Konsert Hausboom Music 2023 bariskan lebih 30 penghibur multi-genre!

Oleh NABILA AZLAN

Tahun 2023 merupakan tahun yang mengagumkan jika kita bercakap tentang sajian muzik di pentas tempatan! Kumpulan BASKL semestinya tak menang tangan dalam menangkap kemeriahan yang dibawa melalui festival-festival muzik baru dan lama, ‘penampakan’ konsert yang julung-julung sekali muncul di tanah air oleh para penghibur legenda tempatan dan luar negara, serta apa yang mungkin menanti kita semua pada bulan-bulan yang akan datang.

Salah satu pesta muzik yang bakal menggegarkan suasana kini adalah tak lain tak bukan Hausboom Music 2023 – bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit), konsert yang dianjurkan oleh jenama minuman tempatan itu kali ini dijadualkan pada 9 dan 10 September dan merupakan edisi ketiga semenjak keluaran pertamanya pada tahun 2018.

Buat pembaca yang masih ‘atas pagar’ dalam keputusan sama ada nak turut serta atau tidak dalam pesta ini, BASKL sertakan tiga info mesti-tahu di bawah:

Konsert terbesar negara yang disusun di litar

Menyatukan artis-artis tanah air yang mempunyai permintaan tinggi dalam satu festival bukan perkara yang mudah, namun sejak enam tahun lalu, jenama Hausboom tekad untuk menjadi pelopor penganjuran konsert sebegitu. Kata Azri Zahier Azmi yang mesra disapa John Lemon, Pegawai Eksekutif Hausboom, “Kami [Hausboom] ingin terus meraikan dan menyokong pemuzik tempatan untuk terus aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik serta berbaloi buat semua.”

Hasil kolaborasi bersama AFFIN, konsert kali ini melakar sejarahnya yang tersendiri kerana ia merupakan konsert tempatan terbesar yang dianjurkan di litar itu. Sempena konsert ini juga, jenama minuman itu akan turut meraikan suasana melalui pengeluaran 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023 yang mengujakan pembeli melalui hadiah-hadiah menarik, termasuklah tiket ke acara ini!

Sesuatu untuk semua: Lebih 30 artis bakal berkongsi pentas

Memaparkan senarai genre yang luas, Konsert Hausboom Music 2023 bawakan pelbagai jenis ‘bunyi’ ke pentas, antaranya hip-hop, indie rock, R&B, rock alternatif, reggae… dan dangdut! Hiburan dua-hari ini dirancang supaya peminat muzik tempatan – tua, muda atau ‘di tengah-tengah’ – dapat menikmati lagu-lagu yang malar segar, antara-genre, malah juga yang klasik dan tak jemu diputar.

Yang bakal muncul nanti, tanpa turutan tertentu:

Search

Ella

Datuk M. Nasir

Joe Flizzow

Hujan

Exists

Spider

Bunkface

SonaOne 

SOG

Masdo

Alif Satar & The Locos

Dolla

Naratu

No Good

Orkes Hizaidin

Chronicalz

Shila Amzah

Forceparkbois

Luqman Podolski

GARD WUZGUT

Baby Shima

Iamneeta

Toko Kilat

53 STU

Salam Muzik

Budak Nakal Hujung Simpang

Iqbal M.

Insomniacks

Midnight Fusic

Gerhana Ska Cinta

Grey Sky Morning

…jangan lupa, ada artis yang diterbangkan dari Indonesia dan Singapura

Berkongsi pentas dengan sahabat-sahabat seindustri Malaysia, artis dari seberang iaitu Hyndia (dari Indonesia) serta Alyph dan Akeem Jahat (dari Singapura)!

Tiket ke Konsert Hausboom Music 2023 boleh didapati dengan harga RM199 (General), RM 359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP). Pembelian tiket boleh dilakukan di sini atau di laman web rasmi Hausboom (untuk pembelian tiket secara ansuran).

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites