Yuna, Kidd Santhe, Forceparkbois dan Saixse antara penghibur tempatan yang bakal beraksi di festival muzik ‘Supalapa’!

Oleh NABILA AZLAN

Bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands, festival muzik Supalapa merupakan pentas baharu yang menggabungkan lebih 40 bintang seni muzik tempatan dan antarabangsa. Tiga genre yang digelar ruji acara adalah Pop, K-Pop dan Electronic Dance Music (EDM) dan khas di festival ini, setiap satu genre akan menggegarkan panggung masing-masing (Live Stage, EDM Stage dan Pool Stage).

Nekad untuk menjadi penanda aras penganjuran festival, edisi pertama Supalapa membawakan artis-artis ternama antarabangsa seperti Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Jeon Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic dan Notep. Semestinya tidak lengkap tanpa sentuhan lokal yang sama hebat, acara perdana dua hari ini menampilkan barisan pemuzik dan penyanyi seperti Yuna, Kidd Santhe, Saixse, Talitha, Claudia, Belle Sisoski, Jovynn, Coëx, Forceparkbois dan NYK!

Barisan artis lengkap festival Supalapa 2024

Mewakili pihak penganjur, pengerusi Maestro Production dan Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya menyatakan harapannya terhadap acara ini di sidang media Supalapa: “Kami berharap penganjuran pertama festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival. Apa yang penting juga adalah festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.”

Buat pengetahuan pembaca, ini merupakan festival muzik pertama Prodigy 1 Nation bersama rakan kongsi acara, Maestro Productions. Sebelum ini, mereka berpengalaman dalam merangka festival yang laris di Eropah, Kanada dan Asia.

Kenali festival Supalapa dengan lebih dekat di supalapa.com.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites