‘Out For Fame’ serlahkan seni graffiti Malaysia

Balai Seni Negara dengan kerjasama Writersblock menganjurkan Program Out For Fame pada 15 dan 16 Julai 2023 bermula jam 10 pagi hingga 11 malam di Art Depot, Balai Seni Negara. Program ini menghimpunkan para pelukis, pemain industri dan peminat seni graffiti tanah air yang bertujuan memperkenalkan seni graffiti kepada masyarakat umum sekaligus mendekatkan mereka untuk memahami seni yang kini dilihat sebagai trend dalam kalangan belia.

Program Out For Fame mendapat tajaan daripada Zebra Graffiti, Anchor Ultra, Hausboom, Vans Malaysia, ABSTRAX Jingga dan Labu Labi Premium selain menampilkan Hear Me Out TV sebagai rakan media. Pelbagai pengisian diadakan menerusi program ini. Antaranya Graffiti Talk oleh Akid One, Asmoe, Drew dan Katun yang tidak asing dalam seni graffiti. Orang ramai turut dapat menyingkap sejarah dan perkembangan seni graffiti dengan melawat ‘Graffiti Tunnel’ yang dibina di kawasan Art Depot Balai Seni Negara.


Serentak dengan Program Out For Fame, Balai Seni Negara turut melancarkan katalog ‘Malaysian Graffiti Artist Database (MAGAD)’. MAGAD merupakan inisiatif Balai Seni Negara dalam merekod, merakam, dan mendokumentasikan sejarah seni graffiti di Malaysia bermula sejak Jun 2015. Ia bertujuan untuk melihat perkembangan seni graffiti dan perubahan dalam senario sebelum, kini dan akan datang. Pelancaran Katalog MAGAD disempurnakan oleh YB Dato’ Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Pengerusi, MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Selain itu, sempena sambutan ulang tahun ke-65 Balai Seni Negara tahun ini, Writersblock membawakan 65 orang pelukis graffiti yang terdiri daripada pelukis tempatan dan Singapura untuk membuat seni graffiti secara langsung sepanjang dua hari program berlangsung.

Out For Fame turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sokongan seperti persembahan oleh kumpulan pemuzik indie/bebas dan jualan serta pameran produk-produk tempatan. Selain itu, orang ramai berpeluang untuk mencuba seni graffiti di atas tote bag dan dinding yang disediakan, dengan bimbingan pelukis graffiti yang berpengalaman.

Bersama-samalah kita meneroka trend seni graffiti. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Balai Seni Negara www.artgallery.gov.my atau media sosial rasmi Balai Seni Negara.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites