Jom beraya dengan senarai lagu raya indie BASKL!

Disusun atur oleh NABILA AZLAN

Dah bersedia untuk raya?

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi, dah tentu ke mana pun anda pergi sekarang – baik ke kedai makan untuk moreh dan berbuka puasa ataupun singgah ke pusat membeli belah untuk membeli baju raya, mesti tak lari dari mendengar lagu raya.

Dalam banyak-banyak lagu raya yang dimainkan, berapa banyak pula lagu raya indie yang anda dengar?

Selain menangkap mood raya menerusi lagu raya legenda dendangan para penyanyi malar segar seperti Uji Rashid, Sanisah Huri, Dato M. Nasir, Dato Sudirman, Black Dog Bone dan Dato Sri Siti Nurhaliza, apa salahnya kita tukarkan sedikit suasana dengan lagu raya indie dari artis-artis seperti Bittersweet, Masdo, Sekumpulan Orang Gila dan Bunkface?

Bagi saya, Salam Raya nyanyian Bil Musa ada auranya yang tersendiri. Pilihan yang terbaik selepas pusingan main bunga api dan makan rendang, saya yakin lagu yang emosional ni akan datangkan kelainan mood di hari raya, lagi-lagi malam raya yang sunyi atau lebih chill! Tak pandailah nak cakap lebih-lebih, anda kenalah dengar sendiri.

Lagi pilihan lagu raya oleh para penulis BASKL:

Saya tertarik dengan lagu Hari Inikan Hari Raya oleh Masdo kerana ia mengingatkan saya kepada meriahnya lagu-lagu kumpulan legenda lawak Senario yang sudah tentu memberikan suasana gembira kepada yang mendengarnya. – Azuwan Ahmad

Ada rasa nostalgia seperti lagu-lagu raya klasik yang kita sering dengar ketika membesar walaupun ia merupakan lagu baru, Di Malam Raya oleh Amir Jahari, Aizat Amdan, The Venopian Solitude dan Tonawarna bakal diputarkan ketika saya pulang ke kampung di Melaka nanti. – Danial Fuad

Lagu-lagu Bunkface selalu diputarkan di radio semasa zaman remaja saya, jadi sampai ke hari ini lagu mereka membawa saya kepada kenangan zaman sekolah. Lagu raya Anugerah Syawal oleh kumpulan itu semestinya membawa saya kembali zaman yang ‘lebih mudah’ dan indah bersama rakan dan keluarga. – Chin Jian Wei

Semoga playlist kami melengkapkan raya anda!

BASKL cuba teropong anak bulan!

Selamat hari raya aidilfitri dari kumpulan editorial BASKL!

Lagu raya indie manalah yang akan menjadi kegemaran anda pada tahun ini? Lagi senarai lagu oleh BASKL di sini.

Gambar utama oleh Traworld Official

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites