Bengkel Ace bantu didik pemuzik untuk mula stream dari rumah

ACE Workshop: LIVE@Home merupakan antara inisiatif yang diambil oleh Prisma dan CENDANA bagi membantu pemuzik untuk mula berjinak dalam “livestream”.

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALIA

Muzik merupakan nadi kehidupan buat kita yang mendengar. Sama ada untuk hiburan mahupun peneman buaian segala emosi. Tanpa muzik pastinya terdapat kekosongan dalam diri kerana lagu menggambarkan rasa atau perasaan yang kadang- kadang tidak terungkap.

Dalam keadaan dunia yang meletakkan sekatan demi keselamatan, tidak kira apa bidang sekali pun pasti mempuanyai masalah atau terdapat rintangan dalam melakukan kerja seharian. Pemuzik juga tidak terkecuali, pendapatan mereka terjejas akibat pendamik kerana segala aktiviti ditangguhkan, tiada tempahan persembahan dan rata- rata tempat mereka mencari makan ditutup.

ACE Workshop: LIVE@Home atau Bengkel ACE dari rumah merupakan antara inisiatif yang diambil oleh Prisma dan CENDANA bagi membantu pemuzik serta usahawan lain untuk mula berjinak dalam “livestream”. Bengkel yang terbuka secara percuma ini berlangsung selama tiga hari bagi memberi pendedahan serta pendekatan buat pemuzik dan usahawan agar mereka sedikit-sebanyak mendapat idea untuk memulakan perjalanan muzik di era baharu ini di mana semuanya harus dibuat secara dalam talian.

Bagi hari pertama, ACE Workshop: LIVE@Home Tahap Awal perkongsian dan tips menarik telah diberikan oleh panelis jemputan yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pengurusan “livestream” seperti MK Ridzuan, dari Sekumpulan Orang Gila, penyanyi/pemuzik Russell Curtis, serta jurutera audio Ahmad Syafiq yang telah banyak bekerja dengan penyanyi terkenal tanah air.

BASKL juga tidak ketinggalan untuk mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Jennifer Thompson, seorang pengurus persembahan dengan pegalaman yang luas, dan menyediakan beberapa tips menarik buat anda. Jom kita ikuti tips pertama untuk memulakan livestream:

https://youtu.be/lsz30G4ekME

Semestinya di awal perjalanan anda akan menghadapi pelbagai cabaran untuk membuat livestream antaranya tahap kelajuan internet, kurangnya alatan untuk stream, tiada ilmu pengetahuan yang mendalam bagaimana livestream berfungsi dan sebagainya. Tips seterusnya pasti dapat membuka mata anda untuk tangani masalah ini dan mulakan dari rumah:

https://www.youtube.com/watch?v=lsz30G4ekME&list=PL89ZQOCog_24_7prfgqJfHsd4V6dWCyc3&index=2&t=49s

Kami juga tertarik dengan gurauan dan perkongsian tips lain dari Russell Curtis bagi menangani situasi ketika terdapat masalah stream dari rumah.

“Jika ada masalah berlaku, saya akan gelak kalau tidak saya akan mula menangis” gurau Russell sambil ketawa kecil.

Beliau juga menambah: “Saya perlu menegaskan, melalui pengalaman saya, bila penonton datang ke persembahan kita (secara dalam talian), mereka memang datang untuk sokong kita dan mereka akan bersama kita sepanjang perjalanan persembahan itu. Jika terdapat sebarang masalah teknikal pastinya saya akan stress, tetapi pada masa yang sama saya juga dapat mesej kata-kata semangat daripada penonton, mereka faham. Jadi beritahu mereka situasi yang sedang anda lalui dan anda sedang usaha perbaikinya.”

Apabila membuat persembahan dalam talian, pastinya masalah teknikal ini kadang- kadang berlaku dan sukar untuk dielak terutamanya apabila kita tidak mempunyai peralatan teknikal yang lengkap, tetapi bagi Russell itu bukan penghalang.

Antara perkongsian lain yang menarik kami ingin sampaikan kepada pembaca BASKL ialah tips pemasaran digital industri muzik:

https://youtu.be/UATz4v_y6E4

Perkongsian daripada mereka ini sebenarnya dapat membuka mata kita supaya mulakan usaha sendiri dari sekarang untuk mencapai apa yang anda inginkan. Menarik penonton dari perkongsian serta persembahan secara langsung dari rumah semestinya sukar, namun penonton tidak akan dapat melihat anda jika anda tidak mulakan “live” dari sekarang.

Semestinya perkongsian menarik ini disambung ke hari kedua ACE: Live @HOME: Tahap Kedua, bersama Bijan X, jurutera audio dan pemilik ruang event, penerbit muzik dan pemilik studio AG Coco, serta sekali lagi bersama jurutera audio Ahmad Syafiq.

Bengkel hari kedua ini menceritakan perkongsian teknikal yang lebih mendalam dalam menjalankan livestream. Bagi anda yang sudah mengetahui asas bagi membuat livestream, hari kedua ini sememangnya dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi pengetahuan.

Membuat livestream ini memerlukan keberanian serta keyakinan diri yang tinggi, anda tidak perlu mulakan dengan peralatan mahal, yang penting anda tahu niat anda untuk menyampaikan persembahan itu dengan ikhlas. Ikuti bengkel ini untuk anda belajar dari kesilapan mereka, dan ambil segala ulasan dan pengajaran serta tips daripada mereka agar anda boleh mula dari rumah dan jadi versi terbaik diri anda untuk menarik penonton.

Anda juga boleh menonton rakaman penuh bengkel-bengkel ini disini.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites