSAKA:
Persembahan budaya warisan tanah air: Main Puteri, Kuda Kepang, Magunatip dan Sumazau, Silat Jawi, Mah Meri, Dondang Sayang, Urumee Melum.
Bengkel yang dikendalikan oleh adiguru dan penggiat seni tradisional untuk melibatkan penonton dalam pengalaman tarian dan muzik yang mengasyikkan.
Bual Bicara oleh Pengasas PUSAKA Eddin Khoo mengetengahkan usaha dan pencapaian PUSAKA sejak 21 tahun meraikan ahli tradisi ritual dan seni kita.
Sembang Seni bersama adiguru dan pengamal tradisi Main Puteri dan Kuda Kepang.
Pameran Foto daripada arkib PUSAKA akan dipamerkan, tersedia untuk dijual dan dibuka untuk tempahan.
Bilik Tayangan yang mempamerkan filem pendek oleh PUSAKA dan rakan usahasama kreatif.
Pop-up Artisan, Buku dan F&B yang menampilkan kraf tradisional, buku, makanan dan minuman.
Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah: