Indicinelive! 7

Description

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre | Mei 25 – 29

Diasaskan oleh bekas pengarah tamu klpac, Kelvin Wong dan dipertontonkan khalayak untuk pertama kali pada tahun 2010, INDICINELIVE! (in-dee-SEE-nee-live-!) merupakan sebuah satira berkenaan kegilaan masyarakat yang kita hidup ini melalui watak-watak dan situasi harian termasuk juga lagu parodi yang sering kita dengar. INDICINELIVE, pada asasnya adalah sebuah menceritakan pandangan dunia kita melalui cebisan-cebisan yang menghiburkan.

Satu kerjasama antara SIFU Productions dan The Actors Studio Teater Seni Rakyat, disokong oleh The Kuala Lumpur Performing Arts Center dan MYCreative Venture, INDICINELIVE! 7 merupakan kemunculan semula persembahan komedi ini ke pentas langsung semenjak kehadiran COVID19. Persembahan kali ini menampilkan barisan pelakon yang baru dan kumpulan penulis di bawah arahan Freddy Tan bersama Siti Farrah Abdullah dan UiHua.

INDICINELIVE! 7 bakal berlangsung di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre daripada hari Rabu, Mei 25 hingga Ahad, Mei 29. Persembahan akan bermula pada jam 8mlm setiap hari kecuali hari Ahad dimana ia bermula pada jam 3ptg. Tiket bermula dengan harga MYR50 pada hari pertama persembahan (Mei 25) dan MYR70 pada hari berikutnya. Maklumat lanjut berkenaan persembahan ini dan untuk pembelian tiket boleh layari laman sesawang mereka.

* Amaran: Persembahan ini hanyalah untuk penonton dewasa sahaja kerana mempunyai isi kandungan yang sensitive

Contact Details

Date and Time

No appointments were found

Send listing report

You already reported this listing

This is private and won't be shared with the owner.

Appointments

 

 / 

Sign in

Send Message

My favorites

Application Form

Claim Business

Share