Saksikan trivia BASKL edisi Sound of Borneo Sabah

Kumpulan editorial BASKL bawakan kembali trivia bersempena episod Panggung Rakyat yang kelapan. Semua dijemput menjawab bersama para peserta!

Oleh NABILA AZLAN

Usai sahaja episod Panggung Rakyat yang ketujuh iaitu Teater Mah Meri pada hujung bulan November, kita dihadiahkan lagi dengan tontonan persembahan dari warga seni dari negeri di bawah bayu.

Tandakan kalendar anda! Panggung Rakyat episod ke 8 Sound of Borneo Sabah boleh ditonton secara langsung pada Sabtu ini (11 Disember 2021, jam 8.30 malam di Facebook CENDANA Malaysia).

Seperti edisi Sarawak yang terdahulu, kumpulan editorial BASKL berjaya merangka sesi trivia bagi menyambut tontonan baharu ini. Kami bawakan kembali tiga peserta ‘sporting’ dari edisi lepas bagi merebut takhta, namun dalam masa yang sama menjemput para penonton di rumah untuk turut serta untuk menjawab di rumah.

Sejauh manakah pengetahuan kita tentang kewujudan, keunikan dan kehalusan seni tari, suara dan muzik dari Sabah? Hasil atur The Tuyang Initiative, bakat turun-temurun dari tiga komuniti dapat dipertontonkan secara atas talian. Kami yakin, barisan persembahan ini mampu memukau pelbagai lapisan peminat seni, baik mereka yang pernah menghayati sesuatu seperti ini mahupun menjejaki kesenian Borneo buat kali pertama.

Diiringi alunan asli dan buatan warisan, persembahan dari Borneo Utara ini mengandungi ceritera tersendiri yang dikongsikan kepada orang ramai melalui lenggok badan yang ekspresi para seniman. Kesenian tanah air kita tiada tolok bandingnya. Tidak percaya? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan edisi ini!

Setiap episod Panggung Rakyat ada keistimewaannya yang tersendiri. Berminat untuk menonton episod yang lepas? Kami susun semuanya di SINI buat anda.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites