• Bahasa Malaysia
  • English

Tahun 2021 merupakan ulang tahun ke-50 Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) 1971, suatu detik penting lahirnya sebuah perbincangan mengenai kebudayaan kebangsaan di Negara ini. KKK dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) diwujudkan selepas itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mentakrifkan kebudayaan Malaysia dan membentuk suatu asas bagi keharmonian masyarakat selepas terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. KKK yang diadakan pada tahun 1971 itu bermatlamat untuk meletakkan keseragaman budaya di bawah satu payung kebangsaan.

Walaupun sebahagian daripada matlamat-matlamat asal KKK masih lagi terlihat pada hari ini, dapat dikatakan bahawa kerangka Dasar Kebudayaan Kebangsaan tidak terlalu mencerminkan sifat kehidupan budaya masyarakat Malaysia yang organik dan senantiasa berubah. Usaha untuk menjenguk dan menilai kembali matlamat-matlamat KKK dengan mengadakan perbincangan-perbincangan tentang asas kebudayaan Malaysia terutamanya di kalangan penggiat kebudayaan adalah penting dan tepat pada waktunya.

Justeru, pertubuhan kajian kebudayaan PUSAKA, jurnal sastera SVARA dan CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya) menganjurkan sebuah simposium yang bermatlamat untuk merenung semula konteks dan niat Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, membincangkan persoalan-persoalan yang timbul sejak 50 tahun pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk membincangkan langkah terbaik untuk membentuk nilai budaya Malaysia di masa hadapan.

Simposium ini akan turut mengenang sumbangan tokoh-tokoh ulung yang telah membentangkan kertas di Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, termasuk Prof. Diraja Ungku Aziz, Emeritus Prof. Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim, Prof. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, mantan Naib Canselor UM Prof. Mohd. Taib Osman, dan Emeritus Prof. Dato’ Dr. Asmah Haji Omar yang merupakan ahli fakulti UM pada masa itu.

Simposium yang akan dikendalikan secara ‘hybrid’ ini bakal menampilkan beberapa tokoh tersohor dari pelbagai bidang termasuk Seni Budaya, Kesusasteraan dan Bahasa, dan Pendidikan. Perbincangan dari simposium ini akan dikumpulkan dan dibukukan untuk rujukan khalayak ramai.

Simposium yang digelarkan sebagai “Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971: Sebuah Simposium Pasca-50 Tahun” akan berlangsung pada 11 dan 12 Disember 2021 bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya dan bersiaran langsung atas talian.

Simposium ini menampilkan ahli panel dan pewancara yang berpengetahuan dan berpengalaman di antaranya adalah Sasterawan Negara Prof. Muhammad Haji Salleh, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, YB Dr. Maszlee Malik, pakar antropologi Dr. Welyne Jeffrey Jehom, pakar kebudayaan Prof. Mohd. Anis Md Nor, Dekan Fakulti Tari ASWARA Puan Zamzuriah Zahari, Timbalan Dekan Fakulti Seni Kreatif UM Dr. Roslina Ismail, sutradara Muzzamer Rahman, dan En. Sallehuddin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Kesemua peserta diundang khas berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka yang mendalam dalam bidang jurusan masing-masing.

Bersempena Simposium ini, PUSAKA juga akan mempersembahkan seni Wayang Kulit oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka dari Machang, Kelantan pada malam 11 Disember di Panggung Eksperimen UM.

Sebagai tempat berlangsungnya detik bersejarah Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, dan sebagai universiti terulung tanah air, Universiti Malaya (UM) merupakan ‘Tuan Rumah’ yang paling sesuai bagi Simposium ini.

Untuk menghadiri Simposium ini, sila mendaftar di sini.

Simposium ini akan juga bersiaran langsung di laman Facebook CENDANA, PUSAKA, dan SVARA.

2021 marks 50 years since the National Culture Congress 1971, a landmark moment that sought to forge a national culture in Malaysia. The National Culture Congress and the corresponding  National Culture Policy were the culmination of efforts to define Malaysian culture and build a  foundation for national harmony in the wake of the racial riots of May 13, 1969. 

 

While some of the original intentions of the National Culture Congress of 1971 still resonate in contemporary Malaysia, the framework of a National Culture Policy does not always reflect the organic and ever-evolving complexity of Malaysian cultural life.  

It is both pertinent and timely, then, to revisit and critically appraise the aspirations and ramifications of the National Culture Congress of 1971, through opening a space for public discussion and collective reimagining of the foundations of Malaysian culture, particularly among cultural practitioners across diverse communities and fields. 

In this spirit of reflection, critical appraisal, and reimagining, cultural organisation PUSAKA, literary journal Svara, CENDANA (Cultural Economy Development Agency), and the Faculty of Creative Arts and Universiti Malaya are collaborating on an initiative to mark 50 years since the National Culture Congress of 1971. The initiative aims to reflect on the historical, social, and political context that gave rise to it, problematize aspects of its approach as subsequent development through the National Culture Policy, as well as explore possibilities for the present and future.

A hybrid 2-day Symposium, The National Culture Congress 1971 — A Symposium 50 Years On will be held on 11-12 December 2021 at Universiti Malaya, the original site where the National  Culture Congress in 1971 was convened. This Symposium will gather cultural practitioners and experts from diverse communities and fields to critically appraise the development of culture in  Malaysia since the Congress and the formulation and implementation of the National Culture  Policy. 

The Symposium entitled “The National Culture Congress 1971: A Symposium 50 Years On” will take place on 11-12 December 2021 at the Experimental Theatre, Universiti Malaya, and will also be live-streamed.

The Symposium will feature distinguished and experienced speakers from diverse fields including Culture, Arts, Heritage, Local Knowledge, Literature, History, Education, and Policy. The speakers are National Literary Laureate Prof. Muhammad Haji Salleh, scholar, and writer Prof Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, former Minister of Education YB Dr. Maszlee Malik, anthropologist Dr. Welyne Jeffrey Jehom,  ethnochoreologist and ethnomusicologist Prof. Mohd. Anis Md Nor, celebrated dancer and Dean of ASWARA’s Faculty of Dance Zamzuriah Zahari, Deputy Dean of the UM’s Faculty of Creative Arts Dr. Roslina Ismail, filmmaker Muzzamer Rahman, musician and scholar Adil Johan, and En. Salehhuddin Md Salleh, Deputy Director-General, National Department for Culture and Arts (JKKN). The Symposium will be moderated by PUSAKA Founder-Director Eddin Khoo and scholar-activist Dr. Teo Lee Ken. The discussions from the Symposium will later be compiled and published in book form. 

In conjunction with the Symposium, PUSAKA will also present a Wayang Kulit performance by Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka from Machang, Kelantan on the night of 11 December at the Experimental Theatre, UM.

To attend this Symposium in person, please register here

The Symposium will also be live-streamed on the CENDANA, PUSAKA, dan SVARA Facebook pages.

Tarikh/Date11.12.21
Jam/TimeSee posters below
Lokasi/VenueHybrid Symposium:
Experimental Theatre, Universiti Malaya + Livestream
Harga/PricingPercuma/Free
Related Programmes
CENDANA Logo- Coloured

About BASKL

BASKL is Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur, a space created by the Cultural Economy Development Agency, or CENDANA, to help nurture the city's arts and culture ecosystem, and encourage locals and visitors alike to learn more about and savour the melting pot of art, music, craft and performing arts that pervades this beautiful city and beyond.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites