18 Okt – 24 Okt

Disusun oleh WAN NOR ALIA

Sejak akhir-akhir ni, dengan pembukaan hampir kesemua sektor, kita dapat lihat sudah ramai yang mula untuk keluar rumah sama ada bersama rakan mahupun keluarga setelah hampir empat bulan berada di rumah, demi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Namun, sentiasa beringat akan orang yang tersayang dan teruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dilindungi. Baiklah, untuk minggu ini ada beberapa program yang akan kami kongsikan kepada anda semua sama ada program secara fizikal mahupun dalam talian;

Persembahan budaya dibawakan khas buat anda setiap minggu kedua dan keempat di Facebook CENDANA Malaysia. Bagi memeriahkan lagi Art In The City, Panggung Rakyat dengan Kerjasama NUSParC membawakan tarian Zapin yang merupakan antara seni persembahan dari negeri Johor. Persembahan Zapin ini adalah gabungan tarian dan muzik yang telah bertapak di kepulauan melayu sejak ia dibawa oleh kaum Arab Hadrami di Asia Tenggara. Kenali pelbagai jenis Zapin Johor, dalami dan nikmati alunan muzik Zapin Melayu yang digandingkan Bersama Tarian Zapin Johor. Episod Panggung Rakyat yang kelima ini bakal bersiaran pada 23 Oktober, jam 8:30 malam di Facebook CENDANAMalaysia.

Nak lawat galeri? Haa apa tunggu lagi, anda boleh terus layari ILHAM GALERI dan pilih tarikh anda untuk melawat Ilham Galeri dan lihat sendiri secara fizikal, Pameran Kok Yew Puah: Portrait of a Malaysian Artist. Mengimbau 12 tahun selepas Beliau pergi selamanya, ambil peluang ini untuk mendalami karya Kok Yew Puah, sebuah penelitian perbezaan masa dan betapa Malaysia dan artisnya telah melalui fasa perubahan dengan perbandingan seni hasil teliti beliau. Potrait yang dilukis di kampung halamannya, Klang menggambarkan kegelisahan persekitaran yang telah terjejas, impak dari perkembangan pesat terutamanya pada generasi muda di mana pembesaran mereka terputus dari sejarah dan budaya. Bermula dari 12 Oktober, layari INSTAGRAM mereka untuk maklumat lanjut.

Pembukaan PJ Performing Art Centre membawakan kepada anda Sing A Song 2.0, A Solo Exhibition oleh Ong Chia Koon. Bertempat di Galeri PJPAC, 1 Utama E, Tayangan Video dan perbincangan seni tentang kaligrafi bakal diadakan pada 19 Oktober (esok). Di samping itu, sesi soal jawab juga akan diadakan pada majlis yang sama. Bagi anda yang berminat untuk menguasai kemahiran kaligrafi, bengkel kaligrafi juga turut terbuka untuk mereka yang berminat dengan tiket sebanyak RM55 sahaja. Bagi anda yang mempunyai ONECARD, anda boleh menikmati 10% diskaun buat pembelian tiket anda. Ambil peluang ini, kuasai abstrak puitis dan keindahan penyampaian emosi seorang artis dalam menyampaikan kaligrafi kontemporari. Untuk pembelian tiket anda boleh klik di SINI atau layari website PJPAC untuk maklumat lanjut.

Atas Angin Recovery Pre-Show 2021 menampilkan barisan artis seperti OAG, _ Skudap Skudip, We Are Couple,  Motherwit dan sesi Kongsi Suara Bersama Afiq Azren. Bagi anda yang berminat untuk menyertai konsert ini, anda boleh dapatkan tiket secara dalam talian dengan harga RM70 dan dapatkan pass beserta kit ujian kendiri COVID-19 yang perlu dibuat sebelum masuk ke ruang konsert Angkasa Space. Ini adalah penting bagi menjaga and mematahui SOP yang telah ditetapkan agar penonton dapat menikmati persembahan tanpa rasa takut. Jangan lepaskan peluang konsert yang bakal berlangsung pada 23 Oktober 2021, jam 3 petang hingga 10 malam ini. Bagi anda yang berminat untuk membeli tiket atau mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh terus mesej di SINI.

Bagi anda yang berminat untuk menimba lebih ilmu dalam dunia kreatif, Cult Creative membawakan kepada anda 8 jam kandungan yang menarik daripada lebih 15 mentor untuk berkongsi ilmu pengetahuan mereka, hanya dengan cara mendapatkan akses pertama anda ke aplikasi Cult Creative. Selain itu, aplikasi ini juga dapat membantu anda untuk mencari peluang pekerjaan dan meluaskan rangkaian kenalan anda. Semua ini dengan hanya menyertai Career Summit secara dalam talian. Demi mendapatkan kepelbagaian kemahiran, Cult Creative percaya bahawa pelaburan adalah penting bagi memastikan generasi seterusnya terus berkembang kreatif, asalkan anda mempunyai ilmu yang cukup. Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Career Summit in, anda boleh klik di SINI.

Di saat Dato’ Dr. Usman Awang menulis karyanya Sahabatku beberapa tahun lalu, ia menjadi pertanyaan buat semua yang mengenali dan menelaah karya beliau. Dalam dunia kita hari ini, puisi daripada orang-orang hebat seperti beliau diangkat menjadi khazanah negara. Ayat-ayat dalam karyanya yang menikam walaupun penulisannya sederhana, namun ia bergema dalam rata-rata pemikiran yang membaca dan mengenalinya. Experiencing Usman Awang, pementasan karya Usman Awang di KLpac daripada barisan artis yang terkenal pastinya mampu memberi impak dalam penyampaian karya yang indah ini. Bermula dari 21 sehingga 24 Oktober, ambil peluang untuk memahami karya beliau. Dengan harga RM44 anda boleh membeli tiket pementasan ini di SINI.

Kehidupan selepas mati, syurga, neraka, kebenaran, ini ialah persoalan yang terngiang-ngiang di dalam minda Aisyah, seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku selepas kematian. Dengan seorang ibu yang mempunyai penyakit barah, dan seorang ayah yang liberal dari segi akal dan gaya pemikiran. Itu antara persoalan dalam Mentega Terbang sebuah filem dari Khairi Anwar film, dibentangkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment. Tayangan pertama telah diadakan pada hujung minggu lepas. Namun jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket dan menonton pada 23 dan 24 Oktober di GMBB Mall Bukit Bintang. Untuk pembelian tiket, anda boleh terus ke SINI.

Teruskan untuk mengikuti dan membaca kisah dan aktiviti menarik untuk dilakukan bagi menceriakan minggu anda bersama kami di baskl.com.my. Jika anda mempunyai sebarang aktiviti yang menarik dalam bidang seni dan budaya untuk dikongsikan, anda boleh terus email ke noraliaali@cendana.com.my. Jaga diri semua dan amalkan SOP untuk keselamatan kita bersama.

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites