Belajar membuat gelang tangan dengan menggunakan buah jelai

Pelajari proses membuat barang perhiasan menggunakan buah jelai warisan tradisi Orang Asli!

Tak tahu apa nak buat di rumah bersama keluarga? Jom tengok cara untuk membuat barang perhiasan menggunakan buah jelai bersama Leny Maknoh!

Tak ada buah jelai di rumah? Tak apa, sebagai alternatif anda boleh menggunakan manik.

Alatan yang diperlukan:

Pembaris
Gunting
Playar
Tali nilon 0.3mm
Super Glue
36 biji buah jelai/manik biasa
Lobster Claw Hook
Jump Ring 5mm
2 manik Chamsell Tip
2 biji manik emas besar
8 biji manik emas kecil

Cara membuat:

  1. Ukur tali sepanjang 50cm kemudian lipat dua dan potong; dan simpulkan hujung tali.
  2. Masukkan kedua-dua tali dalam champsell tip beads dan masukkan manik gold bulat besar.
  3. Kemudian masukkan dua biji buah jelai untuk setiap tali.
  4. Masukkan manik gold bulat kecil pada satu tali, dan masukkan satu lagi tali pada manik yang sama pada arah yang bertentangan dan kemudian tarik tali.
  5. Ulang semula dari langkah 1 sehingga langkah 6 sehingga habis kesemua manik.
  6. Masukkan manik gold besar dan kedua-dua tali pada chamsell tip beads.
  7. Kemudian ketatkan dan ikat tali tersebut sebanyak tiga sehingga empat kali supaya kuat dan tidak mudah putus.
  8. Gunting lebihan tali, kemudian gam chamsell dan rapatkan chamsell tip beads dengan playar.
  9. Gunakan jump ring untuk sambungkan lobster claw hook dengan gelang tangan.
  10. Gunakan jump ring untuk membuat gelang sambungan bergantung pada kesesuaian; kemudian sambungkan pada gelang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites