Selain dapat meransang minda, DIY batik ini mungkin dapat menjadi aktiviti baharu untuk anda seisi keluarga.
Selami sisi kreatif anda di hujung minggu dengan melakukan aktiviti baharu. Jom cuba DIY Batik Kit dari Novak Batik.
Bahan- bahan dalam DIY kit ini:
- 1 x Kanvas batik
- 1 x Bekas warna/ palet
- 5x Serbuk warna
- 2 x berus
- Kad arahan
Cara untuk menggunakannya:
- Campurkan serbuk warna dengan air (biar pekat).
- Masukkan sedikit warna dalam bekas warna/pallet dan campurkan dengan air.
- Jika anda inginkan warna selain warna prima yang disediakan, anda boleh rujuk pada kad arahan yang diberikan untuk campuran warna yang berbeza.
- Kanvas batik sedia untuk diwarna.
- Pastikan kanvas betul- betul kering sebelum digantung, supaya warna tidak jatuh.
Tips dari Farah Mohan, Pengasas Novak Batik:
- Anda boleh juga membancuh warna utama di dalam botol untuk disimpan.
- Untuk mendapatkan warna pastel, campurkan air lebih sedikit supaya ia cair.
- Mulakan mewarna kanvas dengan warna yang cair dahulu.
- Jika tertumpah, atau tersalah warna, jangan panik! Gunakan kreativiti anda untuk menutupi kawasan tersebut.
Mudahkan? Dengan harga kurang RM50, anda dapat melakukan aktiviti hujung minggu ini bersama keluarga. Selamat mencuba!