20 – 26 SEPTEMBER

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Minggu ini Editor’s Picks seperti biasa ingin berkongsikan antara program yang menarik sepanjang minggu:

Panggung Rakyat kembali lagi dengan episode ke-3, Sound of Borneo (Sarawak). Dulunya Panggung Rakyat bertapak di Jalan Raja, dan oleh kerana pandemik ini, kita persembahkan khazanah seni negara secara atas talian. Dalam Episod ini, Panggung Rakyat mempersembahkan alunan merdu irama dari bumi kenyalang ini dapat diperdengarkan dengan perkongsian persembahan daripada dua etnik dari Borneo, iaitu Kenyah dan Iban melalui lagu-lagu puitis, muzik dan budaya. Tayangan Panggung Rakyat ini adalah percuma melalui Facebook CENDANA Malaysia pada 25 September, jam 8.30 malam. Jangan lepaskan peluang untuk kenali budaya Malaysia.

Kakiseni membawakan ‘Intermission: The Cammies Looks Back to Look Forward’ dengan Kerjasama CENDANA Malaysia, Boh Malaysia dan Cloud Theatre Kakiseni mengajak anda semua untuk mengimbau kembali dan menghargai kejayaan seni persembahan di Malaysia, anak seni tempatan, organisasi seni yang terlibat dan karya yang mengubah kehidupan kita. Buat pengetahuan semua program ini dijalankan bagi menggantikan ‘Boh Cameronian Arts Award’ yang tidak dapat dijalankan tahun ini, tetapi jangan risau banyak program yang akan disajikan dalam Intermission antaranya ialah The Working Dead Musical, Sejarah Teater Malaysia bersama Fasyali Fadzly, Missing Place dan banyak lagi. Sehingga 26 September, anda boleh layari Kakiseni untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bermula dari 24 hingga 26 September pula, anda bakal menyaksikan Air Con, teater secara dalam talian yang mengisahkan Chep dan Burn, dua sahabat yang terpalit dengan kes kematian seorang pekerja seks yang ditinggalkan di landasan keretapi berdekatan dengan sekolah mereka. Kematian ini juga telah menggoncang status dua orang sahabat ini dan membuka kekejaman dunia kejam yang menglibatkan kes buli, jenayah seks dan keganasan. Namun, siapakah pembunuh sebenar dalam kes ini? Ikuti pementasan Air Con dan dapatkan tiket di sini bermula dari RM 13 sahaja. 

Mencari aktiviti untuk anak anda di hujung minggu? The Messy Club membawakan Art Date buat anda dan keluarga. Art Date: Fruits Embroidery bersama Syaeeza, seorang tenaga pengajar seni dan juga artis sulaman. Selain teknik sulaman yang betul anda juga dapat menimba ilmu dalam penghasilan sulaman secara terus dari yang pakar dengan hanya duduk si rumah. Dengan harga RM100, bahan- bahan yang diperlukan akan dihantar ke rumah anda dan anda hanya perlu belajar bersama Syaeeza secara atas talian melalui Google Meet. Kelas yang bakal dijalankan pada 25 September ini terbuka untuk anda yang berusisa 18 tahun keatas bermula dari Jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari.

Semenjak covid melanda, kesihatan mental dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan. Oleh itu DS Dance Company ingin kongsikan bagaimana pergerakan dapat membantu mengatasi masalah emosi. Ia juga antara inisiatif DS Company untuk memberi pendedahan buat masyarakat bahawa dengan medium tarian, anda dapat meluahkan rasa dan mengurangkan risiko stress yang boleh mengganggu kesihatan emosi anda. Kelas yang terbuka buat semua ini diberikan secara percuma dan hanya perlu didaftar di sini.

Wei-Ling Gallery secara maya dan fizikal mempersembahkan Aesthetics of Silence sebuah pameran yang berkonsepkan kesunyian pada saat di mana seluruh dunia merasai perasaan sunyi dan terpaksa hidup dari jarak jauh. Bertepatan dengan keadaan sekarang galeri ini bekerja dengan barisan artis antarabangsa yang terkenal secara kritikal dari seluruh dunia, antaranya; Arin Rungjang (Thailand), HH Lim (Itali), Heather Dewey-Hagborg (Amerika Syarikat), Ivan Lam (Malaysia), Melati Suryodarmo (Indonesia), Rajinder Singh (UK / Malaysia), Robert Schaberl (Austria), Roger Ballen (Afrika Selatan) untuk menghasilkan seni buat tontonan semua. Pameran ini telah dibuka sejak Ogos lalu dan akan berakhir pada 28 September 2021. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites