Belajar melukis tidak perlu bakat

Haa! Pasti ramai yang minat melukis tapi tidak tahu nak bermula dari mana? Jom ikuti temubual bersama Mohd Syazwan Jalin, pengasas Kasturi Studio dan belajar melukis secara percuma!

By WAN NOR ALIA WAN ALI

Saya tertarik dengan satu petikan ayat ketika sedang melayari internet di media sosial;  “melukis tidak perlukan bakat”. Petikan ini terus mengingatkan saya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Ketika itu, saya gemar melihat abang saya melukis dan dia juga sempat mengajar saya melukis dengan meniru gambar atau lukisan orang lain sebagai rujukan.

Kelihatan sukar pada mulanya, namun lukisan itu berjaya dihasilkan dengan penelitian dan kesungguhan. Benar saya berjaya menghasilkan suatu lukisan dengan tangan saya yang tidak berseni ini. Lantaran nostalgia ini membuat saya berasa petikan “melukis tidak perlukan bakat” membuat saya tertarik untuk mengetahui apa yang Kasturi Studio sajikan.

Menurut Pengasa Kasturi Studio, Mohd Syazwan Jalin, 32, atau mesra dengan panggilan Syazwan, Kasturi Studio mula beroperasi sejak tahun 2016 lagi. Studio ini mengumpulkan pelukis, yang mana fokus mereka lebih kepada pembuatan mural, seni ukiran patung atau “sculpture art” dan banyak lagi. Namun dalam keadaan sekarang, mereka hanya  menggunakan sosial media untuk berkongsi hasil seni lukisan. 

“Saya bukan orang yang pandai mewarna, semasa masuk belajar dulu saya tidak ada pengetahuan itu, saya belajar step by step, baru saya pandai,’’ katanya.

Syazwan yang juga merupakan bekas pelajar jurusan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Taknologi Mara (UiTM), menganggap perkongsian mereka dalam Youtube itu, antara salah satu langkah untuk menarik perhatian penonton yang ingin mula berjinak- jinak belajar melukis.

Jelas Syazwan lagi, meniru gambar lain untuk dilukis juga adalah antara teknik untuk memperbaiki cara melukis.

“Seni lukisan ni boleh dibuat oleh semua, yang penting minat terhadap lukisan tu perlu mendalam dan perlu tahu apa tujuan kita nak lukis, sama ada untuk ekspresi diri, atau hasilkan sesuatu yang abstrak dalam lukisan atau minat untuk belajar benda baharu. Sebab itu bila kita fokus dan melukis dengan bersungguh-sungguh pasti lukisan itu akan menjadi,’’ katanya.

Beliau amat menggemari konsep “siapa sahaja boleh melukis” kerana baginya melukis ini boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa mengenal pangkat, darjat dan pekerjaan yang dilakukan baik doktor, jurutera mahupun peguam kerana melukis ini boleh dijadikan sebagai hobi mahupun terapi.

Selain meluangkan masa mengisi kandungan di media sosial seperti Youtube, Kasturi Studio juga turut membuka kelas kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menduduki subjek Pendidikan Seni dan Visual. Dalam kelas tersebut, pelajar-pelajar ini akan diajar cara mudah untuk melukis dan mewarna dengan cepat. Ini merupakan tahun ketiga kelas tersebut dibuka dan lebih 500 pelajar SPM telah menyertainya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Sesi bersama pelajar SPM di Sekolah Menengah Seksyen 7.

Kepada mereka yang berminat untuk belajar melukis secara percuma, anda boleh melayari Kasturi Studio Youtube Channel. Manakala bagi mereka yang mahukan kelas “one-on-one coaching pula terdapat pelbagai pilihan kelas yang boleh diikuti bermula dengan hanya RM250 sahaja.

Jadi bagi anda yang ingin mencari suatu kelainan dan belajar benda baharu, anda boleh hubungi Kasturi Studio dan bercakap terus dengan Syazwan untuk mendapatkan maklumat lanjut di talian (017 – 793 8743).

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites