Sertai dan KLik

Hadiah berupa WANG TUNAI untuk dimenangi! Bagaimana? Jom sertai dan KLik!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar apabila melihat sesuatu yang menarik, sehingga mempunyai ribuan foto dalam simpanan telefon bimbit… KLik mungkin untuk anda. KLik merupakan pertandingan fotografi bulanan menggunakan telefon bimbit yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Tema yang berbeza akan diberikan pada setiap bulan untuk anda salurkan bakat dan kreativiti anda. Bagaimana untuk menyertai pertandingan ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu mengambil gambar, menggunakan kamera telefon bimbit dan memuat naik ke laman Instagram anda.

Tema pertama untuk pertanding foto in adalah “Lagu Dalam Gambar”. Anda hanya perlu mengambil gambar hasil dari inspirasi lagu dari artis tempatan.

Sama ada lagu Siti Nurhaliza, Warna Warna Malaysiaku, Pretty Rain oleh Butterfingers, Crush oleh Yuna, Gary Chaw Superman atau Madai Thiranthu oleh Yogi B dan Natchtra, kami ingin melihat bagaimana anda visualisasi lagu ke dalam gambar. Sebagai contoh, foto di atas (Priscilla Du Preez/Unsplash) boleh menggambarkan lagu Bunga, oleh Ara Johari.

Syarat bagi setiap penyertaan adalah, gambar anda perlu di muat naik ke akaun Instagram anda (pastikan set akaun ke umum) beserta tajuk lagu pilihan anda (dan terjemahan dalam ENG/BM); tag CENDANAMalaysia; dan masukkan hashtag berikut; #KLikLaguDalamGambar #BASKL #CendanaMalaysia ke dalam post anda.

Sebanyak 60% markah akan dinilai oleh panel juri daripada BASKL dan selebihnya sebanyak 40% daripada hasil like terkumpul.

Anda boleh memuat naik sebanyak mana gambar untuk setiap penyertaan, tetapi hanya satu foto sahaja yang akan terpilih dari akaun anda bagi setiap bulan.

Pemenang utama akan menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM500; tempat kedua sebanyak RM350 dan tempat ketiga RM250 serta tujuh hadiah sagu hati sebanyak RM100 seorang untuk dimenangi.

Pertandingan ini bermula hari ini (Jun 29)! Jadi apa tunggu lagi, periksa senarai lagu dan serlahkan kreativiti anda dengan menangkap gambar. Kami juga mempunyai beberapa tips untuk anda semua daripada jurugambar profesional.

Antara tips yang diberikan Kim Boon Lim, “pastikan lensa kamera anda bersih, dan bebas dari sebarang kotoran atau cap jari! Elakkan zoom dari kamera, sebalikknya dekatkan kamera dengan objek, tetapi jangan terlalu dekat!”.

“Pastikan anda memegang kamera dengan stabil, dan tidak tergopoh-gapah sewaktu mengambil gambar, untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan kabur dalam gambar.”

“Rancang gambar anda dengan teliti mengikut kreativiti, fokus pada subjek yang penting, dan jangan masukkan subjek, ruang kosong atau benda yang tidak perlu dalam gambar. Pastikan foto anda clean dan tidak semak apabila dipandang,” tambahnya lagi, anda juga perlu baca dan fahami terma dan syarat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Menurut Annice Lyn pula, “anda perlu memahami ‘The Rule of Third’, di mana ia merupakan peraturan asas bagi menangkap gambar,” Annice menambah “The Rule of Third melibatkan cara anda menyusun subjek di posisi sisi dan bukan hanya menyusun subjek di tengah gambar.

Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan ini, BASKL mengucapkan selamat maju jaya dan kami berharap untuk melihat hasil karya gambar anda!

Untuk mengetahui terma dan syarat sepenuhnya bagi pertandingan KLik, anda boleh tekan di sini.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites