Art Market Malaysia dalam talian membantu karya seni tempatan

Mengumpulkan para artis dan hasil seni visual di bawah satu laman sesawang merupakan antara usaha Art Market Malaysia membantu golongan seni visual menjual hasil karya mereka.

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Dalam krisis yang sedang di alami seluruh dunia, semua pihak sepatutnya memulakan langkah positif dengan cara tersendiri bagi membantu mereka yang terjejas sekaligus dapat membakar semangat serta harapan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mengumpulkan para artis dan hasil seni visual di bawah satu laman sesawang merupakan antara usaha Art Market Malaysia membantu golongan seni visual menjual hasil karya mereka. Selain sekatan dalam kebebasan untuk membuat pameran, penggiat seni kini berhadapan dengan pelbagai masalah dalam menyampaikan karya mereka untuk tontonan umum serta menjual hasil seni mereka melalui galeri.

Pengasas Art Market Malaysia, Rita Hatta

Menurut Artis dan Pengasas Art Market Malaysia, Rita Hatta, bukan semua pelukis mempunyai kerja yang tetap. Ada di antara mereka merupakan artis sepenuh masa. Apabila dua galeri mereka yang beroperasi di pusat membeli belah ditutup, lebih 500 lukisan di pameran tidak terusik sekaligus memberi impak kepada mereka yang hanya bergantung hidup terhadap penjualan lukisan sahaja.

Jika dahulu, penjualan karya artis ini dapat dijual dengan adanya penaja serta jualan sewaktu pameran berlangsung, namun keadaan ketika ini tidak menyebelahi mereka. Bermula Mac lalu galeri ini telah mengambil inisiatif untuk membuka galeri secara maya, khas buat pelukis dan peminat seni visual.

Menurut Rita, “Sejujurnya, saya mengambil peluang ini untuk beralih ke dalam talian. Jika dahulu kos untuk membuat laman sesawang sangat mahal, namun sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), harga untuk perkhidmatan ini telah menurun. Jadi sebenarnya ini adalah peluang terbaik untuk beralih ke dalam talian,” katanya, menggesa penggiat seni dan usahawan lain untuk mengambil peluang keemasan ini.

Tambahnya lagi, pembelian lukisan atau hasil seni visual ini bukanlah untuk orang yang berada sahaja, malah dia menganggap trend ini tidak wajar kerana baginya seni adalah untuk semua.

Kalau dulu kita nak masuk galeri memang takut sebab tahu harga mahal, tetapi di Art Market Malaysia kami menggalakkan orang ramai untuk layari laman kami dan pupuk minat terhadap seni, tak beli pun tak apa, sebab kadang- kadang pembelian ni jodoh, kita perlu suka. Walaupun murah, kalau tak suka ia tetap tidak akan dimiliki.

Rita Hatta

Kalau dulu kita nak masuk galeri memang takut sebab tahu harga mahal, tetapi di Art Market Malaysia kami menggalakkan orang ramai untuk layari laman kami dan pupuk minat terhadap seni, tak beli pun tak apa, sebab kadang- kadang pembelian ni jodoh, kita perlu suka. Walaupun murah, kalau tak suka ia tetap tidak akan dimiliki”.

Dalam komuniti Art Market Malaysia ini, para artis terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada pelukis lama, pelukis baharu dan tidak dilupakan pelukis yang kurang upaya. Antara mereka yang terlibat dalam komuniti Art Market Malaysia ini adalah Roslan Itam, Ismail Itam, Zareni Ismail, Athirah (kiri) seorang pelukis kurang upaya dan ramai lagi. Sebagai pengasas galeri ini, Rita berasa dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk menjual karya mereka, malah dia juga harus memberi kata- kata semangat serta idea untuk menggalakkan penggiat seni ini supaya terus melukis.

Hal ini kerana galeri secara maya ini dihiasi pelbagai jenis gambar bermula dengan harga RM30 hingga RM20, 000 untuk dijual kepada peminat seni. Selain itu, mereka juga menawarkan potongan diskaun sehingga tamat pendamik wabak COVID-19.

Mereka adalah antara pelukis yang telah mewarnai dunia seni kita, jika kita tidak bantu mereka siapa yang akan membantu serta mewarnai industri seni pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli dan melihat galeri secara maya ini, anda boleh tekan di sini.

1 comment

  1. Rosi

    6 July 2021

    Wowwww

Comments are closed.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites