JUN 28 – JULAI 4

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Sedar atau tidak sudah seminggu pelancaran website BASKL secara maya? Terima kasih atas sokongan anda terhadap BASKL. Kami sangat hargai anda kerana menyokong perjuangan industri seni dan budaya tanah air. Minggu ini kolum Editor’s Picks menyajikan anda beberapa lagi aktiviti seni untuk tatapan semua:

Richard Koh Fine Art (RKFA-KL) mempersembahkan A Rhetorical Garden, oleh artis Malaysia Lee Mok Yee. Pameran solo pertama Lee Mok Yee ini mempamerkan lebih 10 arca seniyang mendapat inspirasi dari Bandar Suzhou yang terkenal dengan pemandangan Taman Cina. Dalam menghasilkan arca seni ini, nilai falsafah dan feng shui telah digabungkan dimana ia wujud dari pemahaman estetika bonzai. Nilai ini juga turut mempamerkan status sosioekonomi seseorang. Pemahaman yang menerapkan mentafsirkan simbol alam dan menerapkan pemahaman itu dengan keharmonian serta wujud persamaan antara manusia dan alam. Arca ini dipamerkan dengan susunan strategi supaya penonton dapat merasai perubahan pemandangan dalam ruang galeri dengan menggunakan pemahaman estetika bonsai untuk dipamerkan kepada penonton. Untuk pemerhatian dengan lebih dekat, Rhetorical Garden telah dipamerkan bermula Jun 22 hingga Julai 22, 2021 di laman sesawang RKFA.

Bermula esok, anda boleh menangkap gambar bermotifkan inspirasi lagu pilihan anda dan muat naik di laman Instagram untuk berpeluang memenangi wang tunai! KLIK merupakan antara pertandingan di bawah BASKL di mana peraduan ini mempunyai tema yang berbeza setiap bulan. Bagi bulan Julai, temanya adalah Lagu Dalam Gambar. Anda boleh memuat naik sebanyak mana gambar untuk setiap penyertaan, tetapi hanya satu gambar sahaja yang akan terpilih dari akaun anda bagi setiap tema. Lebih banyak gambar, lebih banyak peluang untuk anda menangi hadiah dari BASKL! Pertandingan akan bermula dari Jun 29 sehingga Julai 15, 2021. Ikuti Instagram @CENDANAmalaysia untuk maklumat lanjut atau baca disini.

Mengumpulkan para artis dan hasil seni visual di bawah satu laman sesawang merupakan antara usaha Art Market untuk membantu golongan seni menjual hasil lukisan mereka. Selain sekatan dalam kebebasan untuk membuat pameran, penggiat seni kini berhadapan dengan pelbagai masalah untuk menyampaikan karya mereka untuk tontonan umum serta jualan di galeri. Bermula Mac lalu, Art Market telah mengambil inisiatif ini sebagai cara untuk membuka galeri secara maya khas buat peminat seni visual yang ingin membeli hasil karya tanpa perlu untuk pergi ke galeri mereka. Bermula dari RM30 hingga RM20, 000, pameran ini menawarkan potongan diskaun yang akan berlangsung sehingga tamat pandemik ini.

Segaris Art Center mempersembahkan Kide Baharudin pameran galeri pertamanya secara solo yang berjudul Sa-Hari-Hari. Galeri yang sudah berusia 10 tahun dalam industri seni ini sering mengetengahkan bakat muda yang kreatif dan menarik. Kide, bekas pelajar UiTM, telah berpeluang untuk menonjolkan hasil karya seninya yang berkonsepkan pemandangan bandaraya. Karyanya bukan sahaja mempamerkan kehidupan rakyat Malaysia yang kontemporari, malah turut mengajak penonoton untuk merenung sejarah dan pembangunan Malaysia untuk kita fahami kehidupan di masa kini.

Bagi yang meminati kisah komedi seram, Nyorok persembahan dalam talian karya Adieyka Zainal dari Artmosphere Lab bakal mendampingi anda dikala #lockdown. Menceritakan kisah perompak yang terpaksa bersembunyi di sebuah banglo lama, kerana kehabisan minyak, persembahan dalam talian ini pasti dapat menghiburkan anda dikala duduk di rumah. Dengan hanya RM15 sahaja anda dapat menonton persembahan ini. Pembelian tiket boleh dibuat di laman sesawang Revolution Stage.

Itu sahaja dari kami minggu ini! Jika anda ingin berkongsikan acara atau kisah menarik serta karya anda bersama editorial BASKL, anda boleh emel kami. Jom #LockdownwithBASKL dengan sajian aktiviti seni yang menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites