4 Studio menarik untuk foto raya anda

Dah cantik melaram! Jom ambil gambar di studio pilihan BASKL.

Oleh WAN NOR ALIA

Selepas hampir dua tahun terkurung dan terpaksa beraya di Kawasan sendiri, pastinya ini suasana raya yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh semua. Di hari-hari akhir Bulan Ramadan ni, ramai yang sudah keluar membeli-belah untuk membuat persediaan di pagi raya. Memang sesak jalan raya, dan lokasi pusat membeli belah pun kian padat! Pasti juga ramai yang sibuk membeli baju raya agar tampak menarik di Syawal nanti, tetapi apa yang penulis ingin kongsikan hari ini ialah 4 studio atau lokasi yang menarik untuk mengambil gambar raya. Maklumlah dan dua tahun tak raya, tahun ni kita ALL OUT!  

  1. Suafoto Studio
Amir Syazani.

Ini merupakan antara studio terbaru yang telah dibuka pada bulan Februari 2022, Suafoto Studio merupakan hasil daripada kolaborasi tiga rakan yang introvert, tetapi minat mengambil gambar. Studio ini merupakan self-photo studio iaitu studio gambar di mana pengunjung diberi kebebasan dan privasi untuk mengambil gambar sendiri tanpa jurugambar, mengikut keselesaan dan kreativiti diri sendiri.

Suafoto Studio lengkap dengan alat studio profesional seperti backdrop, lighting, dan kamera yang boleh di-trigger menggunakan alat kawalan jauh oleh pengunjung sendiri. Gambar yang diambil akan dicetak dalam saiz 4R, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk dapatkan softcopy yang beresolusi tinggi jika berminat.

Matlamat Suafoto Studio adalah untuk menyediakan satu platform untuk semua orang menikmati perkhidmatan foto menggunakan alat profesional pada harga yang mampu milik, dan suasana tanpa tekanan dari orang lain,” jelas Amir Syazani, salah seorang daripada pemilik bersama studio ini.

“Inspirasi untuk studio ini tercetus semasa pandemik COVID-19. Kami mendapat idea untuk menyediakan self-photo studio dari protokol penjarakan sosial, supaya pelanggan tidak perlu risau bertemu dengan orang lain,” tambah Amir lagi.

Dekorasi studio ini berkonsep minimalist, dan menggunakan perabot dan barang hiasan yang ringkas untuk memberi pengunjung perasaan berada di ruangan yang luas dan bebas ini sesuai untuk individu ataupun kumpulan yang ingin mengambil gambar terutamanya di hari raya dengan 100% privasi buat pelanggan sambil menikmati suasana studio yang tenang dengan gambar yang berkualiti dan harga yang berpatutan

Suafoto Studio terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berhampiran dengan Wangsa Walk Mall dan Stesen LRT Sri Rampai. Anda juga boleh layari laman sosial mereka untuk info lebih lanjut.

2. Attic Studio

Uzair Muzamir.

Attic Studio merupakan studio yang diusahakan oleh seorang pereka dalaman, Uzair Muzamir yang gemar menghasilkan ruang yang menarik dan melakukan DIY, belajar membina dan mengubah perabot dalam usahanya untuk mengasah kemahiran dalam industri kreatif.

Menariknya ruang ini diubah dari semasa ke semasa untuk tujuan penggambaran, mahupun majlis keramaian. Uzair menguruskan studionya sendiri kerana percaya dia dapat bekerja sambil menjalankan hobinya pada masa yang sama.

Sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar berpasangan, keluarga, mahupun solo (haha) Studio ini memang digubah khas untuk pencipta kandungan digital, jadi mungkin ini lokasi terbaik untuk anda selfie raya atau mengadakan majlis kecil-kecilan dan muat naik ke laman social anda.

Matlamat Attic Studio adalah untuk menyediakan ruang yang menarik, berinspirasi, selesa dan berfungsi untuk penggambaran dan sekaligus membantu perniagaan tempatan menghasilkan gambar yang menarik di media sosial dan menyediakan pengalaman di studio yang lain daripada lain. “

Tambah Uzair,Idea dan konsep dekorasi studio ini datang daripada kedai perabot tempatan yang berbeza dan saya mencantumnya untuk menghasil satu ruang yang menarik. Sesetengah dekorasi adalah projek DIY saya sendiri dimana saya suka untuk mencuba eksperimen dan kongsikan kepada orang lain”.

Untuk makluman, studio ini direka dan dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan seperti dirumah dengan menggunakan perabot yang berunsur dan tekstur seperti rotan, kayu nyatoh, jubin terrazzo yang lama dan tumbuhan yang banyak di ruang studio jadi sangat sesuai untuk mengambil gambar raya disini, anda hanya perlu bawa diri, keluarga dan juru foto sendiri.

Bagi anda yang berminat, Studio ini terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur atau untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Instagram mereka.

3. Photoclique Studio

Ataqi dan Risy

Studio yang mula beroperasi sejak tahun 2020 ini merupakan ruang hasil kerja keras pasangan suami isteri Ataqi dan Risy. Ruangan ini dikongsi bersama dengan seorang sahabat, menfokuskan golongan usahawan kecil bagi mendapatkan hasil gambar yang bermutu dengan harga mampu milik.

Menariknya mereka tidak mengenakan harga yang mahal untuk dekorasi serta perkhidmatan fotografi yang disediakan kerana berdasarkan pengalaman yang pernah mereka alami, sukar untuk mendapat studio dengan kadar harga yang berpatutan.

Pasti anda tidak percaya, dengan harga serendah RM70 hingga RM120 anda boleh meluangkan masa selama 45 minit di studio Photoclique untuk Raya Photoshoot! Sesuai dengan konsep studio mereka, studio ini sering mendapat perhatian daripada pengusaha kecil yang ingin mengambil gambar produk mereka untuk tujuan promosi mahupun simpanan peribadi.

“Studio kami berkonsepkan terbuka  sesuai dengan tema yang dibawa, ringkas dan mengikut peredaran masa. Target market studio kami ada penduduk dan pengusaha- pengusaha butik atau product sekitar Cheras, Kajang, Bangi dan Semenyih,” kata Risy.

Bagi anda yang berminat, Studio ini terletak di Sungai Kantan, Kajang dan anda bolek klik di sini untuk maklumat lanjut.

4. Wood & Steel Cafe/ Gallery

Uncle Fi

Berbeza dengan studio-studio yang telah kami kongsikan, Wood & Steel sebenarnya merupakan gabungan café dan galeri dalam ruangan seluas 10 000 kaki per segi yang diusahakan oleh pemiliknya sendiri, yang mesra dengan panggilan Uncle Fie. Bermula dengan membuat reka bentuk dan penjualan perabut, café ini telah berkembang sejak penubuhannya 12 tahun yang lalu berkat usaha Uncle Fie dan anak-anaknya yang mahir dalam reka bentuk perabut dan hiasan dalaman serta perusahaan café.

Kedai yang luas ini juga sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. Bukan sahaja untuk makan dan minum, namun kerana dekorasinya yang cantik dan unik, menjadikan lokasi ini sesuai untuk bergambar seisi keluarga.

Bagaimana kami mendapat inspirasi, Uncle jual perabot. Apabila anak saya Ierfan habis belajar kami bergabung dan mulakan Wood & Steel, selepas itu anak saya Adam balik dari Australia dan mempunyai kemahiran dalam barista dan pengurusan café. Masa itu uncle design café untuk orang sekitar Kuala Lumpur, dari situ tercetusnya idea untuk mulakan café kami yang dipanggil wood & steel Café,” jelas Uncle Fie.

Baginya hiasan dalaman tempat ini adalah unik kerana tiada rancangan yang spesifik untuk setiap rekaan. Menurutnya, mereka sering menghasilkan perabot mengikut apa yang terlintas di fikiran, jadi rekaan mereka unik dan lain dari yang lain kerana ia digubah sepenuh hati. Ini menjadikan café ini tempat yang sering dikunjungi ramai.

Tambah Uncle Fie dengan nada bergurau, rata- rata pelanggan yang hadir sering menghabiskan masa untuk bergambar dahulu sehingga makanan sejuk. Sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan, lokasi ini mungkin boleh menjadi antara lokasi untuk anda mengambil gambar raya bersama keluarga kerana ruangnya yang luas dan sangat selesa, serta ditambah dengan dekorasi yang menarik.

Have a look, come and experience by yourself lepas itu baru anda faham, kenapa café is berbeza dengan café yang lain,” tambahnya. Terletak di Lorong 11, Kubu Gajah, Paya Jaras, anda boleh bawa seisi keluarga untuk bergambar raya di sini, atau untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke Instagram mereka.

Itu sahaja perkongsian daripada kami dari kumpulan editorial BASKL. Diharap anda semua dapat menguruskan persiapan raya dengan sempurna dan selamat! Jangan lupa untuk lawat studio yang telah kami kongsikan supaya anda dapat gambar raya yang menarik tahun ini!

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites