Borak banyak benda dalam satu masa dengan Wobbebong!

Baru-baru ini BASKL berkesempatan untuk mengenali asal rentak duo elektronik eksperimental, Wobbebong melalui ahli-ahlinya, Aisya Sufiah dan Sofia Hanna Halim di studio kecil mereka.

Oleh NABILA AZLAN

Aisya Sufiah (24) dan Sofia Hanna Halim (26) mula berkenalan di internet kira-kira empat tahun lepas sebelum mereka bersemuka dan bersetuju untuk tampil sebagai duo yang dinamakan Wobbebong. Mereka rajin mengeluarkan cover lagu di awal kemunculan. Semakin lama semakin dikenali sebagai pembawa muzik elektronik yang kini ‘berjalan’ sekitar pelosok negara untuk beraksi di pentas, tahun ini merupakan tahun ketiga kewujudan Wobbebong!

Kalau nak tahu, Aisya (graduan jurusan Psikologi) sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik Jetcetera; Hanna (graduan jurusan Undang-Undang) pula sebahagian daripada duo Juno and Hanna yang dibina bersama abangnya. Kedua-duanya watak yang ceria dalam cara mereka sendiri, dengan semangat segar terhadap penciptaan muzik.

Penulis berborak dengan Aisya dan Hanna di studio merangkap bilik tidur Aisya yang bertempat di rumah keluarganya di Selangor; inilah antara tempat mereka bergaduh, berbaik, menangis dan bergelak ketawa dalam menggabungkan buah fikiran masing-masing dalam menghasilkan karya. Wobbebong pada ssat ini mempunyai dua pangkalan iaitu Kuala Lumpur (lokasi Aisya) dan Johor Bahru (lokasi Hanna).

Perbualan santai setengah jam ini menunjukkan dinamik mereka dalam meredah lautan kehidupan dengan gaya kreatif dan kritis!

Satu api, satu air

Hanna: [Awal perkenalan] kami berborak dan rasa macam kami dah kenal masing-masing. Kami berdua pun dah pernah muncul dalam scene muzik ini sama-sama [walaupun dengan anggota berbeza]. Mungkin sebab [faham perjalanan ni] kami senang berbaik. Teringat, saya ada ajak Aisya keluar untuk tengok satu show ni – hari tu saya tengok dia menangis.

Aisya: I was breaking down. I felt like music doesn’t get me anywhere and I didn’t know what to do. Saya menangis masa pergi [kedai muzik] Swee Lee, tengah-tengah bermain keyboard. [Selepas berehat sekejap dari muzik] saya rasa rindu untuk bermain muzik semula, terus rasa macam nak menangis. Hanna cakap pada saya, kita cuba buat [muzik] ni sama-sama.

H: Jadi kami pun buatlah sama-sama.

A: Tahun tu, tahun 2020.

Satu nama baru

A/H: Wobbebong! (Woh-buh-bong)

H: Macam jerung Wobbegong.

A: Saya ada teori sendiri. Kalau seseorang tu namakan kumpulan dengan unsur-unsur haiwan, kumpulan tu boleh pergi lebih jauh. Tengoklah [artis seperti] Tame Impala, Phoenix, Arctic Monkeys, Cage The Elephant. Jadi saya pun [cakap kepada Hanna] kita namakan duo ni ikut haiwan juga.

Satu (antara seribu) susunan cara untuk buat lagu

H: Bab pilih nama, kami tak bergaduh.

A: Kami gaduh masa nak buat lagu saja.

H: Secara ringkasnya, semua lagu kami buat sama-sama.

A: Saya buat semua benda. Hanna selalunya akan uruskan bab dram dan dialah yang menyanyi. We sometimes do it long distance. Cara kami, saya buat gubahan (arrangement) dengan bahagian nyanyian sikit dulu sebelum pergi sendiri ke tempat Hanna di Johor Bahru. Selalunya selepas mengamuk, selepas bangun tidur…

H: Barulah ada idea untuk gubah lagu!

A/H: Kami sangatlah produktif sewaktu zaman [kenaikan kes] COVID-19.

A: Sebab bosan, tak pasti nak buat apa.

H: Masa itulah kami berdua belajar banyak benda baru [tentang pembuatan lagu]. We experimented with a lot of stuff.

Satu campuran genre

H: Lagu-lagu Wobbebong bunyinya ibarat kanak-kanak melompat-lompat dekat taman permainan.

A: They’re playful! Saya mula sedar masa [persembahan kami di] Festival City Roars! 2023.

H: Saya jenis yang suka dengar lagu elektronik berat. Balik-balik lagu Röyksopp atau Mew.

A: Saya dengar indie rock fusion. Saya suka lagu [kumpulan indie] The Symposium dan Phoenix. Campuran bunyi elektronik dengan indie rock, visi saya untuk Wobbebong.

H: Saya mula belajar muzik waktu umur saya sembilan tahun, terikut-ikut abang saya. Dia tak lalui pendidikan muzik formal dan banyak bereksperimen. Masuk saja Tingkatan Tiga, saya pakai aplikasi Garage Band. Di situlah saya belajar tentang fungsi-fungsi knob yang ada. Bila dah faham sikit-sikit, baru saya bergerak ke arah sesuatu yang lebih susah, tapi saya belajar melalui pendengaran. Saya tak guna asas teori muzik. Sebab inilah kami selalu bergaduh – cara saya memang kena dengar semuanya satu-satu! Adalah masa saya ikuti kelas tapi semuanya tak kena, saya berhenti selepas tiga atau empat kali mencuba. Mungkin tak selalu sabar, saya rasa pelajaran teori bukanlah untuk saya.

A: Saya belajar muzik dari umur empat tahun. Suka, sebab mak saya pun bermain muzik (piano). Saya pun merayu untuk mak saya masukkan saya ke kelas muzik klasikal.

Satu (atau dua) realiti buruk, juga nasihat untuk artis baru – terutamanya wanita yang sedang berjinak-jinak dalam penghasilan karya

“Penting untuk kata ‘tidak’ kepada situasi yang membuatkan anda kurang selesa. Jangan rasa bersalah,” kata Aisya.

A: Bayangkanlah, dulu masa saya baru nak belajar tentang pembuatan lagu, selalu sangat saya kena ‘kacau’. Saya kata [kepada orang yang boleh mengajar asas muzik] saya betul-betul nak belajar selok-belok muzik, dia suruh saya buat benda-benda tak senonoh. Asal habis saja, keluarlah “Bila lagi, dik?” Saya cakap dekat Hanna, bertuahlah orang yang tak diganggu dalam proses ni.

H: Saya [beruntung] tak ada masalah yang sama, sebab saya belajar muzik dengan abang saya.

A: Belum lagi cerita saya hadap pengajaran yang salah, contoh yang saya dapat, saya diberitahu hardware dan software dalam muzik adalah benda yang sama. Industri muzik ni didominasi lelaki…

H: [Kadang-kadang agak] Sukar untuk artis perempuan baru untuk mula.

A: Carilah pemberi tip yang baik. [Hati-hati, untuk artis baru] Nak tanya kami siapa untuk dirujuk pun tak ada masalah!

Satu benda yang paling seronok – dan paling mencabar – sebagai duo muzik

A: Jujurnya, untuk saya, tak susah bekerja jarak jauh – yang susahnya, bila bekerja berdua. Saya dalam proses belajar semula cara main keyboard. Kalau ada band penuh, mungkin bolehlah seorang fikir tentang bass, seorang gitar. Tapi untuk kami, semuanya kena buat dari kosong. Terkial-kial dengan asas.

H: Bab teknikal pun kami kena pikul sendiri.

A/H: Tapi bahagian paling best? Tak ada orang luar [bab proses kreatif]! Tak perlu pergi jamming studio, buat sendiri, pukul tiga pagi pun boleh.

Satu gambaran Wobbebong pada masa yang akan datang

H: Kami tengah usahakan untuk lebihkan hardware. Nak belajar tentang muzik modular, cara-cara rakaman hybrid.

A: Saya teringat nak jadi cikgu tadika.

H: Saya bekerja sekarang [di restoran shabu-shabu saya di Johor Bahru] sebagai pemotong daging sambilan.

A: Kami nak mula bina studio sendiri dengan duit sendiri.

Gambar ihsan Bryan Ong

Intip Wobbebong di Instagram! Lagu terbaru mereka, Worms on the Bed akan temui peminat dan pendengar baru tidak lama lagi.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites