Pesta Itu-Ini: Port Lepak Paling Happening untuk Sekeluarga!

Kalau anda tercari-cari acara santai yang penuh warna, hiburan dan makanan sedap untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan — inilah dia, Pesta Itu-Ini!
Dianjurkan oleh RIUH, Pesta Itu-Ini bukan sekadar festival biasa. Ia adalah gabungan sempurna antara hiburan, komuniti, dan budaya, menjadikannya lokasi terbaik untuk lepak dan bergembira bersama yang tersayang.
Pesta ini padat dengan aktiviti komuniti yang menarik, seperti pertandingan sukan, futsal jalanan, dan pelbagai lagi permainan yang menyatukan masyarakat setempat. Tak cukup dengan itu, bengkel seni dan kreatif turut diadakan buat mereka yang mahu mencuba kemahiran baru dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Untuk para peminat muzik dan hiburan, bersiap sedia untuk dihiburkan oleh barisan artis tempatan terkenal yang akan menghangatkan pentas dengan persembahan bertenaga. Sambil bergoyang dengan muzik, jangan lupa untuk singgah ke gerai-gerai makanan viral — dari street food trending TikTok hinggalah ke menu tempatan yang menggiurkan.
Nak shopping pun boleh! Produk tempatan dan barangan kreatif tersedia untuk pengunjung yang ingin menyokong usahawan tempatan sambil mencari ole-ole unik.
Anak-anak pun tak dilupakan! Ada sudut khas untuk kanak-kanak lengkap dengan aktiviti riang-ria yang akan membuatkan mereka seronok sepanjang hari.
Ringkasnya, Pesta Itu-Ini adalah tempat di mana gelak tawa, rasa enak dan muzik bergabung menjadi memori yang indah. Jadi, ajak satu keluarga, panggil geng lepak, dan mari nikmati detik-detik penuh keceriaan di Pesta Itu-Ini – port paling best untuk hangout dan have a good time!
Ikuti laman sosial Pesta Itu-Ini untuk perkembangan terkini
Berminat untuk menyertai Pesta Itu-Ini? Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut