16 – 22 Ogos

Oleh WAN NOR ALIA WAN ALI

Sedar atau sedar, kita sudah berada di minggu ketiga dalam bulan Ogos. Walaupun dalam keadaan pandemik, gunakan peluang yang kita ada di rumah bersama anak-anak untuk pupuk semangat patriotik. Sama ada dengan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan rumah, bernyanyi lagu patriotik bersama-sama atau sebagainya. Seperti biasa, setiap hari Isnin, BASKL ingin menyajikan anda dengan aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang minggu ini:

Dianjurkan oleh Galeri Shah Alam, Pameran alam maya, INSAN + TIF 1.0 mempersembahkan 18 perupa yang pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Insentif Pameran Terbuka Galeri Shah Alam (PTGSA) daripada tahun 1991 hingga 2020. Pameran kali ini bertujuan untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka. Ia juga bertujuan sebagai sumber rujukan untuk pengkaji, pengkriti, pelajar dan pencinta seni. Dalam pameran maya ini, anda boleh melihat persembahan lakaran atau sketch dan idea bagi proses penghasilan karya. Di samping itu, karya terkini mereka juga turut dipamerkan selain jualan tempahan karya turut dibuka buat semua. Pameran ini telah berlangsung sejak 2 Ogos dan akan dibuka sehingga 30 Sept. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik disini.

Mencari aktiviti bersama keluarga? Temple of Fine Arts Virtual Platform membawakan kelas T-Shirt Painting buat anda semua. Berbekalkan T-hirt putih sebagai kanvas dan beberapa warna fabrik, anda boleh hasilkan seni mengikut kreativiti anda sendiri. Menariknya hasil seni akan boleh dipakai dan bukan digantung dirumah sahaja. Selain dapat mempelajari teknik yang betul untuk melukis pada T-shirt, anda sebenarnya boleh mengasah bakat anda serta seisi keluarga. Kelas yang dibuat secara dalam talian menggunakan platform zoom ini akan berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 20 Ogos sehingga 21 Ogos (Jumaat dan Sabtu), jam 6 petang dan berlangsung selama 1 jam dengan yuran sebanyak RM60. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Bindu.

Selepas memasak, adakah anda membuang minyak masak ke dalam sink dan tong sampah atau adakah anda kitar semula minyak tersebut? Jika anda seorang yang cintakan alam sekitar dan mahukan cara untuk mengguna pakai minyak masak tersebut, kami ada solusinya. Tahukah anda minyak masak terpakai boleh digunakan untuk membuat lilin? Sejak bulan Mac 2020, OiLilin telah menggunakan kaedah ini untuk membuat lilin mereka dan mereka telah menukarkan lebih 100 liter lebihan minyak terpakai untuk dijadikan lilin. The Other School membawakan Pengasas bersama OiLilin, Ashaari Rahmat, dalam mengajar orang ramai tentang cara untuk membuat DIY lilin. Dengan hanya RM50 anda akan mendapat kit eksklusif dan membuat lilin bersama dalam kelas zoom. Jom daftar slot anda untuk kelas yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh whatsapp link di laman Instagram The Other School.

Bagi anda yang masih tidak berkesempatan untuk melawat Peduli. Jangan lepaskan peluang untuk masuk ke Galeri Maya yang dianjurkan oleh Galeri Shah Alam. Peduli merupakan pamera maya untuk Amal Palestin yang bermula sejak Julai lalu, dan  bakal melabuhkan tirai pada 30 Ogos. Ia bertujuan untuk menyumbang ke tabung Palestin sempena semangat setiakawan Palestin yang sedang dilanda musibah. Pameran ini disertai oleh 32 perupa Malaysia, yang sudi turut sama menyertai dan menyumbang ke Tabung Palestin. Hasil penjualan karya perupa-perupa ini akan disalurkan secara langsung melalui Global Peace Malaysia kepada rakyat Palestin. Bagi anda yang berminat untuk membeli lukisan di galeri ini, anda boleh hubungi Galeri Shah Alam.

Jom terokai karya Mastura Abdul Rahman dalam Taman Pesona. Karya yang diilhamkan berdasarkan penyelidikannya tentang Kediaman Diraja Kelantan, Cik Siti Wan Kembang, yang bertakhta sebagai Raja Perempuan Kelantan pada abad ke-17. Untuk pengetahuan semua, karya ini tertumpu pada Taman Serendah Se Kebun Bunga yang telah dibina oleh Cik Siti Wan Kembang. Mastura yang juga penerima dana Program Pembiayaan Inspirasi Seni Visual CENDANA 2020, Kitaran ke-2 ini telah memulakan penyelidikannya sejak Mac 2021 lagi. Maka dengan itu terlahirkan Taman Pesona yang telah dirasmikan semalam (15 Ogos) di laman media sosial Rumah Seni Selangor. Sesiapa yang berminat untuk melihat lima buah karya ini boleh terus ke media sosial rasmi Rumah Seni Selangor. Pameran ini akan berakhir pada 30 Ogos.

Bagi anda peminat muzik, jom support lokal dengan mendengar Muzik daripada artis tempatan kita. BASKL telah kongsikan beberapa playlist untuk anda dengarkan di CENDANA Playlist. Lagu-lagu ini terdiri daripada pelbagai genre yang pasti dapat menemani hari anda. Jika anda mempunyai sebarang senari lagu lokal yang anda gemari, jom kongsikan bersama kami dan juga semua pembaca BASKL di noraliaali@cendana.com.my. Hidupkan minggu anda dengan seni! Nantikan Editor’s Picks di minggu hadapan! Jaga diri semua, #kitajagakita . 

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites