Majlis pengumuman rakan usahasama ‘Art In The City 2021’

Program Art In The City 2021 membariskan 54 rakan usahasama dengan lebih daripada 8 acara besar yang menanti kehadiran pengunjung dari segenap lapisan Keluarga Malaysia.

Oleh SHAFIQUE DANIAL JOHARI

Pada Nov 12 telah berlangsung sebuah acara yang amat bermakna buat CENDANA dan rakan-rakan seni tanah air. Majlis pengumuman rakan usahasama program Art In The City 2021 telah diadakan di Element Kuala Lumpur by Westin bagi meraikan kesemua tulang belakang disebalik program Art In The City 2021 yang berlangsung sepanjang bulan Oktober sehingga bulan Disember ini. 

Acara yang dihiasi dengan beberapa ucaptama penting termasuk ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan persembahan koir daripada UiTM Choir serta Bamboo Sound Art, yang merupakan sebuah kumpulan koir yang telah memenangi pelbagai anugerah bukan sahaja di peringkat dalam negara malah di persada antarabangsa.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin yang telah berkongsi antara sajian program yang bakal memenuhi kalender anda sepanjang Art In the City. Antaranya termasuklah Kuala Lumpur Creative Economy Forum, Open Arts Classes CENDANA, Studio C di CIMB Hotel Art Fair, pelancaran TripART di antara CENDANA, Yayasan Hasanah dan CIMB serta Panggung Rakyat. Selain itu, beberapa program yang bakal berlangsung juga telah diumumkan pada majlis ini seperti KLWKND dengan penglibatan pengarah festival tersohor Joe Sidek, The Light Project, Simposium Ulangtahun Ke-50 Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, dan SENSORii. 

Ketua Pegawai Operasi CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin memberikan ucapan pembukaan

Terdapat ramai rakan-rakan kerjasama CENDANA dalam menjayakan program Art In The City pada tahun ini. Izan juga telah menggunakan pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” “Saya rasa peribahasa ini amat sesuai digunakan.” Peribahasa yang memberi maksud kekitaan dan semangat kerjasama ini memberi bukti bahawa CENDANA tidak akan mampu menjayakan program ini tanpa kesemua rakan-rakan yang menjayakan program ini bersama mereka. 

Daripada 10 rakan usahasama pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini CENDANA berjaya membawakan lebih banyak pihak untuk tampil memberi impak yang lebih dalam industri tempatan.

“Kini 54 rakan usahasama Art In The City bersama-sama bergabung untuk pikul tanggungjawab merancakkan semula sektor ekonomi kreatif ini. Justeru, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada rakan usahasama Art In The City.” Izan turut menambah, “tidak lupa juga kepada cahaya-cahaya kreatif Malaysia yang memukau kita dengan sinar hasil karyanya.”kata beliau pada malam pengumuman tersebut.

Turut berkongsi pada malam itu, pengarah KLWKND Joe Sidek dalam memberi sedikit gambaran mengenai apa yang bakal dikecapi oleh pengunjung pada acara KLWKND yang bakal berlangung pada Nov 25-28 ini. Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi pada peringkat awal beliau diamanahkan untuk memikul tanggungjawab pengarah KLWKND ini beliau agak ketakutan. “Saya ni budak Tanjung (George Town) di Pulau Pinang, dan untuk datang ke kotaraya besar seperti Kuala Lumpur, berdepan dengan cabaran dan halangannya amatlah berbeza sekali.”

Namum Joe mengambil ini sebagai satu cabaran. Semuanya telah berlandaskan pembelajaran ilmu baharu dan itu merupakan sesuatu yang beliau hargai. Dalam ucapannya beliau turut menyatakan, “KLWKND merupakan sebuah acara mengenai Kuala Lumpur, kotarayanya dan segala bentuk hasil seni yang terdapat di bandar ini. It’s all about Kuala Lumpur.”

Semangat bagi sesebuah tempat amatlah penting bagi beliau. “Saya ingin menangkap semangat Kuala Lumpur. Saya merasakan bahawa terdapat terlampau banyak yang boleh ditawarkan oleh sebuah kota besar seperti Kuala Lumpur.” Suatu ketika dahulu Joe pernah tinggal di Kuala Lumpur, namun setelah kembalinya beliau ke kota ini dengan kerap kebelakangan ini beliau akui telah jatuh cinta semula kepada Kuala Lumpur. “Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaNya dalam meletakkan begitu ramai insan-insan yang telah banyak menolong saya dalam menjayakan KLWKND yang bakal berlangsung ini.”

Pengerusi MyCreative Ventures, Noor Azmi Mat Said memberikan ucapannya

Selain ucapan daripada Izan dan Joe, pengerusi MyCreative Ventures Encik Noor Azmi Mat Said juga telah memberikan sepatah dua kata. “Harapan kami di MyCreative Ventures adalah agar proses pemulihan penjanaan semula ekonomi akan bertambah lancar.” Beliau turut berkata bahawa dengan pembukaan semula sektor-sektor ekonomi ini, beliau berharap, “sektor ekonomi jingga akan bertambah baik dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan,” tambah Azmi. Namun begitu, beliau telah berpesan agar semua harus mengambil kira bahawa negara masih lagi berada di dalam kancah pandemik.

Azmi turut menekankan kepentingan kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta. “Kami mengharapkan usahasama dengan pihak swasta ini akan bersambung juga selepas program Art In The City ini agar industri kreatif dapat berkembang dengan penuh kelestarian.” Beliau juga memberi jaminan bahawa MyCreative Ventures dan CENDANA akan terus terlibat secara langsung dalam usaha membangun industri kreatif ini agar lebih ramai penggiat seni menerima manfaat daripadanya. 

Ucapan perasmian oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pula telah memberikan sebuah pandangan yang agak berbeza. Di awal ucapannya beliau memuji para seniman tanah air yang mampu menghasilkan karya yang berkualiti tinggi. “Saya berasa amat kerdil pada malam ini kerana dilingkungi oleh para artis, para karyawan yang telah menghasilkan karya yang bukan sahaja mengasyikkan malah timbul rasa bangga kerana melihat hasil kreativiti pada tahap yang sangat tinggi sekali. Tahniah!” kata Annuar.

Annuar turut mengupas pemerhatian beliau mengenai punca kreativiti seorang anak seni berbanding seorang yang marhaen. Katanya, manusia mempunyai tiga jenis perhubungan. Perhubungan di antara manusia yang dicipta dengan yang menciptakannya, perhubungan di antara manusia dengan manusia dan perhubungan di antara manusia dengan persekitarannya. “Apabila seorang anak kreatif ini mendalami dan menghalusi pertalian ini yang indah, cantik, tenang, luhur, anak seni ini mampu menzahirkan ketiga-tiga perhubungan ini sebagai sebuah hasil seni. Saya rasa anak seni ini begitu, dia dapat mendalami dengan lebih dalam daripada orang biasa.”

YB Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan perasmian

Annuar turut berkata bahawa negara Malaysia ini amat bernasib baik kerana dikuarniakan dengan kekayaan yang tersendiri dari segi etnik, bahasa, budaya, amalan hidup, kepercayaan agama dan daripada situ, telah lahirnya karya yang berbagai-bagai.

“Selalunya karya seni ini hanya memperagakan soal kehidupan namun apabila diletakkan ciri-ciri komersial yang boleh menjana pendapatan maka ia bertukar menjadi sebuah industri,” kongsi Annuar. Beliau turut berkata bahawa negara Malaysia masih mempunyai banyak lagi khazanah-khazanah kreatif yang belum lagi diterokai. 

Terdapat banyak aktiviti menarik yang telah disusun oleh CENDANA dalam program Art In The City pada tahun 2021 ini. Jika anda ingin memberi sokongan kepada industri kreatif tempatan, jangan lupa untuk berkunjung ke tapak-tapak dan program-program yang disediakan khas buat warganegara Malaysia yang celik seni mahupun yang baru ingin berjinak-jinak dalam industri ini. Sudah tertalu lama warga kreatif tanah air mendiami gua rumah masing-masing akibat landaan pandemik Covid-19. Inilah masanya untuk kita mengembalikan sokongan buat mereka yang telah banyak menghiburkan kita sewaktu PKP sedang berjalan. 

Sila layari laman web AITC untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kesemua program dan aktiviti yang berjalan sehingga bulan Disember. Jom kita turun padang meninjau hasil karya anak seni tempatan kita. Jumpa anda di sana!

Antara pihak yang menjayakan usahasama ini mengikut program adalah seperti berikut;

Rakan Kerjasama AITC: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Pengangkutan, Prasarana, Yoodo, Grab, RTM, CIMB dan Yayasan Hasanah.

The Light Project: Majlis Perbandaran Seberang Perai, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Kuching Selatan dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

KLWKND: Think City, Facebook, Creador Foundation, Yayasan TM, High Street Studio, Central Market , GMBB, The RuMa Hotel & Residences, Rotary Club, Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC), Penang State Exco for Tourism and Creative Economy (PETACE), Japan Foundation KL, National Craft Council, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, UCSI University, Universiti Tunku Abdul Rahman, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka, Selangor State Library, Library of Congress (US), Imperial War Museum (UK), The British Library (UK), Studio Karya, SEAD, CS Leong Sdn Bhd, TenTen Design, HeloLED, KL Fashion Weekend, Ministry XR, Huawei, The Habitat Penang, Malaysian Airlines, Yayasan Sime Darby, Segaris Art Center, The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Hotel Stripes Kuala Lumpur, The Datai Langkawi dan Eastern & Oriental Hotel

Sensorium of Inversion/ Immersion (SENSORII): EPSON Malaysia Sdn Bhd

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites