Jaja Yusof merupakan seorang pelukis seni kontemporari yang meminati kucing sebagai subjek hasil daripada pengaruh keluarganya. Dia memilih kucing sebagai subjek kerana selain meminati kucing, pemilihannya turut terpalit dengan kisah Rasul dalam Islam; kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi. Oleh kerana dia mempunyai anak autism, melalui pembacaan dan pengalamannya, melukis dan kucing merupakan antara dua terapi yang dapat membantu anak-anak autism ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Instagram Jaja Yusof.
Saiz : 20″ x 20″
Tahun: 2022