‘Kembalilah’ single terbaharu Jaclyn Victor di bawah naungan syarikat sendiri

Impian Jaclyn Victor akhirnya tercapai kerana berjaya menghasilkan lagu single pertamanya di bawah naungan syarikatnya sendiri iaitu Rag Doll Records!

Kembalilah merupakan lagu single pertama terbitan Jaclyn Victor sendiri setelah hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni.

Penyanyi itu begitu teruja apabila dilamar oleh komposer dan penulis lirik kreatif iaitu Gerald Sellan dan Adrian Puan. Menurut Jaclyn, “Mula-mula tu saya memang terkejut apabila Gerald dan Adrian approach saya dan beritahu yang mereka nak saya nyanyikan lagu hasil karya mereka. Kedua mereka ni berada di New York! Jadi, saya pun terbang ke sana untuk merealisasikan impian mereka dan juga diri saya sendiri. Semasa proses pembikinan di dalam studio dan menghafal lirik, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.”

Jaclyn merupakan bintang legenda dan senang untuk bekerja dengannya. Itu yang diungkapkan oleh Adrian Puan selaku komposer. “Memang bertuah dan seperti satu penghormatan apabila dapat bekerja dengan seseorang yang berkaliber dan dihormati ramai. Bagi saya, tiada siapa yang layak untuk menyanyikan lagu Kembalilah ini kecuali Jaclyn! Diharapkan lagu ini bukan sahaja menjadi siulan pendengar Malaysia, namun di luar negara juga.”

Kata Gerald Sellan, “Sejujurnya saya adalah peminat tegar Jaclyn Victor dan percaya dengan bakatnya sebelum Malaysian Idol muncul. Bekerja dengan Jaclyn adalah seolah-olah impian menjadi kenyataan! Ketika menulis lirik Kembalilah, suara Jaclyn yang berlegar-legar di dalam kepala saya! Bayangkan, betapa minatnya saya dengan vokal beliau. Harapan kami, walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, para pendengar dapat menghayati kandungan lirik yang penuh bermakna ini dan sekaligus menangkap emosi pendengar seluruh dunia. Saya percaya, bahasa bukan penghalang apabila ia berkaitan dengan lagu yang asli apatah lagi bila ianya menyentuh emosi pendengar.”

Salah sebuah impian Jaclyn ketika mula-mula menjejakkan kaki ke persada muzik, ini merupakan kejayaan terbesar buat dirinya kerana berjaya menghasilkan lagu pertamanya di bawah naungan syarikatnya sendiri iaitu Rag Doll Records! Semuanya termasuk pemilihan lagu, proses terbang ke New York seorang diri untuk membuat rakaman di studio sahabat baiknya iaitu Sellan dan Puan, serta perancangan promosi sehinggalah ia berkumandang di corong-corong radio dan di platform digital, semuanya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Lagu bergenre pop balada edaran Believe ini telah dilancarkan di semua platform digital serentak pada 26 Mei 2023 lalu. Video lirik beserta muzik video rasmi Kembalilah sudah boleh ditonton di laman YouTube Jaclyn Victor.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites