‘Perhiasan Kaca’ produksi terbaharu The Actors Studio, diadaptasikan daripada karya Tennessee Williams

Yayasan Actors Studio kekal dalam musim 'Kembali Ke Pangkuan'nya dengan produksi Perhiasan Kaca yang dipentaskan dari 29 Jun hingga 7 Julai 2024 di Pentas 2, The Kuala Pusat Seni Persembahan Lumpur (klpac).

Buat pengetahuan pembaca, judul Perhiasan Kaca ini merupakan adaptasi Bahasa Malaysia karya The Glass Menagerie oleh Tennessee Williams yang dianggap secara meluas sebagai karya beliau yang paling mahsyur, sekaligus merangkul anugerah Drama Amerika Terbaik di Anugerah Bulatan Pengkritik Drama New York (New York Drama Critics’ Circle Awards).

Produksi ini menyaksikan kali pertama pengarah Christopher Ling (Pengarah Terbaik, BOH Cameronian Arts Awards 2012 dan 2023) mengarahkan kerja Williams selepas menonton drama yang sama di Donmar Warehouse, UK, pada akhir 90an. Ling terpesona dengan cara hubungan kekeluargaan, pelarian dan pengasingan amat dekat dengan tema-tema yang wujud di benua Asia.

Kata Ling, “Disebabkan pementasan tersebut bersifat abadi, produksi ini kelihatan tidak realistik. Perhiasan Kaca tidak lelah dalam mengangkat sifat kemanusiaan dalam diri kita semua. [Dalam produksi ini, akan akan lihat bahawa] setiap satu daripada empat watak yang dipertontonkan sentiasa berlari daripada sesuatu. Dalam era media sosial, masyarakat moden dibelenggu dengan media sosial yang lebih mudah untuk memutuskan hubungan berbanding menghubungkan kita semua. Pementasan moden dalam Bahasa Malaysia ini membuka pintunya kepada khalayak baharu; mudah-mudahan, juga penonton yang lebih muda yang mungkin tidak biasa dengan karya klasik Amerika ini.”

Skrip terjemahan Marlenny Deenerwan membuktikan bahawa estetika pementasan akan datang lebih menjurus kepada sifat-sifat moden dan kontemporari. Ling telah menukarkan konteks asal Amerika Selatan kepada sesuatu yang lebih hampir dengan lokaliti kita, semestinya dengan bantuan scenografer terkenal, Yusman Mokhtar. Perhiasan Kaca akan dipentaskan secara pusingan dalam mewujudkan perasaan klaustrophobia di dalam apartmen yang didiami oleh keluarga Wingfields di luar kerelaan mereka.

Cerita separa autobiografi ini berkisarkan kepada tiga keluarga: seorang ibu yang berpegang teguh pada masa lalu, seorang anak perempuan pemalu yang taksub dengan koleksi haiwan kacanya, juga seorang anak lelaki yang berhasrat untuk menjadi seorang penyair. Dalam mengatasi kesakitan masing-masing, setiap watak memilih untuk berundur ke “menagerie kaca” atau perhiasan mereka sendiri.

Pementasan memori yang serba melankolik ini menggulungkan yang pahit dengan yang manis, disokong dengan
gubahan muzik oleh Kirthana Kuhendran. Ling telah mengumpulkan barisan pelakon mengagumkan yang diketuai oleh pelakon berkarisma, Tria Aziz yang memainkan watak ibu (Amanda) manakala bintang baharu, Aidil Rosli memainkan watak anaknya (Tom). Cahaya Jais pula memegang watak anak perempuannya (Laura) dan Azwan Ahmadi memainkan seorang watak lelaki budiman (Jim O’Connor).

Perhiasan Kaca merupakan tajuk kedua daripada trio yang ditawarkan oleh Yayasan The Actors Studio sepanjang musim ‘Kembali Ke Pangkuan’. Hanya sebulan yang lalu, Ling mengarahkan sebuah drama baharu bertajuk Saccharine yang bukan sahaja habis dijual tetapi berjaya membuatkan penonton menangis. Musim ini bakal ditutup pada bulan September dengan judul Trilogi Bulan yang menampilkan tiga sandiwara dalam Bahasa Malaysia yang diusahakan oleh Yusof Bakar.

Baca kisah-kisah lain seperti ini di BASKL melalui pautan di bawah:

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites