Hari ini dan esok (23 dan 24 September 2023), kosongkan jadual dan perut anda untuk acara istimewa Nasi Kandar ini yang dibawakan khas oleh Friedchillies!
FriedChillies kembali dan kali ini mereka berkolaborasi dengan Sunway Putra Mall untuk pesta makan unggul yang digelar Nasi Kandaq Fest! Dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 September 2023, senarai ‘lejen-lejen’ Nasi Kandar telah dipilih khas oleh FriedChillies dan pakar-pakar dalam selok belok nasi kandar, iaitu Nasi Kandaq Hunters and Nasik Kandaq Transporters. Sudah tentu hanya yang terbaik akan menghidangkan kari-kari ‘mantap’ dan lauk-pauk ‘power’ mereka di Sunway Putra Mall untuk dua hari sahaja.
Bayangkan, asal usul nasi kandar ini bermula dengan servis nasi dan lauk yang dikandar di atas bahu pada awal tahun 1900, untuk dijual kepada pekerja-pekerja dok di pelabuhan Georgetown. Hari ini ia telah menjadi institusi makanan tempatan dengan peminat-peminat fanatik. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Nasi Kandaq Fest pertama di Malaysia!
“Seorang peminat nasi kandar tegar akan tahu bahawa sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada kombinasi kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari,” kata Mohd Adly Rizal, CEO FriedChillies. Seorang joki nasi kandar ibarat barista di cafe. Dengan hanya satu pandangan mereka akan menilai dan menghasilkan kombo kari yang secocok dengan citarasa pelanggan, dan ini disesuaikan untuk semua pelanggan yang datang untuk menikmati nasi kandar di kedai mereka. “Inilah yang membezakan kedai nasi kandar daripada kedai mamak, kemahiran joki tu yang membawa kelainan,” ujar Adly.
10 ‘lejen’ yang akan bertandang pada hujung minggu penuh kelazatan kari ini terdiri daripada nama-nama terkenal seperti Pelita Original dari Penang dan Restoran Kudu di KL, tetapi ada juga tempat-tempat tempatan yang tersembunyi seperti Yusuf Restaurant di Relau, Pulau Pinang dan Nasi Kandar Sithique. Datang dan nikmati kenduri kari yang mengiurkan ini bersama kombinasi lauk seperti daging masak hitam naik syahdu, ayam bawang panas-panas, sotong goreng garing dan kari kambing yang pasti akan membuat anda menjilat jari.
FriedChillies adalah jenama di sebalik tabir acara-acara makan meletup seperti I Eat Nasi Lemak dan Ayam Lejen dan mereka selalu mencari lokasi yang menarik untuk dijadikan tapak acara. I Eat Burgers pula menyajikan acara 12 jam penuh kegilaan burger, di mana 20 tokoh terdiri daripada gerai Ramli Burger ke kedai burger gourmet tak putus-putus menghidangkan burger-burger juicy kepada para fanatik burger.
“Cara menarik hati orang Malaysia adalah melalui perutnya”, pepatah ini sangat tepat untuk menjelaskan betapa makanan menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia, hubungan intim kita dengan makanan yang sering membawa kita bersama. Kita akan mentransformasikan ruang legar di tingkat bawah menjadi seakan zon kenduri, jadi tak kira panas atau hujan semua boleh datang untuk menikmati juadah lejen-lejen ini dengan selesa,” kata Tan Ai Vee, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall.
Badrol Izam, salah seorang pengasas Nasi Kandaq Hunters berkata, “NKH cukup berbesar hati yang acara unik ini akan memberi peluang kepada komuniti kami yang hampir 250,000 (ramai yang bermastautin di Lembah Klang) untuk menikmati air tangan dari tokoh-tokoh nasi kandar yang tersohor dari tempat-tempat original di Malaysia. Kami memang tak sabar untuk mereka menghayati pelbagai rasa kari dan lauk nasi kandar sebab memang semua lejen di senarai ini ada kelebihan mereka yang tersendiri. Semua akan berada di bawah satu bumbung, bila lagi geng?”
Kosongkan jadual anda untuk acara istimewa ini. Kalau anda peminat nasi dan kari, ini adalah tanggungjawab anda untuk memenuhi selera dan perut anda dengan mencuba ‘lejen-lejen’ ini. Anda juga boleh menjumpai mereka yang telah mendedikasikan hidup mereka kepada nasi kandar; inilah peluang keemasan untuk mendalami hasil kulinari mereka dan menyertai ‘geng foodie’ FriedChillies. Bukan itu sahaja, semua pengunjung acara ini boleh memperolehi baucar tunai dan diskaun dari Sunway Putra Mall untuk minuman, pencuci mulut dan banyak lagi barangan lain pada hari-hari pesta.
Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah: