Gemencheh Boys tayang 26 Oktober!

Sebuah filem yang memberikan inspirasi berdasarkan kisah benar perjuangan sekumpulan kanak-kanak di Negeri Sembilan dalam sukan kriket.

Filem Gemencheh Boys akan menemui rakyat Malaysia di pawagam tempatan pada 26 Oktober tahun ini.  Filem yang bakal memberikan inspirasi ini adalah mengenai sekumpulan budak kampung dari Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan yang digelar ‘Enam Jahanam’ berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa. Ia sebenarnya diceritakan sendiri oleh atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. 

Filem yang menggunakan ungkapan ‘no retreat, no surrender’ ini menyajikan sebuah jalan penceritaan bagaimana kanak-kanak kampung yang terkenal dengan kelakuan yang nakal bakal berubah nasib apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Sudah tentu filem ini menganjurkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan di dalam perjalanan kanak-kanak ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi. 

Filem ini membariskan pelakon hebat Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Azman serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai sekumpulan pelajar-pelajar sekolah. Gemencheh Boys turut dibintangi oleh Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan dan Ieda Moien. 

Warisan pelakon utama Gemencheh Boys. Tengah: Pekin Ibrahim

Jason Chong, pengarah filem Tebus menjadi teraju utama kepada filem ini bersama Eric Ong dan ia diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures. Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw berkata Gemencheh Boys adalah sebuah cerita Malaysia yang harus dipersembahkan. “ Kami menyedari bahawa sukan kriket tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti mana sukan bola sepak atau badminton. Walaubagaimanapun, jalan cerita yang dipertaruhkan mampu memberi inspirasi kepada semua penonton”, katanya. Astro Shaw mengharapkan Gemncheh Boys mampu meninggalkan impak tersendiri dan mendapat perhatian penonton berbilang bangsa. 

Gemncheh Boys mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kemnterian Belia dan Sukan. Antara bentuk sokongan tersebut adalah sebuah kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, International Cricket Council-ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.

Lagu rasmi bagi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap temapatan yang juga berasal dari Rembau, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok. 

Selain mengarah, Jason Chong turut menjadi penulis skrip dan empunya asal idea cerita ini. Dia menyatakan kepercayaan bahawa filem ini mampu memberikan kesan mendalam kepada khalayak seperti mana filem terdahulu yang telah diterbitkan iaitu Adiwiraku. Jason telah berjaya merangkul anugerah di Festival Filem Malaysia untuk filem tersebut. “Menerusi tema inspirasi yang sama, kami harap Gemencheh Boys akan kekal relevan untuk penonton Malaysia  dan saya amat berbanggsa dapat menjadi sebahagian daripada filem ini”, katanya. 

Hal yang paling menarik ketika sidang media pelancaran tempoh hari adalah Cikgu Azman, orang yang menjadi penggerak kepada kejayaan anak-anak Negeri Sembilan ini juga turut hadir. Pekin yang membawa wataknya dalam filem ini menyatakan kegembiraannya untuk menerima tawaran berlakon setelah membaca skrip Jason. “ Sebagai pelakon di Malaysia, untuk mendapatkan skrip yang mencabar lakonan kita agak susah. Saya telah mengupah jurulatih lakon bagi watak ini.  Ada masanya saya mengintai Cikgu Azman dari jauh untuk belajar mengenai diri dia sambil membuat ‘research’ mengenai watak ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengarah sebab bagi masa untuk kita prep watak ini”, ceritanya. 

Jason Chong

Siri jelajah Gemencheh Boys bermula bulan Oktober ke sekolah-sekolah serata Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysian Cricket Association dengan mengadakan bengkel kriket dalam usaha menggalakkan minat terhadap sukan tersebut dalam kalangan pelajar. 

Nantikan filem ini di pawagam terdekat dengan anda! 

Ikuti kisah menarik yang lain di BASKL:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites