Perkongsian program minggu ini oleh WAN NOR ALIA WAN ALI
Jom mulakan minggu anda dengan aktiviti yang sihat sesuai untuk seisi keluarga! Sensorium of Inversion/ Immersion atau SENSORii telah membuka tirai bermula 1 Disember yang lalu dan bakal berlangsung sehingga 28 Disember. Pameran seni media baharu ini menampilkan karya dari artis multimedia Malaysia, Lim Kok Yoong & KC Tan, Wee Jia Foong, FLUX 28 serta Ashly Nandong dan Azarikh Amran, diiringi muzik yang digubah khas oleh Ahamd Muriz Che Rose. Kolaborasi ini mengajak anda untuk meneroka idea dan merangsang sensori anda dalam sudut yang berbeza. Bagi anda yang ingin melihat galeri di REXKL ini secara ringkas, beberapa perkongsian melalui TikTok telah kami pilih untuk anda @juice.my| @isaacblur | @ndhjfr.
Selain geleri media baharu ini, anda sebenarnya berpeluang untuk jalan di sekitar Kawasan REXKL dan singgah ke booth yang menarik di sekitar Kawasan ini. Antaranya anda boleh melawat STUDIO C, pameran serta jualan barangan kraf terdapat di sini. Tidak lupa juga aktiviti lain seperti Bicara Artis: Primordial Spirit bersama artis SENSORii pada 12 Disember (Ahad), jam 2 petang. Jangan risau kerana perkongsian ilmu ini adalah PERCUMA. Apa yang anda perlu buat, hanya daftar terus di SINI. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan SENSORii ini, anda boleh pergi ke laman sesawang BASKL/SENSORii.
Di kesempatan ini juga kami dari Kumpulan Editorial BASKL ingin menjemput anda, pembaca setia BASKL untuk sertai sesi “BASKL Day Out at SENSORii” Bersama kami. Tayangan slot kami mengambil tempat pada 7 Disember (Selasa) Jam 12 tengah hari (sesi pertama). Ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada pembaca yang setia. Jom alamani SENSORii bersama kami. Kami amat menghargai kesetiaan anda. Bagi anda yang berminat, anda boleh emailkan nama penuh anda, berserta IC dan nombor telefon ke noraliaali@cendana.com.my.
Dalam kemeriahan pelbagai aktiviti yang disajikan, kadang-kadang kita pasti terfikir pengasingan akibat COVID-19 telah meletakkan kita dalam situasi yang tidak pernah kita jangka selama ini. Selain berperang dengan virus degil ini, kita sebenarnya berperang dengan akal kita, meraih keadaan mental yang stabil di saat pengasingan kendiri meletakkan kita dalam perasaan sunyi dan terasing. “How To Be Alone” adalah hasil Kerjasama rentas benua antara Malaysia, Ghafir Akhbar dan Amerika Syarikat, Joel Waage di bawah Pembiayaan Seni Persembahan CENDANA. Pentingnya seseorang itu untuk tahu di mana keadaan mental mereka disaat semua merasa derita akibat pandemik ini. Kita juga perlu ingat bahawa perasaan ini dirasai semua, dan perkongsian sebegini mungkin boleh membantu kerana anda tidak keseorangan. Anda boleh dapatkan tiket di SINI dengan harga RM50. Tayangan bermula dari 9 Disember hingga ke 12 Disember. Beli tiket anda sekarang sementara slot masih ada.
Siapa yang tidak tahu, lagenda yang tidak asing lagi di Malaysia, Puteri Santubong, seorang puteri yang dikatakan berasal dari kayangan terkenal dengan kegagahan beliau yang berjiwa pahlawan. Cerita lagenda sebegini sesuai untuk generasi muda tahu, supaya sejarah dan kisah lagenda kita tidak lapuk ditelan zaman. Ajak anak muda untuk menonton dan fahami kisah “Putri Santubong: The Warrior Princess”, dibintangi Maya Karin, Azrel Ismail, Soffi Jikan, Dewi Seriestha, Anding Indrawani dan ramai lagi. Beli tiket anda di SINI dengan harga RM20 sahaja untuk menyaksikan tayangan teater ini pada 11 dan 12 Disember agar anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan lagenda hebat ini.
Core Design Gallery pula membawakan Show Aloong, pameran solo kedua oleh Hirzaq Harris bagi menyaksikan kompilasi perkembangan gaya karyanya sepanjang sepuluh tahun bergelar anak seni. Karya seninya yang pelbagai dengan tarikan kombinasi warna yang menarik sebenarnya memberi gya yang berbeza buat dirinya sebagai seorang artis. Daripada karyanya “Equanimity” yang terletak di atas galeri maya ini hingga karya “Sultan Suleiman”, kesemua karya ini memberi perasaan yang berbeza apabila diperhatikan. Pameran yang berlangsung sejak 23 November lalu akan terus dipertontonkan pada khalayak ramai sehingga 23 Disember ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, atau jika anda ingin melihat karya secara dalam talian anda boleh melawat laman sesawang Core Design Gallery.
Bermula Hari ini (6 Disember) hingga 24 Disember ini juga, anda boleh menghayati Sirik-Sirik Alas, pameran solo oleh Nik Mohd Husyaidie. Membawakan 12 karyanya yang berunsurkan alam inspirasi pengalamannya sewaktu penglibatan dalam pementasan teater Mak Yong. Pameran ini juga mencerminkan perspektifnya tentang alam semula jadi yang ditafsirkan ke dalam kanvas dengan penerapan komposisi dan warna yang berbeza. Pameran di bawah G13 Gallery ini dibuka setiap hari bermula 11 pagi sehingga 5 petang dan ditutup pada hari Ahad serta cuti umum. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh emailkan ke info@g13gallery.com atau boleh terus WhatsApp WENDY.
The KL Performing Arts Centre, klpac mempersembahkan sebuah penghayatan daripada buku “The Prophet” nukilan Khalil Gibran. Naskah yang diterbitkan lebih 98 tahun lalu mempunyai 26 kisah syair yang menjadi antara buku yang terlaris sepanjang zaman dan telah diterjemahkan dalam lebih 100 bahasa. Namun begitu, kisah buku ini jarang dipentaskan. Joe Hasham mengambil inisiatif untuk menerajui pementasan ini, dibawah arahan Charity Yong, Daniel Hussin and Kristy Chee. Tayangan bermula pada 9 hingga 12 Disember di pentas 2, klpac.
Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di SINI atau hubungi mereka di TALIAN RASMI ini.
Masih ingat perkongsian kami tentang George Town Festival. 9 Days 8 Shows membawakan sesuatu yang lebih ringan untuk menghiburkan hari anda. Make Penang Laugh Again! Sebuah persembahan komedi gabungan Kuah Jenhan, Kavin Jay dan Rizal Van Geyzel selama dua jam pasti buat anda tidak kering gusi! Peminat komedi digalakkan untuk membeli tiket di SINI dan hayati persembahan mereka dan gelak tawa dengan harga bermula dari RM40 hingga RM160 sahaja. Persembahan ini bermula pada 9 dan 10 Disember, jadi apa tunggu lagi cepat beli tiket sebelum kehabisan slot persembahan.
Semoga perkongsian kami ini dapat mengisi hari-hari anda. Sokong artis tempatan dengan karya mereka. Walaupun pelbagai program telah berjalan, seperti biasa kami ingin mengingatkan semua pembaca yang kami kasihi, jaga penjarakan, ikut SOP yang telah ditetapkan dan hayati karya seni tempatan.