‘Laman Santai Malaysia Madani 2023’ mahu dekatkan semua dengan seni dan warisan

Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi pada hujung minggu ini menampilkan pelbagai acara seni untuk bermacam-macam peringkat umur dan minat kendiri.

Warga kota dan rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya pada 4 dan 5 November 2023 bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Buat julung kalinya festival ini merupakan acara Laman Santai terbesar buat tahun 2023 yang menyenaraikan pelbagai aktiviti dan program seperti pameran, jualan, demonstrasi, lori makanan dan persembahan utama oleh artis-artis tempatan.

Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi dan tidak mengira bangsa, terutama sekali dalam memperkasakan seni warisan dan budaya agar dapat dipelihara, khususnya dalam festival Laman Santai Malaysia Madani 2023 ini.

Festival ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua sambil menghidangkan pelbagai acara seni warisan dan budaya antaranya makanan, warisan, bengkel muzik Borneo, demonstrasi silat, solekan, Orang Asli, Jom Belajar Seni Budaya, persembahan Barongan Kuda Kepang, peragaan busana tradisional baju kebaya dan Karaoke Santai.

Antara artis jemputan yang bakal menggegarkan persembahan utama malam Laman Santai 2023 ini adalah Dato’ Hattan, Suki Low, Khai Bahar, Roy Kapilla, Rahmad Mega, Rahimah Rahim, Haziq dan ramai lagi.

Dalam menyemarakkan lagi semangat perpaduan rakyat Malaysia melalui seni budaya, Istana Budaya turut menjemput sekumpulan anak seni dari Borneo seperti Tuku Kame’, Alun Menoa (Wanita Sape) dan Perintis Orkestra Tradisional Remaja Sarawak (POTRES) dalam mengetengahkan alunan muzik dan persembahan dari Bumi Kenyalang, Sarawak.

Pengunjung juga bakal menikmati pelbagai promosi dan peluang yang disediakan dari pelbagai Jabatan dan agensi Kerajaan yang turut serta menjayakan festival ini, antaranya adalah Jabatan Warisan Negara, Lembaga Pembangunan Jabatan Warisan Negara, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tourism Malaysia Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tourism Malaysia dan Lembaga Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Jadual penuh program

Masuk adalah percuma! Manfaatkan hujung minggu ini bersama keluarga dan rakan taulan dalam memeriahkan lagi Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023.

Untuk maklumat terperinci, layari portal dan di setiap platfom media sosial Istana Budaya.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites