KL Exchange memartabatkan karyawan seni tempatan

Selepas tiga acara gilang gemilang anjuran Malaysian Craft Council, tahun ini acara tahunan “Exchange” ini kini tiba di kotaraya Kuala Lumpur

KL Exchange ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) bersama Kementerian Pelancongan, Seni, & Kebudayaan (MOTAC) Malaysia, Pelancongan Malaysia, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Malaysia, Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) Kuala Lumpur, Lalaport, Bukit Bintang dan beberapa agensi kerajaan yang lain. 

Acara ini merupakan sebuah acara unik yang mengenengahkan industri kraf kepada masyarakat, memartabatkan artisan tempatan, di samping memelihara warisan budaya dengan penekanan aktiviti pemuliharaan seni kraf tradisional Malaysia yang menghadapi ancaman kepupusan melalui inisiatif ‘The Silver Lining Project’. 

Selepas kejayaan menganjurkan Kelantan Exchange pada tahun 2020 dan 2021, dan juga Penang Exchange pada tahun lepas, Malaysian Craft Council telah membuat keputusan untuk turun ke Kuala Lumpur pada tahun ini. Bezanya pada tahun ini, KL Exchange berlangsung selama 2 minggu berbanding acara pada tahun-tahun berikutnya yang hanya berlangsung selama 3 hari sahaja.

Acara KL Exchange ini telah berlangsung daripada 14hb Oktober sehingga 23hb Oktober 2023 yang lepas di Lalaport, Bukit Bintang sebagai pusat aktiviti induk sepanjang KL Exchange berlangsung. 

Acara 2 minggu itu telah dimulai dengan KLEX Cultural Sprint dan Kecoh Kecoh Kebaya Race pada 14 dan 15 haribulan. Seterusnya, program utama Kuala Lumpur Exchange 2023 telah berlangsung pada 20 haribulan sehingga 22 haribulan  yang juga berpusat di Lalaport, Bukit Bintang. Antara agenda utama pada 3 hari ini adalah pameran hasil-hasil kraf para karyawan di Pekan Sari.

Antara acara lain yang dianjurkan juga termasuklah seminar, sesi forum atau bual bicara dan menjalankan bengkel berkaitan kraf serta industri seperti Seni Sulaman Kelingkan, Seni Anyaman Songket dan Seni Kain Telepuk dan An Evening with ‘The Silver Lining Project’ Artisans’

Kemuncak acara KL Exchange ini adalah majlis makan malam amal ‘The Silver Splendour Gala Dinner’ yang telah dihadiri oleh kerabat diraja, pembesar negara serta individu-individu berpengaruh di dalam industri seni dan kreatif negara pada 22 haribulan Oktober yang lepas bertempat di Hotel The Grand Hyatt, Kuala Lumpur. 

Pertubuhan Kraf Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang diwujudkan sebagai agen advokasi untuk memacu pertumbuhan industri Kraf Negara mewakili pelbagai kategori kraf (Batik, Songket, Tenun, Perak, Seramik, Sulaman dan lain-lain). Ia juga bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan kesemua pemain industri, dalam memposisikan kraf Malaysia di persada dunia melalui projek koloborasi bersama organisasi antarabangsa dan jaringan afiliasi yang dibina. Sebagai sebuah organisasi yang baru ditubuhkan ia amat mengalukan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak sama ada dari sektor kerajaan mahupun swasta. 

Ikuti kisah menarik yang lain di laman BASKL:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites