Seterika gergasi di tengah tasik mencuri perhatian warga KL

Warga Kuala Lumpur begitu teruja melihat pameran sebuah replika seterika terapung gergasi di tengah Tasik Titiwangsa.

Berukuran 16 x 7.5 x 8 meter, replika seterika terapung gergasi itu menghiasi Taman Tasik Titiwangsa yang indah dan akan dipamerkan sehingga 15 Oktober 2023. Taman tersebut menyediakan ruang yang selamat untuk orang ramai berkumpul dan melihat replika seterika itu. Replika yang unik itu baru-baru ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘replika seterika terapung terbesar di Malaysia’. Inisiatif istimewa ini merupakan idea jenama MR D.I.Y. melalui kempen Kecil & Besar mereka. Ia memaparkan lebih daripada 20,000 produk yang ditawarkan oleh jenama tersebut di lebih 1,200 cawangan mereka di seluruh negara.

“Kami berbangga kerana replika istimewa kami diiktiraf dalam Malaysia Books of Records. Replikasi seterika terapung gergasi ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik untuk menyampaikan mesej ‘Kecil & Besar MR D.I.Y. Ada‘ kepada semua rakyat Malaysia, dan pasti menghiburkan mereka semasa menikmati cuti Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Jemputlah datang ke Taman Titiwangsa untuk melihatnya – ia memang menakjubkan!” ulas Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh. Beliau berkata kejayaan pemasangan replika itu adalah usaha sama peruncit dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Goh berkata bahawa ‘seterika terapung’ itu akan dibawa menjelajahi negeri-negeri lain, untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melihatnya.

Peruncit tersebut juga telah mempamerkan pelbagai tarikan menarik yang lain di beberapa kawasan bandar yang sibuk, termasuk pili air interaktif di Dataran Merdeka di mana pengunjung boleh mendapatkan air minuman, selain berus cat dan pengecas bateri di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, botol air Disney gergasi di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, dan patung gebu dinosaur serta bola sepak di MyTown Cheras Kuala Lumpur. Kesemua tarikan menarik ini dipamerkan bermula 5 September.

Untuk maklumat lanjut lawati laman web www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, atau saluran media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites