Hari Kucing Sedunia bersama Maoren YY

Tahukah anda, 8 Ogos merupakan Hari Kucing Sedunia? Ikuti termubual bersama artis berbakat besar yang sangat menggemari kucing.

Oleh WAN NOR ALIA BINTI WAN ALI | Gambar oleh Maoren YY

Kucing merupakan haiwan yang jinak, manja dan sering dijadikan binatang peliharaan dirumah. Dengan adanya ramai peminat kucing, maka kita dapat lihat pelbagai baka berada dipasaran, sama ada Persian, Main Coon, British Shorthair, Sphynx dan sebagainya.

Apabila kita bercakap mengenai peminat kucing, rata-rata dari kita beranggapan pemilikknya mempunyai puluhan kucing dirumah, itu tidak semestinya. Menurut wartawan, artis dan juga peminat kucing Maoren YY atau nama sebenarnya Tham Yoo Yee yang mesra dengan panggilan YY, dia hanya membela satu hingga tiga ekor kucing pada satu-satu masa, namun sering menumpukan sepenuh perhatian terhadap mereka.

“Mao membawa maksud Kucing dan Ren pula membawa maksud orang dalam Bahasa Mandrin. Saya mendapat nama tersebut 4 tahun lalu (2018) selepas saya menemu bual Queen Lee seorang kurator, yang berkongsi bahawa dia bakal menjalankan projek di GMBB.

Projek tersebut diberi nama Projek 108 kerana mengumpulkan 108 artis sama ada sepenuh masa, sambilan atau mereka yang berminat dengan seni untuk memenuhi ruang di sana, di mana saya secara tidak langsung telah terlibat,” kata YY.

Walaupun berkecimpung dalam dunia kewartawanan sukan, terutamanya dalam bola sepak dan Formula 1 sehingga dia menempa nama dan menjadi antara Ketua Editor wanita pertama dalam majalah sukan bola sepak di Malaysia, seni mengalir dalam dirinya sejak kecil lagi.

“Saya merupakan graduan dari Diploma Seni di Kuala Lumpur College of Art, KLCA pada tahun 1996 tetapi selepas itu tidak pernah praktikkan secara serius (ketawa kecil). Saya suka melukis dan menulis sejak kecil lagi. Dua kerjaya yang sering bermain difikiran. Namun sejak memilih haluan sebagai seorang wartawan, saya berhenti melukis,” kongsi YY.

Hanya pada tahun 2010, apabila YY didiagnos dengan Kanser Ovari, dia mula mengangkat berus dan melukis antara benda yang disayanginya sewaktu menjalani kemoterapi. YY banyak melukis potretnya sendiri dan kucing kesayangannya.

Antara lukisan Maoren YY sewaktu dia mula manjalani kemoterapi. Gambar oleh Tham Yoo Yee.

“Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menjalani fasa ini. Dalam fasa ini juga saya terpanggil untuk berfikir tentang kehidupan, kematian dan perasaan cinta serta sayang.

Saya ada banyak kucing sejak kecil dan saya juga pernah merasi kehilangan mereka. Perasaan kehilangan ini sangat sukar, apabila saya kehingan kucing yang dah lebih 13 tahun, Jimmy yang pergi sewaktu saya di Eropah. 3 bulan kemudian seekor lagi kucing saya meninggal, Tigi. Ini membuatkan saya persoalkan kehidupan dan mereka juga merupakan antara sebab saya teruskan melukis,” kongsi YY, perasaan sayu mula memenuhi ruang, namun YY tetap berkongsi senyuman.

Sayang dan cintanya seorang pembela kucing terhadap haiwan peliharaannya, suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan, namun boleh difahami oleh ramai yang meminati haiwan peliharaan seperti YY. Perasaan sayang ini juga yang meletakkan tarikh ini sebagai Hari Kucing Sedunia, di mana ia adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kucing terutamanya kucing terbiar dan cara-cara untuk membantu dan menjaga mereka.

Antara kedai jualan popup YY di Xiao Feel market. Gambar oleh Tham Yoo Yee.

Bagi YY, selain dari turut membela kucing liar yang datang ke rumahnya, YY sering mengagihkan hasil jualan produk seninya seperti jubin, tshirt, poskad dan barangan lain di pasar seni dan kedai pop up kepada rakannya di Love Cats Home yang telah menyelamatkan lebih 30 kucing terbiar.

Sleeping Cats di GMBB sehingga . Gambar oleh Tham Yoo Yee.

Dia seronok untuk membantu dan pada masa yang sama dapat melukis, terutamanya apabila subjeknya adalah sesuatu yang dia suka iaitu seekor kucing, “melukis kucing sebenarnya sangat cepat dalam 10-15 minit, terutamanya apabila mereka tidur, itu adalah waktu terbaik sebab mereka tak bergerak,” tambah YY sambil ketawa kecil.

Bagi anda yang berminat untuk melihat sendiri karya terbaharu YY, anda boleh ke GMBB untuk melihat Sleeping Cats atau ke laman instagramnya di sini.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites