Hasilkan karya ‘Fluid Art’ anda sendiri

Mencari ilham untuk aktiviti hujung minggu? Fluid Art menggunakan kit daripada @diyartist.my dapat memudahkan pencarian aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga.

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Kolum “Things To Do” minggu ini membawakan satu lagi kit DIY yang mudah digunakan untuk seisi keluarga. DIY set Fluid Art daripada DIY Artist My ini boleh dibeli di akaun media social mereka dengan harga kurang dari RM50.

Dalam setiap pembelian anda akan mendapat:

1. 4 x botol warna acrylic.

2. 3 x cawan plastik

3. Alas meja plastik

4. Apron

5. Kayu untuk kacau

Cara untuk membuat Fluid Art:

1. Buka plastik canvas dan semua warna itu tadi.

2. Masukkan keempat-empat warna ke dalam cawan (mengikut saiz kanvas).

3. Anda boleh kacau sedikit atau biarkan sahaja selepas semua warna dituang ke dalam cawan.

4. Kemudian anda boleh sediakan canvas di atas alas meja.

5. Terdapat beberapa cara untuk membuat fluid art ini.

i. Sama ada terbalikkan cawan ke atas kanvas.

ii. Atau letak kanvas di atas cawan dan terbalikkan. Dua- dua cara boleh diguna pakai.

7. Kemudian gerakkan kanvas supaya warna dapat menutupi keseluruhan kanvas.

8. Dengan cara ini juga, kita dapat menghasilkan corak yang menarik

9. Jika anda mengalamai masalah kekurangan warna, jangan panik, masukkan warna ke dalam cawan semula, dan tuang di bahagian yang tidak ditutupi.

Macam biasa, saya merupakan seorang yang amatur dan tidak mempunyai latar belakang seni, namun dengan kit seperti ini keyakinan untuk menghasilkan karya sendiri lebih tinggi. Ini kerana semua bahan telah disediakan dan langkah “step by step” juga telah diberikan. Selamat mencuba!

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites